Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tomato ceri

perkembangan kebun perumahan minggu lepas, 4 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah beberapa aktiviti dapat dilakukan di kebun perumahan pada minggu lepas sempena cuti hari wesak yang jatuh pada hari isnin. Walaupun agak keberatan meninggalkan kebun di kampung, namun kebun perumahan juga perlu diberi perhatian supaya kemas. Diantara perkembangan terbaru: 1. Bersih sangkar arnab Arnab arnab yang ada di rumah taman sudah diberikan kepada pemilik yang baru. Kekangan masa menyukarkan penjagaan arnab. Tinja arnab yang masih ada dikumpulkan untuk dijadikan kompos. 2. Tomato ceri Tomato ceri yang banyak berbuah telah lewat dituai. Akibatnya buat menjadi terlalu ranum dan pecah. Buah buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi yang sedia menanti. 3. Petola bantal/ Petola pulut Petola bantal akhirnya sudah lekat buah dan sedang membesar. InsyaAllah akan dapat menuai pada hujung minggu ini. 4. Semaian salad Nampaknya semaian salad tidak bercambah walaupun mengguna medium tanaman yang baik. InsyaAllah akan mencari benih yang lebih sesuai. ...

perkembangan kebun perumahan, 14 April 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan. Buat masa ini, kebun perumahan penuh dengan tumbuhan berwarna hijau sahaja. Tuaian terung dan pucuk petola Terung dan pucuk petola dapat dituai disamping mengemaskan sedikit keadaan laman perumahan yang menjadi semak akibat pertumbuhan petola bantal yang cepat. Buat masa ini, belum ada buah petola bantal lagi. Tuaian biji benih sayur bayam Sayur bayam merah yang sudah matang dicabut untuk dikeringkan dijadikan stok benih. InsyaAllah akan cuba menabur benih baru secepat mungkin untuk mengambil kesempatan musim hujan sekarang. Tuaian buah tomato ceri Satu satunya buah tomato ceri dari pokok yang berpenyakit berjaya dituai. Namun, buat diserang penyakit rosak pada bahagian bawah. Buah tomato ceri bagaimanapun tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi. Masih ada lagi pokok tomato ceri yang sihat. Harap harap akan ada lagi buah yang akan terhasil.

perkembangan kebun perumahan 8 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sedikit dalam kesibukan untuk pergi ke tempat kerja. Petola bantal Petola bantal terlalu cepat menghasilkan daun dan pucuk baru. Habis pokok limau purut, terung dan daun kari di selubungi oleh daun pokok petola bantal. Jadi, daun daun yang terlalu banyak di pangkas dan akan dijadikan bahan sungkupan kebun. Tomato ceri Pokok tomato ceri semakin berbunga. Namun, banyak yang tidak letak buah. Ada tomato ceri yang kelihatan pelik terhasil dari pokok yang terbantut. Kemungkinan akan mencuba varieti lain pada masa hadapan. Cabai solok Satu satunya harapan pokok cabai solok akhirnya mula menghasilkan buah. Alhamdulillah, beberapa bunga lekat buah walaupun peratusan penghasilan buah tidak tinggi. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi cabai solok.

semai tomato ceri dari keratan sulur

Alhamdulillah dapat mengemas kebun perumahan sedikit walaupun kesibukan kerja. Waktu menyiram biasanya dilakukan pada waktu tengah malam apabila pulang dari kerja. Namun, ada juga pokok yang terlepas dari rutin meyiram. Baru baru ini, anak benih pokok tomato ceri yang disemai sebelum ini sudah mati kerana kekurangan air. Sayang kerana benih tomato ini tidak dapat dipindah ke bekas penanaman. Alhamdulillah, keratan sulur tomato ceri dari pokok yang sedang membesar beberapa minggu lepas nampak sudah boleh dipindah ke tempat penanaman. Salah satu cara untuk menggandakan jumlah tanaman tomato ialah dengan menggunakkan keratas sulur. Dengan cara ini, dapat menjimatkan tempoh menyemai tanaman tomato yang baru. Sulur tomato boleh dipatahkan dengan menggunakan tangan dan disemai didalam bekas semaian. Pastikan air cukup. InsyaAllah dalam beberapa hari sulur akan mengeluarkan akar. Gambar akan diletakkan kemudian.

