Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

hari raya korban 17 November 2010

Imej
Hari raya korban kali ini kami beraya dahulu di Mergong, disana ada dijalankan korban. Jadi tolong tumbangkan lembu dan juga tolong angkut daging daging ke khemah potong daging. ramai juga kanak kanak dan remaja yang datang melihat proses korban dilakukan Linda dan anak anak saudara Zabri dan Aslinda :D Nasi dan masakan daging disediakan untuk makan tengah hari. Selepas semua bersurai, kami ke Langgar pula untuk kenduri di rumah Bang Ad dan Kak Doh. Lepas makan nasi di rumah Bang Ad dan Kak Doh, kami pergi melawat bang Long Din yang baru lepas pembedahan tulang belakang. di rumah bg long din ikan laga bg long din dan aswad, pandai depa biakkan Gelagat cucu cucu tok dan tok wan Akbar dan kupiah Pak Udanya cucu cucu main kucing ada cucu yang menangis pula.. hihi anak anak kucing

balik kampung 20 November 2010

Imej
Balik kampung kali ini kami singgah di kenduri pak su iaitu adik bongsu pak mentua di kompleks hijau kuning. Mak, ayah dan ana juga datang sekali ke kenduri ni. Lauk pauk kebanyakannya dimasak sendiri. Hari Ahad 21 November banyak kenduri kahwin di kampung dan juga di Jitra. Kami sempat pergi ke tiga kenduri sahaja. jemputan gendang silat untuk kenduri kahwin baru balik dari kenduri di simpang empat dekat alor melintang Aktiviti dirumah tak banyak cuma bersih bersih rumah dahulu selepas banjir. Alhamdulillah peti ais dan mesin basuh baru sudah dibeli kerana yang lama sudah rosak. jannah dan akbar di rumah tok dan tok wan buah jambu yang masak selepas banjir tidak diserang lalat buah, mungkin sebab lalat buah tak dapat serang kerana banjir

banjir di kampung, November 2010

Imej
Assalamualaikum, disertakan beberapa keping gambar tentang keadaan banjir di kampung, Sungai Baru, Gunung jalan menuju ke pantai johor masih belum selamat bagi kenderaan kecil kereta yang tersadai kerana tidak sempat dikeluarkan, air banjir naik cepat