Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

perkembangan lobak putih

percubaan menanam lobak putih yang sudah berusia beberapa bulan. Ada yang sudah menunjukkan pertumbuhan ubi lobak. Ada juga yang tidak menjadi isi.  Lintah bulan pula memakan daun lobak pada waktu malam.Usaha mengutip perosak ini juga dijalankan pada lewat malam.

semaian cabai cherrytime kapsicum mula bercambah

semalam kelihatan cabai cherrytime kapsicum sudah mula bercambah. Akar sudah mula keluar dari biji benih. Semaian ketumbar pula banyak yang patah seperti tidak sihat, mungkin perlu diletak ditempat yang lebih banyak cahaya matahari. Semaian terung sudah dialih ke dalam bekas semaian. Ada juga yang ditabur didalam pasu panjang seperti yang dibuat dikampung. Perancangan penanaman. InsyaAllah akan mendapatkan pasu pasu baru.

semaian kohl rabi purple vienna bercambah

Imej
semaian kohlrabi purple vienna sudah bercambah sekarang menunggu semaian cabai untuk mula bercambah. terung pendek pun sudah direndam dalam air, tapi belum sempat untuk disemai kedalam bekas tanah

semaian ketumbar dan bendi rosak

Beberapa kejadian pada semaian antara yang berlaku ialah 1. semaian ketumbar rosak akibat kejutan cuaca panas. Semaian ketumbar sebelum ini diletak dalam kawasan teduh. Pada hari jumaat lepas, semaian diubah ke kawasan lapang. Namun, pada petangnya semaian ketumbar kebanyakannya sudah layu. Batang ketumbar yang lembut telah mengecut dan rebah ke tanah. Untuk semaian seterusnya, mungkin akan menunggu sehingga semaian ketumbar sudah mengeluarkan beberapa helai daun sebenar. 2. bendi pula rosak akibat kucing yang bermain didalam pasu. Satu semain patah dan layu. Untuk mengelakkan kejadian berulang, lidi dicucuk kedalam semaian untuk mengelakkan kucing bermain lagi. 3. semaian kobis bunga langsung tidak bercambah. Semaian diganti dengan percubaan menyemai kohl rabi purple vienna. Harap semaian ini akan tumbuh.

perkembangan kebun lagi dan balik kampung

Imej
Cambahan ketumbar semakin banyak dan semakin panjang. InsyaAllah akan dialih ke tempat yang lebih banyak sinaran matahari. Cambahan markisa pun sedia untuk dimasukkan kedalam polibeg untuk di besarkan berasingan. cambahan ketumbar mula bercambah kailan menunggu masa untuk dituai cambahan markisa yang semakin besar Minggu lepas sempat balik kampung sempena cuti hari malaysia. Walaupun singkat sahaja balik kampung, ada beberapa perkara yang sempat lihat di kebun emak. - pokok kacang kelisa masih belum juga berbunga, walaupun sudah dekat 5 bulan menanam - pokok terung pemberian tok yam sudah mula berbunga bagi yang ditanam didalam pasu. Namun pokok yang ditanam diatas tanah masih terbantut penanaman. cili di kampung, mengikut mak bau wangi - pokok cabai kampung mak sangat subur, hampir setinggi satu meter dan berbuah lebat.

perkembangan seminggu kebun

Imej
Minggu ini ada sedikit hasil daripada pokok cabai, tak banyak, tapi puas hati juga tengok hasil, Alhamdulillah sepuluh biji cabai hijau  Kailan dalam pot hidroponik Kailan yang terbantut akibat persaingan dengan pokok kailan yang lebih besar diubah ke pot hidronik. Ini adalah untuk menjadi satu percubaan menanam dalam set hidroponik. Semaian bendi Semain bendi sudah panjang, sebahagian diletak didalam bekas  pasu panjang.

semaian ketumbar mula bercambah

Imej
Alhamdulillah semaian ketumbar sudah mula bercambah selepas hampir seminggu di tanam. Pada mulanya, agak risau jika tiada cambahan lansung. cambahan ketumbar mula bernas Namun, cambahan kobis bunga masih belum tumbuh. Kebiasaanya biji benih yang bernas akan cepat bercambah. Masih menanti cambahan holy basil bernas kerana ingin merasa ulaman holy basil.

