Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

perkembangan kebun perumahan 26 Ogos 2014

Alhamdulillah dapat melihat perkembangan kebun sebelum pergi kerja. Cuaca masih lagi mendung dan kerap hujan di pagi hari. Pagi ini perancangan untuk menuai petola bantal tergendala. Petola bantal perlu dituai segera sebelum isinya berserat dan biji benih menjadi keras. Disamping itu, berat buah petola dikhuatiri akan menyebabkan talian telefon jiran tergangu. Masalah sekarang ialah tiada alat yang sesuai untuk menuai petola bantal ini dan masa semakin suntuk Benih labu Benih labu dari varieti kulit menggerutu nampaknya tidak berjaya dicambah. Benih menjadi busuk selepas hampir seminggu didalam tanah. Jadi perlu sedikit analisa untuk memastikan percubaan seterusnya akan berjaya. InsyaAllah akan cuba menggunakan tanah kompos untuk percubaan yang seterusnya. Jika masih tidak berjaya, mungkin benih segar dari labu yang dibeli dari pasar akan digunakan. Benih Timun Nampaknya hanya dua benih daripada lebih 20 biji benih yang disemai berjaya bercambah. Ada beberapa kemungkinan seper

tuaian hujung minggu 24 Ogos 2014

Imej
Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil daripada kebun perumahan. Tidak banyak tetapi cukup untuk dijadikan lauk makan malam. Cuaca hujung minggu mendung sepanjang hari. Tidak banyak aktiviti berkebun yang dapat dilakukan. Terung hijau diluar rumah nampaknya dari varieti terung telunjuk. Lobak putih pula segar dimusim hujan ini. Satu pasu dituai kesemuanya supaya boleh disemai benih sayur yang baru. anak zucchini Petola bantal dibelakang rumah pula masih lagi belum dituai. Rasanya masa yang sesuai untuk menuai ialah waktu awal pagi. Lain lain aktiviti yang dilakukan ialah memindahkan cambahan benih timun dan peria ke bekas yang lebih besar. InsyaAllah pada hujung minggu ini akan balik ke kampung.

perkembangan kebun perumahan terbaru, 19 Ogos 2014

Imej
Alhamdulilah dapat melihat perkembangan kebun perumahan. Diantara catatan: Zucchini Alhamdulillah zucchini sudah bercambah, harap harap akan tumbuh dengan baik Petola bantal Petola bantal yang bergayut dibelakang rumah semakin membesar. Sekarang harus memikirkan cara hendak menuai tanpa merosakkan buah petola dan mengelakkan talian telefon jiran terganggu. Perlu dipangkas segera walaupun tarikan untuk menambahkan hasil dari petola bantal. Labu dan timun semaian labu dan timun belum bercambah. Bekas semaian pula terdedah kepada air hujan dari bumbung yang bocor. Jadi ada benih yang tercampak keluar dari bekas semaian. Hujan adalah rahmat dan alhamdulilah selepas diletakkan plastik diatas bekas semaian, hujan tidak menjadi masalah lagi. Terung Terung pertama dituai. Terung jenis hijau.Tuaian perlu dilakukan untuk menggalakkan lagi penghasilan bunga dan buah terung. Jika tidak, terung tidak akan produktif. Jika ingin menyimpan buah terung untuk dijadikan benih, boleh dila

perkembangan kebun hujung minggu pertengahan ogos 2014

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu kali ini dapat dimanafaatkan sedikit untuk berkebun. Banyak aktiviti berkebun yang dapat dilaksanakan. Namun, hasrat untuk memancing terbantut kerana ketiadaan pengangkutan dan keperluan tidak begitu mendesak kerana ikan masih lagi banyak didalam peti sejuk. Antara aktiviti kebun minggu ini Zucchini Benih zucchini baka hibrid telah ditanam terus kedalam pasu. Jika bercambah, akan dipindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari penuh. Timun Pelbagai vareiti timun disemai dari baka tempatan ke baka import. Setakat ini baka import tidak bernas. Harap harap masih boleh bercambah. Labu Benih labu dari varieti kulit menggerutu turut disemai, jumlah beniih melebihi 30 biji. Bendi Benih bendi stok lama, jadi tidak berharap sangat akan tumbuh. Jika tumbuh, benih perlu di pindahkan cepat keatas tanah kerana jika lambat anak benih akan menjadi lemah dan pembesaran terbantut. Bunga tongkeng Bunga tongkeng dipindak ke kawasan terbuka kerana pertumb

