Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

perkembangan kebun perumahan 29 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan awal pagi ini

Beberapa perkembangan terbaru

Ulam ulaman



Hujan yang kerap hampir setiap hari menyebabkan banyak pucuk ulam ulaman yang keluar. Alhamdulillah dapat menuai pucuk belalai gajah, pucuk petola bantal, pucuk bebuas dan ulam raja. InsyaAllah akan dijadikan hidangan makan tengah hari jumaat.

Pokok tin
InsyaAllah akan cuba mengetut pokok tin untuk menghasilkan lebih banyak pokok baru. Jika berjaya, boleh dibawa balik ke kampung untuk tanaman percubaan.

Tomato ceri
Tomato ceri dapat dituai dua biji sahaja. Buah sudah ada yang merekah dan dijadikan makanan ikan kaloi sahaja.

Terung
Terung sudah mula hendak berbunga. Jadi bahan kompos ditambah sebagai baja.

Salad
Biji benih salad yang dibeli tahun lepas akan cuba di cambahkan. Jika berjaya, akan dicambahkan lebih banyak.

Pokok moringa
Alhamdulillah ada satu keratan pokok moringa yang nampak bertunas. Hara harap dapat membesar dengan baik.

balik kampung 25 April 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini. Musim buah mempelam di kampung sudah semakin hampir. Buah buah sudah semakin banyak yang hampir masak. Buah mempelam pauh sudah banyak yang luruh. Buah dari varieti lain seperti chokanan dan vareiti yang besar sedang hampir masak.

Waktu di kampung masih lagi tidak mencukupi, banyak kerja yang perlu dilakukan. Antara aktiviti yang dapat dilakukan minggu ini.

Bersih kawasan kebun
Kawasan untuk penanaman kebun sudah dibersihkan daripada rumput rumpai. Tanah yang diambil dari kerja membuat parit di kawasan kampung akan digunakan untuk membuat batas baru.

Kawasan parit dibelakang rumah juga dibersihakan sedikit kerana dipenuhi kankung liar. InsyaAllah kangkung akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai bahan baja.

Anak anak pokok pisang pula sedang dikumpulakan untuk dijadikan anak pokok dikawasan kampung yang baru ditambak.

Petola bantal dan petola segi
Percubaan untuk mendebunga petola segi secara manual nampaknya tidak berhasil. Petola segi …

masak sendiri di rumah

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini minat untuk masak sendiri terutama untuk hidangan makan tengah hari.

Diantara kelebihan masak sendiri ialah kebersihan makanan terjamin. Kebanyakan kedai agak diragui dari segi kebersihan kerana tempat penyediaan makanan yang terdedah dan tidak bersih. Kepuasan dalam masak sendiri ialah anda yakin dengan masakan anda.

 Selain itu kos makan juga semakin berkurang kerana tidak perlu membayar upah penyediaan makanan. Sekurang kurangnya kos makan sehari diluar dapat mampu menampung kos belanja dapur selama beberapa hari.

Masak sendiri juga mengajar supaya cermat dalam mengurus dan menggunakan bahan makanan dirumah. Kadang kadang makanan dirumah masih banyak, namun tidak digunakan akibat banyak makan diluar. Akhirnya, makanan di rumah menjadi basi atau tamat tarikh luput. Makanan makanan ini dibuang begitu sahaja, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat menikmati makanan yang sempurna diluar sana.

Penyediaan makanan boleh dibuat pada awal pagi atau pada …

perkembangan dan tuaian kebun perumahan 22 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit awal pagi rabu. Beberapa aktiviti mengurus dan tuaian kebun perumahan sudah dilakukan.

Tuaian


Cabai solok, tomato ceri dan terung telunjuk yang sudah masak dituai awal pagi. Buah tomato ceri sudah hampir merekah. Kemungkinan akibat taburan hujan lebat ditengah malam. Terung telunjuk pula sudah berwarna kuning hanya sesuai untuk dijadikan stok biji benih sahaja. Warna warni tuaian hari ini sangat menarik.

