Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aktiviti kebun

berkebun di bulan ramadhan

Alhamdulillah, bulan ramadhan tahun 1436H tiba lagi. Pada bulan ini, amalan amalan membina kerohanian insyaAllah akan cuba ditambah. Disamping itu, kerja kerja harian juga akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Untuk bulan ramadhan ini, diantara aktiviti berkebun yang boleh dilakukan ialah seperti menyemai benih benih baru, mengemas persekitaran dan menuai hasil hasil kebun dari penanaman yang terdahulu. Ramadhan tahun ini dijangkakan panas terik. Jadi, pokok pokok harus disiram pada awal pagi dan lewat petang. Penghujung ramadhan akan penuh dengan aktiviti terutama membersih kawasan kampung. Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari segi ibadah kepada Allah SWT disamping kita memenuhi keperluan harian kita.

balik raya 2014 dan perkembangan kebun

Alhamdulillah dapat balik beraya tahun ini di kampung seperti tahun tahun yang lalu. Banyak catatan pengalaman yang hendak dikongsi. Cuaca di hari raya agak mendung menjadikan aktiviti banyak terhad ke kawasan sekitar rumah sahaja. Beberapa aktiviti yang berlangsung Persiapan hari raya Persiapan hari raya kali ini hanya ala kadar kerana kesibukan tugas. Baju raya dibeli sehari sebelum raya. Sembelih ayam Ayam ayam dikampung ditangkap dua hari sebelum hari raya. Bang Tam yang tangkap ayam ayam yang tidur diatas pokok. Pada pagi hujung ramadhan, ayam ayam disembelih dan dijadikan lauk rendang, gulai dan sup ayam. Ziarah raya Tidak banyak aktiviti ziarah dilakukan kali ini kerana ramai saudara mara yang datang kerumah pada hari raya pertama. Kenduri kahwin Alhamdulilah ada undangan kenduri di Langgar dan juga Bukit Payung. Lauk kenduri yang disediakan terdiri daripada menu kampung seperti ulam terung, mengkudu dan kacang botol rebus. Lauk utama ialah gulai daging rias(bat...

aktiviti hujung minggu awal april 2014

Alhamdulillah minggu ini sempat melakukan beberapa aktiviti di kebun perumahan. Ruang depan rumah dikemas sedikit supaya kelihatan lebih tersusun walaupun rasanya masih tidak begitu memuaskan kerana banyak aktiviti kebun yang berlangsung. Antara aktiviti Pangkas petola bantal belakang rumah Pokok petola bantal belakang rumah sudah menjalar naik wayar tiang telefon dan sampai ke rumah sebelah. Pokok terpaksa dipotong Ubah pasu pokok tin Keratan pokok tin terpaksa diubah kerana kelihatan tiada pertumbuhan. Harap harap baki keratan tin boleh terus hidup. Ubah pasu pokok bunga tongkeng Terdapat tiga pasu pokok bunga tongkeng yang perlu diubah kedalam pasu yang lebih besar supaya dapat menjalar dan menghasilkan bunga yang diinginkan. Disamping itu, boleh juga dikembang biakkan keratan bunga tongkeng. Semai bayam merah Benih bayam merah ditabur kedalam bekas pasu panjang. Kaedah yang digunakan ialah tabur terus. Harap harap akan bercambah dalam beberapa hari lagi. Semai sawi...

aktiviti hujung minggu tengah februari 2014

Alhamdulillah pertengahan februari 2014 berjaya melaksanakan beberapa aktiviti kebun meletak daun semambu pada pokok cili pear Cili pear diserang oleh whitefly, usaha meletakkan daun semambu sekeliling pokok untuk menghalau white fly. Harap harap berhasil insyaAllah. mengubah semaian timun jepun semaian timun jepun sudah dipindah kedalam bekas polibeg yang sebelum ini ditanam dengan kacang panjang. ikan keli goreng bela sendiri dapat merasa ikan keli goreng yang dibela dari saiz satu inci. ikan keli diberi makan dedak sahaja. dibela dalam bekas timba. Alhamdulillah tidak berbau hanyir. Untuk menyiang ikan keli dengan mudah, taburkan garam pada ikan. beli stok tanah tanah top soil sudah dibeli, benih benih terung telunjuk akan diubah dalam masa terdekat. Apabila musim hujan tiba, pokok akan dialih ke kebun di kampung.

aktiviti hujung minggu awal februari 2014

Imej
Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelbagai aktiviti menarik dilakukan dengan kesempatan masa yang ada antaranya memancing Alhamdulillah dapat memancing udang sebentar pada waktu pagi. Hanya ikan belukor sahaja yang sudi memakan umpan. Walau bagaimanapun kalau sudah rezeki, ada uncle yang mengberi seekor udang galah yang dipancingnya. menuai hasil beberapa hasil tanaman dituai, seperti daun kailan dan juga daun tat soi. Daun kailan pada batang yang berbunga sedikit pahit tetapi masih boleh dimakan. Daun tat soi sudah diserang afid. Jadi daun dituai untuk dimasak. menjenguk kebun kawasan perumahan kebun kawasan perumahan banyak kerja yang perlu dilakukan. Bayam yang sudah tua akan ditentukan nasib secepat mungkin. Biji benih sudah mula terhasil dari bayam yang ditanam.

aktiviti kebun sempena hari raya cina

Imej
Tuai petola bantal Alhamdulillah sempat menuai petola bantal untuk dibawa balik ke kampung sempena cuti hari raya cina. Sayur petola ini dijadikan masak air bersama udang seperti resepi petola segi yang biasa. Rasanya hampir sama cuma rasa petola segi lebih digemari. Pindah pokok timun Disamping itu sempat pokok timun yang ditanam didalam bekas polibeg diubah ke tempat yang lebih lapang. Harap harap ada serangga yang akan mendebebungakan bunga betina timun. Pokok juga didapati masih mampu bertahan tanpa siraman selama hampir dua hari. Namun, sebagai persediaan, pokok harus disiram beberapa kali untuk memastikan polibeg benar benar basah. Pasu tambahan juga boleh ditambah pada bahagian polibeg untuk membolehkan lebih banyak air diserap pokok. Semai labu siam Labu siam atau chayote boleh disemai dengan membelah buahnya dan mengambil biji benih didalam. Harus berhati hati untuk memastikan biji benih tidak tercedera. Biji benih boleh disemai terus ke tanah atau direndam ...

aktiviti kebun cuti thaipusam

Alhamdulillah dapat beriadah dengan berkebun waktu petang. Antara aktiviti yang dilakukan Menambah kompos kepada pokok Kompos dari tahi arnab dan juga sisa kebun seperti batang sayur nampaknya sudah sedia untuk ditabur ke kawasan tanaman. Kompos disimpan didalam bekas pasu besar dan dicampur tanah sudah hampir setahun. Jadi rasanya sesuai untuk diletakkan kedalam pasu pasu pokok. Menyembur pokok terung sarawak dengan bancuhan sabun basuh pinngan dan air Pokok terung sarawak sudah berbunga, namun banyak serangga bena yang menghisap daun dan tangkai bunga. Bunga tidak lekat buah. Jadi kesempatan cuti hari ini digunakan untuk cuba mengurangkan serangan serangga perosak. Memindahkan anak pokok timun Anak pokok timun terakhir sudah dipindahkan ke dalam satu pasu yang sebelumnya ditanam kacang panjang. Anak panjang tidak membesar dan sebagai ganti anak pokok timun diletakkan. Agak terlewat meletakkan anak pokok timun ini yang nampak terbantut tumbesaran. InsyaAllah akan menyemai ...