Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel masak sendiri

kesan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah berjaya mengekalkan kekerapan masak sendiri di rumah selepas ramadhan. Buah buah dan sayur yang dibawa balik dari kampung digunakan didalam masakan. Hasil dari kebun perumahan seperti daun limau purut digunakan didalam masakan tomyam. Rempah tomyam juga dihasilkan sendiri oleh isteri. Isteri juga sekarang mahir memasak dan merupakan satu kelebihan yang patut ada pada setiap suri rumah untuk menambah kemahiran memasak. Makan malam yang tidak habis akan dijadikan hidangan untuk keesokan hari. Sebagai contoh, nasi putih yang tidak habis pada malam sebelumnya, dipanaskan sebelum tidur supaya tidak basi. Nasi juga dimasak sedikit kering untuk mengelakkan cepat basi. Kami juga dapati masakan sendiri seperti nasi lemak pada pagi hujung minggu lebih memuaskan hati dan mengenyangkan. Lebih rempah dapat ditambah dalam nasi lemak yang menjadikan nasi lebih wangi dan sedap. Kesan daripada masak sendiri dirumah ialah kebersihan terjamin dan kita mengetahui apa yang ditambah didalam ma...

kepuasan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah, setakat ini dapat konsisten masak dirumah. Lebih jimat dan yakin dengan kebersihan dan kualiti makanan. Disamping itu rasa lebih selesa bersembang dan makan. Dengan masak di rumah, kos makan dapat dikurangkan sehingga separuh Diantara tips yang boleh dikongsi kali ini. Masak yang mudah Masaklah sesuatu yang mudah disiapkan. Tempoh memasak tidak seharusnya lama. Cukup sekadar 30-45 minit. Makanan yang bergoreng memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan dan menggunakan banyak minyak yang akan dibuang sahaja nanti. Jadi boleh cuba alternatif masakan stim dan masakan kuah. Masak yang ringkas Cukuplah masakan yang ringkas dengan menggunakan apa yang ada dirumah. Jangan bazirkan makanan semalam yang masih elok. Panaskan makanan dengan baik untuk mengelakkan makanan basi. Sediakan awal bahan bahan Sambal dapat disediakan awal untuk mengurangkan masa penyediaan bahan bahan yang sering digunakan. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku pembaziran seperti terlebih masak na...

masak sendiri di rumah

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini minat untuk masak sendiri terutama untuk hidangan makan tengah hari. Diantara kelebihan masak sendiri ialah kebersihan makanan terjamin. Kebanyakan kedai agak diragui dari segi kebersihan kerana tempat penyediaan makanan yang terdedah dan tidak bersih. Kepuasan dalam masak sendiri ialah anda yakin dengan masakan anda.  Selain itu kos makan juga semakin berkurang kerana tidak perlu membayar upah penyediaan makanan. Sekurang kurangnya kos makan sehari diluar dapat mampu menampung kos belanja dapur selama beberapa hari. Masak sendiri juga mengajar supaya cermat dalam mengurus dan menggunakan bahan makanan dirumah. Kadang kadang makanan dirumah masih banyak, namun tidak digunakan akibat banyak makan diluar. Akhirnya, makanan di rumah menjadi basi atau tamat tarikh luput. Makanan makanan ini dibuang begitu sahaja, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat menikmati makanan yang sempurna diluar sana. Penyediaan makanan boleh dibuat pada awal pagi...

masakan dari kebun perumahan, 3 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah semalam dapat merasa masakan daripada kebun perumahan. Herba herba seperti daun bebuas, daun sambung nyawa, daun belalai gajah di tuai awal pagi untuk dijadikan ulam. Manakala daun kari digunakan didalam gulai ikan rambai yang baru dipancing. Tekstur isi ikan rambai lembut dan sesuai dijadikan gulai ikan. Buah terung yang dituai sebelum ini dibakar dan dijadikan sebahagian daripada ulam. Ada sedikit yang disimpan untuk kegunaan masakan hari lain. Seronok dapat makan makanan sebegini, lebih rasa kepuasan makanan yang dimasak sendiri berbanding yang di masak di kedai. Berbaloi rasanya bersengkang mata selepas waktu kerja untuk menyediakan masakan sendiri. InsyaAllah jika umur panjang, akan pergi berkelah di tepi pantai untuk makan tengah hari. Harap harap awal tahun ini kurang jumlah kerja yang hendak dilakukan. Gambar akan diletak kemudian.

tuaian untuk masak sendiri di rumah.

Imej
Alhamdulilah, dapat menuai sedikit sayur yang masih berbaki untuk dijadikan lauk makan malam. Sawi Cina dijadikan sup sayur manakala daun limau purut dan daun kari digunakan untuk masak merah. Terung yang dituai disimpan terlebih dahulu. Hari berikutnya dapat merasa kailan dan omelette cendawan. Walaupun juadahnya ringkas dan mudah. Namun ada kepuasan tersendiri berbanding makan di kedai atau restoran. Bila berbincang dengan rakan dan jiran ramai yang menyatakan kepuasan masak sendiri. Memang tidak dapat dinafikan dengan masak sendiri kita lebih rasa puas hati terutama kebersihan proses penyediaan makanan. Gambar akan diletakkan kemudian.