nasib ikan patin didalam kolam

Nampaknya ikan ikan patin yang dibeli tidak berjaya hidup didalam kolam. Selepas sebulan langsung tidak kelihatan kelibat anak anak ikan patin lagi. Kemungkinan besar sudah menjadi mangsa kepada ikan keli besar. Dengan mulut ikan keli yang besar, mudah sahaja anak anak ikan patin ditelan hidup hidup. Deria dan sesungut panjang ikan keli membolehkan ia mengesan dan menangkap ikan ikan samada disiang hari atau malam. Ikan patin sebenarnya mempunyai daya tahan yang tinggi, mudah dibela dan cepat sembuh dari kecederaan, namun pemangsa seperti ikan keli besar harus di keluarkan dari kolam dahulu. Didalam perancangan, ikan ikan yang sudah mencecah umur dua tahun didalam kolam akan dipindahkan untuk memberi peluang membela ikan baru. Alhamdulillah, ikan keli dan ikan kaloi yang ada didalam kolam berguna untuk kolam perumahan. Walaubagaimanapun, ikan ikan ini tidaklah jinak. Semakin lama semakin sudah untuk ditangkap apabila menyedari ada yang akan dijadikan lauk.

tuaian petola bantal dan perancangan kebun perumahan

Alhamdulillah dapat menuai petola bantal belakang rumah perumahan. Petola yang menjalar ke tiang telefon sudah sedia dituai. Namun, kedudukannya yang tinggi menyebabkan sukar untuk dipetik. Galah yang selalu digunakan pula patah ketika memangkas sulur petola bantal beberapa bulan lepas. Buah berjaya dituai namun jatuh ke atas tar menyebabkan buah pecah. Perancangan asal untuk menuai petola bantal dalam masa lima minit bertukar menjadi lebih setengah jam. Sedar sedar waktu berbuka sudah tiba. Jadi, niat untuk menjadikan petola sebagai lauk berbuka terpaksa ditangguhkan dahulu. Buah dibuang kulit dan disimpan dahulu didalam peti sejuk. Perancangan menuju akhir Ogos 2014 InsyaAllah akan merancang beberapa penanaman eksperimen Zucchini Percubaan pertama gagal walaupun benih berjaya bercambah kerana diserang oleh serangga. Untuk percubaan kedua, akan menggunakan tanah medium baru dan ditanam di dalam rumah di tempat yang mendapat cahaya penuh matahari. Jadi keadaan persekitaran

perancangan pertengahan ogos 2014

InsyaAllah jika tidak ada apa apa halangan, akan balik ke kampung hujung minggu ini. Masa semakin suntuk kerana kelas pengajian akan bermula bulan september. Banyak perkara hendak dilakukan tetapi masih tertunda kerana kekangan masa dan bajet. Antara perancangan minggu ini Bawa balik baja tahi arnab Tahi arnab yang terkumpul didalam tong khas sudah semakin banyak di rumah perumahan. Bekas kompos tidak dapat menampung jumlah tahi arnab yang banyak. Jadi cadangan supaya dibawa balik ke kampung untuk dijadikan baja. Jika boleh, arnab juga ingin dipindahkan ke kampung kerana kekurangan masa untuk menjaga arnab. Sediakan batas labu Tanah lapang di tepi parit sesui untuk dijadikan tempat menanam labu. InsyaAllah akan cuba semai secepat mungkin varieti labu pilihan. Sudah terbayang labu untuk dijadikan pelbagai jenis masakan. Musim memancing ikan di sawah Sekarang padi di sawah semakin bunting dan keadaan ini sesuai untuk memancing ikan sawah seperti puyu dan haruan. Jika ada re

perkembangan kebun kampung awal ogos 2014

Alhamdulillah kebun kampung nampaknya ada beberapa perkembangan terbaru. 1. Terung sudah berbuah Alhamdulillah dalam dua minggu buah terung sudah panjang dan sesuai dipetik. Nanti nak biarkan emak yang petik buah terung. Kemungkinan buah terung yang terhasil adalah baka kacuk antara terung ungu dan terung telunjuk. Terung yang dipindah minggu lepas juga sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan tanah di kampung dan mula berbunga. 2. Pokok Markisa Setelah hampir setahun dipindahkan ke kampung, pokok markisa masih belum berbunga. Harap harap lekas berbunga kerana hendak merasa buah markisa yang di tanam sendiri. InsyaAllah akan menyemai benih labu dan juga benih kacang kelisa. Dulu dulu ayah pernah menanam labu di kampung sampai boleh dibuat serawa untuk kenduri kesyukuran.