Selain itu, pucuk petola bantal juga dituai. Petola bantal juga sudah ada tanda tanda akan mengeluarkan bunga betina. InsyaAllah jika ada rezeki dapat merasa buah petola bantal pula.

Perkembangan kebun perumahan

Pokok tomato ceri yang ditanam didalam pasu dipindahakan ke kawasan luar rumah. Begitu juga dengan anak selasih thai yang di pindahkan ke pasu yang masih kosong.

Tinjauan pada pokok kaduk pula menunjukkan pokok daun kaduk diserang "white fly". Daun habis kerekot. Kebiasaanya daun kaduk jarang diserang penyakit.

Poko…

perkembangan kebun kampung dan perumahan 19 April 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada hari sabtu. Masa begitu suntuk untuk meninjau kebun di belakang.

Tugasan untuk menebang pisang di kampung pun tidak kesampaian. Terpaksa menunggu seminggu lagi insyaAllah. Aktiviti yang sempat dilakukan dikampung ialah mendebungakan secara manual petola segi. Harap harap akan ada lagi buah petola segi yang terhasil.

Aktiviti memancing juga agak terbatas kerana kangkung terlalu banyak didalam tali air. InsyaAllah akan cuba menebas kangkung supaya lebih mudah untuk memancing semasa cuti hari buruh.


Kebun perumahan

Kebun perumahan pula merimbun dengan daun daunan hijau semasa musim hujan ini. Aktiviti merumput diadakan. InsyaAllah pasu yang kosong akan diisi dengan biji benih tanaman.

Buah tomato ceri dan cabai solok masih menanti untuk dituai. Kekangan masa menjadi faktor penghalang untuk menuai dan dijadikan hidangan.

Pokok terung baru sedang dibesarkan dan dialihkan ketempat yang lebih terang. Moga moga dapat menuai buah terung dari pokok …

perkembangan kebun perumahan 17 April 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit pada awal pagi jumaat.

Diantara perkembangan

Cili solok
Cilik solok sedia untuk dituai. Rasanya sesuai untuk dijadikan masakan solok lada.

Pokok pemunggal/ Moringa
Keratan batang pokok moringa akan cuba untuk disemai. InsyaAllah jika keratan batang bercambah. Pokok akan disemai kedalam bekas yang lebih besar.

Mulberi
Pokok mulberi yang dipindah ke bahagian luar rumah menghasilkan buah yang manis. InsyaAllah akan cuba dibiakkan lagi keratan mulberi.

Pokok tin
Pokok tin masih belum berbuah. InsyaAllah akan cuba mengetut pokok tin kerana semakin rendang.

Semai bayam merah
Pokok bayam merah yang dituai untuk biji benih sudah boleh digunakan. Jadi biji benih ditabur kedalam bekas bekas yang masih kosong.

Ulam raja
Ulam raja semakin tinggi. InsyaAllah boleh dijadikan ulam minggu depan.

Limau purut
Alhamdulillah daun limau purut yang banyak dapat dikongsi dengan jiran untuk digunakan didalam masakan.

perkembangan kebun perumahan, 14 April 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan. Buat masa ini, kebun perumahan penuh dengan tumbuhan berwarna hijau sahaja.

Tuaian terung dan pucuk petola
Terung dan pucuk petola dapat dituai disamping mengemaskan sedikit keadaan laman perumahan yang menjadi semak akibat pertumbuhan petola bantal yang cepat. Buat masa ini, belum ada buah petola bantal lagi.



Tuaian biji benih sayur bayam
Sayur bayam merah yang sudah matang dicabut untuk dikeringkan dijadikan stok benih. InsyaAllah akan cuba menabur benih baru secepat mungkin untuk mengambil kesempatan musim hujan sekarang.



Tuaian buah tomato ceri
Satu satunya buah tomato ceri dari pokok yang berpenyakit berjaya dituai. Namun, buat diserang penyakit rosak pada bahagian bawah. Buah tomato ceri bagaimanapun tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi.




