Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Pinang, Malaysia

Pinang, Malaysia

balik kampung 16 October 2010

Imej
Assalamualaikum, dapat juga balik kampung, kali ini balik dengan Ana, tugasan minggu ini ialah meracun siput gondang, Ayah sudah pun tabur padi di bendang, tapi siput gondang banyak makan anak benih padi. Racun ini amat merbahaya kepada hidupan air di bendang seperti katak, ikan, ketam dan lain lain, bendang pada seminggu awal penanaman padi Kesan racun siput gondang pada kehidupan air katak mati di bendang.. kesian.  siput siput gondang.. banyak betul... anak ikan puyu mati.. ketam pun mati juga.. kesian.. Hidayat balik kampung Hidayat pun kebetulan balik kampung. Hidayat ada juga berjumpa dengan rakan rakan semasa kursus kapal terbang dulu. Tok wan suruh dia belajar mesin rumput. Hidayat mesin rumput ayam piru yang memerhati Hidayat mesin rumput Lain lain Disertakan beberapa keping gambar lagi pokok ros mak tanam dah ada bunga betik yang sesuai untuk buat somtam, tapi lain kali akan cuba, kali ini kami makan tengah hari berlaukkan ikan pari

pancing di pulau, 3 Oktober 2010

Imej
Pulau Betong dari jauh minggu ini berkesempatan untuk memancing di pulau pinang, pada mulanya hendak memancing di kawasan Pulau Betong, Balik Pulau, tetapi disebabkan keadaan ombak yang kuat tidak mengizinkan teknik pancing digunakan, saya kehilangan satu gewang kerana tersangkut didalam air, jadi saya terpaksa bergerak ke tempat yang lebih tenang, Alhamdulillah ada sedikit hasil, hasil memancing kali ini, Alhamdulillah syukur sangat sangat dan dapat melihat beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik, bunga dari sejenis pokok yang hidup berhampiran pantai satu lagi jenish bunga yang unik, SubhanaAllah