jalan jalan pantai timur bahagian akhir
Keesokan harinya bermulalah aktiviti utama jalan jalan di pantai timur. Selepas solat subuh, saya bergegas ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Saya dan rakan terlibat dalam acara berenang dilaut dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang Acara berenang bermula pada jam 8 pagi. Keadaan cuaca amat baik dan ombak tidak terlalu besar. Pengalaman renang di laut perairan pantai timur satu pengalaman yang baru bagi saya. Lautnya lebih jernih dan tidak merengsa mata. Cuma terdapat banyak sengatan obor obor didalam air. Segala pengalaman berenang digunakan untuk memastikan saya berenang pada arah yang betul. Paling penting bila berenang dilaut ialah untuk sentiasa tenang. Alhamdulillah setelah empat jam berenang, akhirnya saya sampai ke tepian pantai. Tidak lama kemudian, siren dibunyikan menandakan acara tamat. Saya bernasib baik kerana sempat menghabiskan renangan sebelum masa yang ditetapkan. Selepas sesi bergambar dan makan tengahhari di pantai. Saya balik berehat di chalet. Pada waktu...