Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

alternatif beli pasu

terpaksa memikirkan cara alternatif untuk menyediakan pasu dan media tanaman. Antara alternatif: 1. kotak styrofoam, tapi tidak sesuai dikampung kerana habis dimakan ayam jika diletak diatas tanah 2. kotak kayu buah atau buat sendiri kotak dari kayu terbuang 3. tanah yang dibuang disebabkan kerja pembinaan dsb 4. tanah bakar

perkembangan kacang kelisa

Imej
Alhamdulillah kacang kelisa yang dalam perancangan untuk di pangkas dan ditanam baru mula berbunga.  Tapi bunga masih belum mahu lekat buah. Harap harap ada serangga yang dapat membantu pendebungaan. InsyaAllah akan diberi lebih banyak baja supaya lebih subur. bunga kacang kelisa pada peringkat awal kudup bunga yang semakin membesar bunga kacang kelisa pada awal pagi, akan lebih berkembang pada tengah hari bunga yang tidak disenyawa akan jatuh ke tanah

beraya di kampung

Alhamdulillah pada tahun ini beraya dikampung dalam keadaan sederhana. Syukur tidak ada banjir seperti beberapa tahun lepas, cuma tahun ini tak ada gambar raya. Beberapa perkara yang  diingati ialah kak chik buat nasi ayam, makan kerabu daging ala perlis yang sedap ( banyak menggunakan santan ). Mak masak dua jenis ketupat daun palas, ketupat kosong pada hari raya pertama dan ketupat dengan jagung pada hari raya ketiga. Sempat juga tolong ayah membeli racun di kedai racun Taman Pandan. Racun ini akan diguna untuk peringkat awal penanam padi.

ragam tanaman sawi

Imej
semaian sawi terdahulu telahpun dicabut, namun, masih ada biji benih yang hanya bercambah selepas biji semaian sawi di tuai. sawi yang dipindah pelbagai peringkat sawi yagn tumbuh sendiri, seperti rumpai Jadi semaian dipindah dan di letakkan dalam bekas pasu kecil. Pokok sawi membesar dan terjuntai di tepi pasu yang kecil. biarkan dulu ditempat teduh selama beberapa hari sebelum di pindah ke tempat terbuka hasil akhir yang diinginkan

bunga kangkung

Imej
kangkung yang ditanam mengeluarkan bunga berwarna putih. Pemerhatian menunjukkan kangkung pada mulanya tumbuh tegak, tetapi setelah beberapa lama, mula menunjukkan ciri menjalar seperti kangkung liar.

kacang kelisa tak berbunga

agak hairan kerana setelah hampir setahun menanam kacang kelisa, langsung tidak berbunga. InsyaAllah akan diganti dengan baka baru kacang kelisa

buah berembang dan cili

Imej
buah berembang dan cili yang dituai buah berembang dan cili buah berembang dikutip di tepi sungai, kebetulan pokok sangat hampir dengan tebing sungai perai, jadi dikutip dengan tangan sahaja. Cili pula sudah masuk pusingan yang teakhir, daun pokok cili sudah hampir habis semua luruh. Pokok pun sudah menunjukkan tanda tidak sihat. Namun, dibiarkan hidup dahulu.

semaian baru kailan benih tanjung

semaian baru kailan benih tanjung ditanam didalam pasu panjang dan pasu bulat pada hari ahad, 21 October 2012. Menunggu supaya benih bercambah insyaAllah.

status pindahan benih sayur, 22 October 2012

Imej
benih kapsicum cherrytime pemindahan benih kapsicum cherrytime kurang berjaya, beberapa pokok mengalami layu selepas sehari menanam. cheryytime yang sedang membesar benih kohlrabi purple vienna semaian kohlrabi, macam  ni kut tumbuhnya benih sayur kohlrabi purple vienna pula ada yang diratah siput. Buat masa ini, ada beberapa benih yang di biarkan ditempat terbuka dan beberapa pokok lagi dibiar dalam tempat teduhan.

tuaian lobak putih

Imej
Alhamdulillah lobak putih berjaya dituai, setelah beberapa bulan menanam, masih ada lagi lobak putih yang belum gemuk, insyaAllah akan cuba buat pemerhatian, jika tiada hasil, akan mulakan dengan tanaman yang baru

gulai buah belinjau

Imej
pertama kali cuba masak gulai buah belinjau. Gulai dimasak bersama udang laut dan juga ikan bilis. Dicampur juga dengan lobak putih yang dituai.

perancangan memindah anak benih ke pasu

Alhamdulillah anak benih kapsicum cherrytime dan terung pendek sudah mula membesar. Masa mengubah kedalam pasu sudahpun tiba. Waktu petang merupakan waktu yang sesuai. InsyaAllah akan cuba apabila ada masa dalam minggu ini.

ketam kulit lembut dan kundur labu

Imej
semasa membeli sedikit barang keperluan di pasar malam. Terserempak dengan penjual ikan yang menjual ketam kulit lembut. Harga cuma rm 12 sekilogram, lebih murah jika dibandingkan yang dijual ditempat lain. Jadi setengah kilogram ketam kulit lembut dibeli. Beberapa ekor digoreng tepung dan selebihnya dimasak gulai nanas. hidangan ketam kulit lembut masak gulai nanas dan ikan mambu sayap masak sambal Kundur labu juga ada dijual bahagian jualan ulam ulaman. Buah dibeli pada harga RM 2 sebiji. InsyaAllah akan dimasak gulai atau masak air. Biji benih akan cuba semai nanti.

