Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bebuas

perkembangan kebun perumahan 4 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sekejap kebun perumahan walaupun masa singkat. Hujan turun lebat pada awal pagi. Jadi sebelum hari cerah terpaksa bergerak keluar kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Pokok tin Alhamdulillah, pokok tin sudah ada tanda akan berbuah lagi. Putik putih buah baru kelihatan semakin membesar. InsyaAllah dalam sebulan lebih akan merasa buah tin segar. Semaian ulam raja Semaian ulam raja nampaknya masih bertahan seteleh dipindahkan daripada tepi jalan. Mungkin semaian sudah tahan lasak kerana tumbuh ditepi jalan dengan akar yang cetek sahaja. Tuaian bebuas Pucuk bebuas yang dituai untuk dijadikan ulam masih lagi bertahan didalam bekas plastik. Pucuk bebuas tidak disimpan didalam peti sejuk. Cuma perlu elakkan suhu panas. Kebun perumahan mungkin terpaksa dipindahkan sekejap untuk memberi laluan kerja membaiki paip air diluar rumah. Sebelum itu, perlu membuat laporan kerosakan kepada pihak bekalan air.

agen pendebungaan pokok bebuas

Imej
Agen pendebugaan pokok bebuas nampanya terdiri daripada serangga seperti rama rama dan penyengat. Terdepat beberapa jenis penyengat yang singgah di bunga pokok bebuas. Walaupun bunga pokok bebuas kecil dan tidak berbau, namun penyengat banyak yang datang hinggap di bunga pokok bebuas. Buah buah pokok bebuas pula menjadi makanan burung burung seperti burung merbah.

tuaian kebun perumahan 1 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menuai beberapa sayuran dari kebun perumahan untuk digunakan semasa sahur. Tuaian kali ini ialah daun ulam raja, buah mulberi dan terung yang terbantut akibat serangan perosak. Selain itu, biji biji benih ulam raja dikumpulkan untuk disemai di kampung dan diberi kepada kak chak. Pokok bebuas pula sedang berbuah, beberapa ekor burung merbah kadang kadang hinggap untuk mengutip buah bebuas. Burung menjadi agen penyebaran benih pokok bebuas.

pecah beling dan bebuas

Imej
Alhamdulillah pokok pecah beling dan bebuas semakin sihat dan membesar. Pokok pecah beling senang tumbuh dari keratan. Keratan boleh direndam dahulu didalam air sehingga keluar akar atau dicucuk terus. Daun pecah beling boleh dijadikan ubat dan juga boleh diberi sebagai makanan tambahan ayam. bebuas Pokok bebuas pula sudah mula merimbun. Pucuk pucuk baru yang keluar boleh dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba dapatkan lagi anak pokok bebuas. Pokok bebuas mudah tumbuh di kawasan belukar.

pokok ulam bebuas

Imej
pokok ulam bebuas sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal. InsyaAllah akan cuba dipindahkan anak anak pokok. Pokok ini biasa tumbuh pada ketinggian satu hingga dua meter, semakin dipangkas semakin banyak pucuk yang tumbuh. bunga pokok bebuas Anak pokok yang sebelum ini dipindah, entah hilang kemana. 

balik kampung 7 October 2012

Imej
Minggu ini balik kampung sehari pada hari Ahad. Bang Long, Kak Long juga balik dari KL. Kak Chik, Bang Chik Man dan anak anak juga ada. Tengah hari makan nasi berlaukkan ikan tilapia yang ayah bela. Kali ini kak chik goreng biasa dan ditabur dengan bawang. Mudah memnyiang ikan tilapia, tidak banyak kerenah dan sisik senang disiang. Pokok pokok sayur mak pula nampak subur. cabai kampung mak hidup subur buah sulung pokok terung mak pemberian tok yam anak pokok bebuas Pokok Bebuas yang di pindah lebih kurang sebulan lalu nampak sihat. Dalam perjalanan pulang sempat melihat kebun sayur yang diusahakan warga emas di kawasan tanah lot yang terbiar. Banyak pokok terung yang hidup subur disamping batas daun kucai.