kisah penanaman kangkung

Imej
Peringkat awal Pada peringkat awal, tanaman langsung tidak menjadi. Pada sangkaan awal, menanam kangkung sangat mudah dan yakin dapat menuai hasil dalam masa sebulan. Permulaan percambahan memang nampak seperti akan berjaya. Serangan hama merah kangkung dan serangan hama merah :(  Kemudian tidak lama kemudian, pertumbuhan sayur kangkung terbantut. Pada peringkat awal sayur kangkung diserang oleh hama merah. Ini antara ujian yang tidak sangka akan terjadi. Akhirnya... kangkung pada tuain pertama Alhamdulillah pada penanaman seterusnya, komposisi tanah dibaiki dan dibiarkan ditempat yang betul betul terbuka. Hanya pokok limau purut yang menjadi tempat teduhan kankung di kawasan terbuka. kangkung semakin lebat selepas tuaian pertama Tuaian sudah masuk kali ke ketiga dengan cara keratan batang. Hasil semakin menjadi jadi terutama semasa musim hujan. InsyaAllah selepas ini semaian baru kangkung akan dimulakan.

semaian daun kesum dalam pot hidroponik

Imej
Daun kesum kali ini disemai dalam pot hidroponik buatan sendiri, keratan batang kesum sesudah pucuk diguna untuk laksa harap dapat cepat berakar dan membesar. Sedap daun kesum untuk buat laksa dan asam pedas

Perosak tanaman: lintah bulan dan siput

Lintah bulan semakin banyak dikawasan tempat sayur sayuran. Lintah bulan mula keluar mencari makanan sewaktu senja. Jadi lintah bulan yang dijumpai dikutip untuk dihapuskan. Perhatikan kawasan penanam supaya tidak terlalu lembap untuk mengelak lintah bulan yang banyak. Lintah bulan juga cepat membiak. Siput juga menjadi ancaman tanaman sayur, dan berkemungkinan memakan benih yang baru bercambah.

keadaan kebun laman rumah, mid sep 12

Imej
Alhamdulillah hujan sejak beberapa hari ini membantu pertumbuhan sayur sayuran dan pokok. kangkung dan lobak putih yang mula merimbun  Cadangan supaya pokok cabai yang terbantut diganti dengan anak benih yang baru. Pokok sudah lama, tetapi tidak mahu membesar lagi. Perosak tanaman belalang kunyit, nanti jadi makanan ikan kaloi Ada beberapa perosak yang saya jumpa di halaman rumah iaitu belalang kunyit. Belalang kunyit sangat menggemari daun limau purut. Selain daripada belalang, ulat beluncas juga menggemari daun limau. Hama merah Pokok bunga telang pula diserang oleh hama merah. Habis daun pokok gugur. Saya sembur dengan Malathion. Tuaian sayur hijau tuaian sayur yang terbantut pertumbuhan Sayur hijau yang terbantut pertumbuhan sudah pun dituai. Antara sebab utama pertumbuhan terbantut ialah kerana semaian yang sangat rapat. Sayur ini dijadikan makanan ikan kaloi sahaja.

cabai dan malabar spinach

Imej
Cabai melaka yang ditanam banyak yang kering di pokok dan gugur, kalau tak dikutip nanti bercambah sendiri bila terkena air. Jadi cabai melaka yang sudah ranum di kutip dan dikeringkan untuk buat stok biji benih. cabai cabai kira kira dua minggu sebelumnya cabai yang masak di pokok utk dikeringkan Malabar spinach yang ditanam sebelum ini pun sudah mula membesar. Sedap juga malabar spinach di goreng dengan ikan kering. keratan malabar spinach yang baru di pasukan malabar spinach sudah keluarkan pucuk baru Menanam malabar spinach dari keratang batang adalah mudah. Boleh cuba rendam didalam air keratan batang sehingga keluar akar sebelum di pindah kedalam pasu

gambar sayur sayuran terbaru

Imej
kailan pada september 2012  Kailan nampak lebih sihat bila diletak bawah teduhan. Sebelum ini, kailan diletakkan diluar dibawah cahaya matahari terik, batang kailan menjadi merah. InsyaAllah boleh kut merasa sayur kailan dalam seminggu dua lagi.Alhamdulillah berjaya tanam kailan setelah berkali kali mencuba. Sebab utama cubaan awal tidak berjaya kerana biji benih tidak mahu bercambah. sawi yang disemai dahulu Sawi yang ditanam sebagai percubaan dari biji benih sumbangan jabatan pertanian. Cambahan sangat baik. Sekarang kerap di siram dan dibaja sebab ditanam rapat rapat.

raya puasa 2012

Imej
sedikit gambar kenangan raya puasa 2012 cucu cucu tok dan tokwan mak dan ayah bergambar mak dan ayah beserta cucu cucu beraya di rumah Mak Tam di Jabi Alhamdulillah sambutan hari raya tahun ini meriah walaupun sederhana. Banyak ketupat daun palas dan rendang yang habis. Sebelum raya sempat juga bersih kawasan rumah seperti potong rumput dan sapu sampah dan longkang supaya bersih.