perkembangan kebun perumahan minggu lepas, 4 Mei 2015
Alhamdulillah beberapa aktiviti dapat dilakukan di kebun perumahan pada minggu lepas sempena cuti hari wesak yang jatuh pada hari isnin. Walaupun agak keberatan meninggalkan kebun di kampung, namun kebun perumahan juga perlu diberi perhatian supaya kemas. Diantara perkembangan terbaru: 1. Bersih sangkar arnab Arnab arnab yang ada di rumah taman sudah diberikan kepada pemilik yang baru. Kekangan masa menyukarkan penjagaan arnab. Tinja arnab yang masih ada dikumpulkan untuk dijadikan kompos. 2. Tomato ceri Tomato ceri yang banyak berbuah telah lewat dituai. Akibatnya buat menjadi terlalu ranum dan pecah. Buah buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi yang sedia menanti. 3. Petola bantal/ Petola pulut Petola bantal akhirnya sudah lekat buah dan sedang membesar. InsyaAllah akan dapat menuai pada hujung minggu ini. 4. Semaian salad Nampaknya semaian salad tidak bercambah walaupun mengguna medium tanaman yang baik. InsyaAllah akan mencari benih yang lebih sesuai. ...