Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

perancangan tanaman musim hari raya 2020

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda. Sayur sayuran Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat. Ikan kaloi InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebe

bayam brazil di kebun perumahan

Alhamdulillah percubaan menanam bayam brazil di kebun perumahan sudah berhasil. Apa yang membanggakan saya ialah bukan saya yang menanam. Tetapi isteri yang beriya iya untuk menanam bayam brazil. Perbagai bentuk pasu dibuat daripada barang barang terpakai untuk dijadikan sebagai medium tanaman. Penanaman bayam brazil adalah mudah. Hanya perlu cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah. Tanah disiram supaya lembab untuk menggalakkan akar baru keluar. Selepas lebih kurang sebulan, pucuk pucuk bayam brazil sudah sedia untuk dituai. Bayam brazil sesuai dijadikan tanaman bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak berkebun. Penggunaan bayam brazil dalam sajian boleh dipelbagaikan. Isteri saya suka bayam brazil yang direbus atau dimasak sup sebagai ganti bayam biasa. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun kampung di akhir PKP fasa 4, tikus selongkar rumah

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan saya masih tidak dapat balik ke kampung. Terdapat berita yang mengatakan kejadian ribut dan hujan lebat di kampung sehingga menyebabkan kejadian bumbung rumah tercabut, banjir dan pokok tumbang disesetengah tempat di Kedah.  Alhamdulilllah keadaan rumah di kampung masih baik dan tiada kejadian pokok tumbang dikawasan rumah kampung. Namun, abang ipar sempat singgah sekejap ke rumah dikampung semasa tempoh PKP kerana ada tugasan. Keadaan didalam ruang dapur rumah menjadi berselerak. Disebabkan tiada penghuni dan tiada kucing, tikus didalam rumah bermaharajalela mencari makanan dan membongkar kawasan dapur. Diantara sebab banyak tikus dirumah kampung ialah banyak tempat untuk tikus bersembunyi. Terdapat ruang persembunyian diantara lantai kayu rumah dibahagian atas. Dulu dulu ayah menambah kepingan asbestos untuk menutup ruang ruang lantai kayu. Pada siang hari, tikus akan bersembunyi disitu dan mula keluar mencari makan apa