beli benih kailan dan sweet basil di Georgetown

Imej
Kebetulan pergi ke Georgetown untuk sedikit urusan dan terserempak sebuah kedai pemborong benih benih sayuran. Jadi dua paket benih kailan dan sweet basil di beli. Benih benih tersebut berasal dari China. InsyaAllah akan cuba tanam beberapa varieti kailan sebagai percubaan. Semasa pulang, tersilap jalan dan masuk ke jambatan pulau pinang, terpaksa buat satu pusingan untuk balik ke pulau. Solat zohor di masjid seberang jaya.

bela ikan keli dalam timba

ikan keli adalah antara ikan yang mudah dibela kerana tidak memerlukan pam oksigen. Antara percubaan membela ikan keli ialah membela didalam baldi besar. Air perlu ditukar setiap hari ataupun apabila air sudah nampak kotor. Air buangan ikan keli ini biasanya digunakan untuk menyiram pokok yang ditanam. Apabila ikan keli sudah semakin besar, akhirnya ikan keli dipindahkan kedalam kolam yang lebih besar. Antara tips membela ikan keli bagi membelanya sebagai hobi/kecil kecilan 1. benih ikan keli boleh didapati dari kedai akuarium yang menjual sebab makanan untuk ikan besar 2. buat permulaan boleh diberi makan cacing yang dijual di kedai akuarium sebagai makanan ikan gapi. Selepas beberapa minggu boleh diberi makan dedak apabila nampak ikan sudah mula membesar.

menunggu tuaian lobak putih

Alhamdulillah lobak putih kampung yang ditanam sudah mula berisi. Keadaan sekarang yang hujan menggalakkan lagi pertumbuhan. Namun terdapat beberapa masalah serangan lintah bulan yang tidak henti henti. Dari saiz yang besar ke sekecil kecilnya. Usaha mengutip dan memusnahkan lintah bulan kali ini dibuat pada awal pagi kerana cuaca lembap awal pagi menyebabkan lintah bulan masih leka meratah daun lobak putih.

kangkong liar untuk ikan kaloi

kangkung liar yang banyak hidup melata berhampiran sungai menjadi makanan sampingan ikan kaloi peliharaan. Ikan kaloi jenis merah lebih jinak berbanding ikan kaloi sabah. Dari segi saiz juga ikan kaloi merah lebih besar dan tumbesaran lebih cepat. Batang kangkung liar biasanya tidak dimakan oleh ikan kaloi kerana sudah keras. Namun, boleh dicuba untuk di biarkan dalam bekas supaya pucuk baru yang lembut akan keluar. Mungkin boleh menjadi makanan untuk kegunaan didapur dapur juga.

balik kampung 7 October 2012

Imej
Minggu ini balik kampung sehari pada hari Ahad. Bang Long, Kak Long juga balik dari KL. Kak Chik, Bang Chik Man dan anak anak juga ada. Tengah hari makan nasi berlaukkan ikan tilapia yang ayah bela. Kali ini kak chik goreng biasa dan ditabur dengan bawang. Mudah memnyiang ikan tilapia, tidak banyak kerenah dan sisik senang disiang. Pokok pokok sayur mak pula nampak subur. cabai kampung mak hidup subur buah sulung pokok terung mak pemberian tok yam anak pokok bebuas Pokok Bebuas yang di pindah lebih kurang sebulan lalu nampak sihat. Dalam perjalanan pulang sempat melihat kebun sayur yang diusahakan warga emas di kawasan tanah lot yang terbiar. Banyak pokok terung yang hidup subur disamping batas daun kucai.

perkembangan kebun seminggu

Imej
Alhamdulillah beberapa tuaian sudah dibuat. Antaranya ialah cabai dan juga bunga telang. tuaian cili dan bunga telang Pokok bunga telang diserang oleh hama merah. Habis daun rosak dan terpaksa disembur dengan racun. Tuaian terpaksa dihentikan dulu bagi pokok bunga telang sehingga pokok pulih.

tuaian tuaian kangkung

Imej
tuaian tuain kangkung sudah berlanjutan ke pusingan ke lima. Kangkung sudahpun matang pada pusingan tuaian ketiga. Kangkung bersedia untuk berbunga. Untuk tuaian kelima, beberapa pucuk kangkung akan dibiarkan berbunga dan menghasilkan buah sebagai percubaan. tuaian kangkung pertama tuaian kangkung kedua tuaian ke empat bunga kangkung

tuaian kailan dan malabar spinach untuk makan malam

Imej
untuk makan malam hari ini, kailan dan malabar spinach di tuai, Alhamdulillah dapat juga merasa kailan dan malabar spinach ikan masin.Syukur dapat merasa kailan sendiri setelah beberapa kali mencuba. malabar spinach dan kailan yang dituai alhamdulillah dapat merasa kailan malabar ikan masin

gambar cambahan terbaru

Imej
Cambahan kapsicum cherrytime Cambahan kapsicum cherrytime sudah mula melonjak ke atas. Kesilapan menyemai secara dekat menjadikan susah nanti untuk memindah. Kena juga fikir bagaimana untuk mengelakkan serangan serangga. benih kapsicum cherrytime yang mula berkembang Cambahan terung Biji benih terung sudah mula menunjukkan tanda tanda akar mulai keluar. Menanti untuk melihat perkembangan seterusnya.

mengawal perosak lintah bulan

Lintah bulan keluar pada waktu malam untuk mencari makan. Setakat ini, sudah berpuluh ekor berjaya dihapuskan sejak tiga malam berturut turut. Purata lima ekor dijumpai setiap malam. Tempat tumpuan masih lagi disekitar daun lobak putih yang mulai berisi.