Masih ada lagi pokok tomato ceri yang sihat. Harap harap akan ada lagi buah yang akan terhasil.

balik kampung 12 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu lepas. Musim kering sudah berakhir dan musim hujan sudah bermula.
Petak petak sawah masih belum dibajak. Pokok buah mempelam pula sudah mula menghasilkan buah. InsyaAllah dalam sebulan lagi, banyak buah mempelam yang dapat dimakan.

Antara aktiviti hujung minggu di kampung


Melawat tok tam
Mak dan ayah ajak ziarah tok tam di kampung hilir. Alhamdulillah dapat menziarahi tok tam. Tok tam juga rajin menanam sayuran seperti petola dan terung ditepi rumah.


Tebas rumput
Tanah tanah lapang di penuhi rumput yang galak tumbuh semasa musim hujan. Waktu pagi ahad dihabiskan untuk menebas rumput disekeliling rumah.


Tuai petola
Petola segi yang tumbuh dibelakang bangsal sudah menghasilkan buah. Baka jenis hibrid menghasilkan buah yang panjang dan kurus. Disebabkan tiada pokok lain, kadar penghasilan buah tidak banyak kerana kurang berlaku pendebungaan bunga betina.





Melawat kampung
Alhamdulillah kerja kerja menambun kebun kampung sudah selesai. Tanah menjad…

perkembangan kebun perumahan 8 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sedikit dalam kesibukan untuk pergi ke tempat kerja.

Petola bantal
Petola bantal terlalu cepat menghasilkan daun dan pucuk baru. Habis pokok limau purut, terung dan daun kari di selubungi oleh daun pokok petola bantal. Jadi, daun daun yang terlalu banyak di pangkas dan akan dijadikan bahan sungkupan kebun.

Tomato ceri
Pokok tomato ceri semakin berbunga. Namun, banyak yang tidak letak buah. Ada tomato ceri yang kelihatan pelik terhasil dari pokok yang terbantut. Kemungkinan akan mencuba varieti lain pada masa hadapan.



Cabai solok
Satu satunya harapan pokok cabai solok akhirnya mula menghasilkan buah. Alhamdulillah, beberapa bunga lekat buah walaupun peratusan penghasilan buah tidak tinggi. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi cabai solok.


tuaian kebun perumahan 6 April 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit tuaian daripada kebun perumahan sebelum pergi kerja hari. Ulam raja yang sedang membesar dan terung telunjuk yang segar dari hujan dimalam hari.

Hasil yang segar dijadikan hidangan untuk makan tengah hari bersama nasi panas dan sambal belacan.



perancangan kebun flat bulan april 2015

InsyaAllah pada bulan ini, fokus akan diberikan kepada menyediakan taman herba dan sayuran jenis daun di perumahan flat. Selain itu, sudah lama rasanya tidak merasa tanaman kailan dan sayuran lain.

Teknik yang akan dicuba ialah tanaman menggunakan botol plastik. Teknik tanaman ini akan dicuba di perumahan flat yang mempunyai ruangan yang terhad.

Ruangan
Ruangan ampaian baju yang jarang digunakan akan cuba ditanam dengan beberapa jenis herba yang biasa digunakan seperti pudina dan basil. Ruang depan rumah juga sesuai untuk ditanam dengan sayuran dengan menggunakan pasu jenis gantung agar tidak mengganggu kawasan koridor pejalan kaki.

Salad
Sayuran seperti salad juga akan cuba ditanam menggunakan teknik botol plastik untuk menjimatkan ruang. Namun, buat masa ini, cubaan menyemai benih salad masih belum berjaya.

Baja
Selain itu, bekas baja yang besar akan disediakan untuk menyimpan sisa dapur yang dapat dijadikan baja untuk tanaman.

Akuarium mini
Akuarium mini akan cuba diisi dengan ikan. In…