Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

balik kampung cuti Krismas 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Krismas yang lepas. Musim angin timur sudah terasa dimana waktu siang langit sangat biru tanpa awan dan cuaca sangat panas. Namun, angin timur kali ini agak berbeza kerana hujan masih lagi turun sesekali dengan lebat. Bersih kebun pisang Hajat untuk membersihkan kebun pisang akhirnya dapat dimulakan. Rumput yang panjang di bahagian hadapan kebun dipotong pendek menggunakan mesin rumput. Namun, kerja kerja menebas rumput yang panjang dibahagian belakang kebun terpaksa dilupakan buat masa ini kerana masalah jentera mesin rumput. Nampaknya, kerja kerja menebas keseluruhan kebun terpaksa ditangguhkan dahulu. Bahagian hadapan kebun juga perlu dipagar nampaknya untuk mengelakkan jiran jiran membuang sampah sarap didalam kawasan kebun. Sepatutnya sampah sarap termasuk sisa kebun diuruskan dikawasan masing masing. Bukannya dilonggokan kedalam kawasan jiran. Saya cuba mencari anak pokok cabai burung yang tumbuh meliar didalam kawasan k

balik kampung awal Disember 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada awal Disember 2018. Jadual untuk bulan Disember agak padat untuk aktiviti hujung minggu. Peluang balik ke kampung juga digunakan untuk menziarahi cikgu yang terlantar sakit. Semoga cikgu semakin sembuh insyaAllah. Musim timur sudah bermula. Pokok pokok mempelam mulai mengeluarkan bunga. Jika ada rezeki dapat merasa buah mempelam dalam beberapa bulan lagi. Pokok mempelam pada musim lepas tidak dipangkas. Parit didepan rumah pula sudah tidak lagi dibersihkan secara meyeluruh. Ini kerana sebahagian daripada tanah dihadapan rumah akan diambil kerajaan untuk tujuan pembinaan jalan. Lagipun, masa dan tenaga tidak dapat diluangkan buat ketika ini untuk tujuan membersih parit. Bersih belakang rumah Kawasan belakang rumah yang sudah semak dan dipenuhi rumput rampai dibersihkan. Rumput di mesin pendek untuk memudahkan ayah menjenguk kawasan belakang rumah. Kawasan berhampiran parit belakang rumah juga sudah ditebas oleh pekerja jabatan saliran.