buku tentang ulam ulaman

Alhamdulillah dapat membeli satu buku mengenail ulam ulaman di Malaysia. Kandungan buku menarik kerana membincangkan tentang jenis ulam, khasiat, kesan sampinngan dan cara penyediaan ulaman. Antara pengetahuan baru ialah pucuk sentang, pucuk mengkudu siam dan pucuk mempelam sebagai ulam. Panduan berguna kepada peminat ulam ulaman. Gambar akan diletakkan kemudian

petola bantal sudah menjalar ke cucur atap

Petola bantal yang jarang jarang berbuah sudah menjalar melalui wayar telefon dan sampai ke cucur atap. Kemudian bunga betina mula keluar dan buah putik sudah kelihatan di tiang telefon. Nampaknya pokok petola bantal ingin berbuah di tempat tinggi. Mungkin untuk mengelakkan daripada buah diambil. Namun, sulur petola ini perlu di cantas kerana mengganggu dan dikhuatiri akan semakin merebak ke rumah jiran. InsyaAllah akan menuai dulu buah petola sebelum dicantas. Kemungkinan akan bawa balik benih petola supaya boleh menjalar di ruang yang sepatutnya. gambar akan diletakkan kemudian

tuaian lobak putih sebelum raya

Imej
Alhamdulillah, dapat menuai lobak putih untuk dibawa balik ke kampung sebelum hari raya yang lepas. Tidak banyak tapi cukup untuk dijadikan hidangan. Ada sedikit lagi lobak putih untuk dituai di kebun perumahan, insyaAllah akan dijadikan sebahagian hidangan berbuka puasa sunat bulan syawal.

perkembangan kebun kampung awal ogos 2014

Imej
Alhamdulillah sempat mengurus kebun kampung sedikit Antara perkembangan terbaru Terung Pokok terung sudah mula berbuah di kampung. Disamping itu, pokok terung dari kebun perumahan dibawa balik ke kampung dan ditanam dalam satu baris. Harap harap akan subur. Pangkal pokok di tutup dengan keratan beg plastik untuk mengurangkan penyejatan air. Timun Benih timun membesar dengan baik di belakang rumah. Cuma masalahnya beberapa anak benih timun dikerjakan oleh siput babi. Menjelang awal pagi kesan kemusnahan oleh siput babi dapat dilihat. Jadi siput siput perosak ini di jejaki dan dimusnahkan. InsyaAllah akan menyemai lagi benih timun sebagai ganti. Labu air Nampaknya labu air tidak berjaya berbuah. Pokok yang asyik dirosakkan oleh tupai telah mati. Manakala benih yang baru tumbuh pula sudah tiada ditempat ia disemai. Kemungkinan diratah oleh siput babi juga. Baiki parit Parit air dibelakang rumah perlu dibaiki kerana sudah lama. Simen dan bata dibeli untuk

balik raya 2014 dan perkembangan kebun

Alhamdulillah dapat balik beraya tahun ini di kampung seperti tahun tahun yang lalu. Banyak catatan pengalaman yang hendak dikongsi. Cuaca di hari raya agak mendung menjadikan aktiviti banyak terhad ke kawasan sekitar rumah sahaja. Beberapa aktiviti yang berlangsung Persiapan hari raya Persiapan hari raya kali ini hanya ala kadar kerana kesibukan tugas. Baju raya dibeli sehari sebelum raya. Sembelih ayam Ayam ayam dikampung ditangkap dua hari sebelum hari raya. Bang Tam yang tangkap ayam ayam yang tidur diatas pokok. Pada pagi hujung ramadhan, ayam ayam disembelih dan dijadikan lauk rendang, gulai dan sup ayam. Ziarah raya Tidak banyak aktiviti ziarah dilakukan kali ini kerana ramai saudara mara yang datang kerumah pada hari raya pertama. Kenduri kahwin Alhamdulilah ada undangan kenduri di Langgar dan juga Bukit Payung. Lauk kenduri yang disediakan terdiri daripada menu kampung seperti ulam terung, mengkudu dan kacang botol rebus. Lauk utama ialah gulai daging rias(bat