pokok tomato ceri diserang penyakit

Nampaknya pokok tomato ceri diserang penyakit yang menyebabkan daun menjadi kuning dan pertumbuhan pucuk menjadi terbantut. Tidak pasti sebab dan cara penyakit ini merebak. Harap harap pokok tomato ceri masih mampu menghasilkan buah. InsyaAllah akan cuba mencari cara mengurangkan serangan penyakit terhadap pokok tomato ceri. gambar akan diletakkan kemudian

warna warna kebun perumahan, 18 Feb 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan agak menjadi buat masa ini dengan penyiraman konsisten walaupun cuaca panas pada masa sekarang. Tomato ceri tomato ceri mulai memunjukkan tanda tanda hendak masak. Buah mulai bertukar warna menjadi merah jambu. Mengikut gambar pada paket benih, buah tomato varieti hibrid ini berwarna merah jambu apabila masak. Pokok tomato ceri yang ditanam didalam bekas polisterin lebih besar dan belum berbunga. Putik putik pada sulur tepi di cabut. Putik ini tidak dibuang begitu sahaja, sebaliknya disemai kedalam bekas semaian baru. Terung Buah terung dibiarkan masak diatas pokok untuk dijadikan benih. Pokok terung akan diganti dengan pokok yang baru. Bayam, ulam raja dan selasih thai Bayam, ulam raja dan selasih thai hanya perlu ditanam sekali sahaja, selepas tanaman yang pertama, banyak anak benih yang akan terhasil sendiri. Jadi jimat kos untuk membeli benih tanaman. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun perumahan 13 Jan 2015

Alhamdulillah dapat mengemas sedikit kebun perumahan. Diantara perkembangan terbaru Tomato ceri Pokok tomato ceri sudah mula berbunga. Harap harap bunga akan lekat. Pokok tomato agak tahan lasak dan boleh dipindahkan dari tempat cambahan ke pasu yang lebih besar tanpa banyak masalah. Petola bantal Semakin banyak buah petola bantal terhasil dari pokok depan rumah. InsyaAllah akan cuba sedekahkan kepada jiran jiran. Namun, buah petola bantal harus disediakan cepat untuk mengelakkan buah daripada menjadi berserat. Buah petola bantal yang lama juga dituai dan percubaan menanam daripada biji benih sedang diusahakan. Jika bercambah, benih bolehlah di kongsi atau dijual kepada rakan rakan yang berminat. Pokok tin Pokok tin belum lagi menunjukkan tanda tanda hendak berbuah. Sebaliknya, semakin banyak cabang yang terhasil. Mungkin pokok tin memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. InsyaAllah akan ditambah baja untuk menggalakkan penghasilan buah. Ulam ulaman Pada masa ini, ulam dau...

tanam tomato ceri di apartment

InsyaAllah akan cuba menanam pokok tomato ceri di apartment. Ruang ampaian menyidai baju tidak digunakan. Anak pokok sudah tersedia untuk dibesarkan. Baja akan cuba menggunakan air basuhan beras dan air basuhan ikan sebagai eksperimen. Rasanya buah tomato ceri tidak akan mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada orang orang dibawah apartment jika jatuh ke bawah. Selain daripada itu, herba herba seperti pudina dan selasih boleh ditanam bersama untuk mewujudkan laman herba di apartment.

idea memindahkan anak pokok tomato ceri

Imej
InsyaAllah anak pokok tomato ceri yang banyak akan dipindahkan ke bekas yang lebih besar supaya dapat meneruskan tumbesaran dan berbuah. Akan cuba menggunakan sebanyak mungkin bekas bekas terpakai sebagai medium tumbesaran. Di pasaran sebenyarnya terdapat kit tumbesaran pokok tomato. Hanya perlu tebuk lubang pada paket tumbesaran dan pindahkan anak benih. Daripada pembacaan, benih tomato perlu di pangkas sulur sulur tepi untuk memastikan pokok galak berbungan dan buah masak.

perkembangan kebun perumahan 2 November 2014, tomato ceri dan kailan

Alhamdulillah percubaan kali kedua menyemai tomato ceri berjaya. Kali ini, benih yang dibeli beberapa bulan dahulu digunakan. Masalah sekarang ialah bagai mana hendak memindahkan benih yang begitu banyak bercambah. Selain itu, insyaAllah akan menyemai benih kailan yang baru dibeli. Sudah hampir empat percubaan menanam kailan dilakukan, namun belum berjaya.