Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lada hitam

balik kampung 12 November 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Terung Terung panjang vareiti ungu sudah mula berbuah. Buah dituai dan diberi kepada mak untuk memasak. Batas tanaman akan ditambah dengan lebih banyak kompos supaya tanah lebih subur. Bersih halaman kampung InsyaAllah pada bulan depan akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah mak. Jadi, kerja kerja memotong rumput perlu diadakan lebih awal kerana ayah sudah tidak larat untuk melakukan kerja memotong rumput sendiri. Pokok lada hitam Pokok lada hitam yang ditanam sudah mula mengeluarkan hasil. Walaupun tidak sebanyak mana, namun diharap pokok akan menjadi lebih subur pada masa depan. Benih pokok mentega Pokok mentega mulai bercambah pada musim hujan ini. InsyaAllah akan dikumpul dan ditanam didalam polibeg. Kemudian akan cuba ditut supaya pokok yang membesar adalah pokok betina. Sebelum ini terdapat lima pokok mentega dikawasan kebun kampung. Tiga daripadanya pokok betina, namun sudah tinggal dua sahaja.

perkembangan kebun perumahan 19 September 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan pada hujung minggu. Waktu diluangkan hanya sekadar satu jam kerana perlu balik ke kampung untuk majlis kenduri kahwin. Mulberi Buah mulberi semakin banyak yang masak di atas pokok. Namun, burung burung juga menyedari tentang buah mulberi yang masak. Pada jumaat malam, buah buah mulberi yang masak ranum berwarna kehitaman masih ada. Pada keesokan harinya, buah buah yang masak ranum sudah tiada. Cabai solok Alhamdulillah, cabai solok dapat dituai lagi kali ini. Buah buah baru juga sudah mula lekat. Walaupun pokok cabai solok tidak sebesar mana, namun jumlah buah yang dihasilkan sangat memuaskan. Semaian Semaian daun saderi dan lobak putih dibuat kedalam bekas kompos. Harap harap benih akan bercambah. Lebihan semaian cabai solok dan juga pokok lada hitam dibawa balik ke kampung. Semoga dapat membesar di kampung.

perkembangan kebun perumahan 12 Mei 2015, pokok tin, bunga tongkeng

Imej
Alhamdulillah beberapa perkembangan baru kebun perumahan yang menggembirakan. Pokok tin berbuah Pokok tin dari vareiti BTM yang dibeli berbulan bulan yang lalu sudah mula mengeluarkan putik buah. Lama betul hendak menunggu putik buah keluar. Kulit pisang ditambah didalam pasu sebagai baja untuk menggalakkan lagi penghasil putik buah. Vareiti lain masih lagi belum berbuah, harap harap akan berbuah juga dalam masa terdekat. Pokok bunga tongkeng Pokok bunga tongkeng yang dibeli dari nurseri kini sudah hampir mencapai ketinggian dua meter. Pancang buluh digunakan untuk membolehkan pokok bunga tongkeng menjalar. Semoga akan ada putik bunga terhasil dalam masa yang terdekat. Pokok lada hitam Pokok lada hitam yang dibeli dahulu kini mula mengeluarkan daun baru. Sebelum ini langsung tiada daun pada ranting lada hitam. InsyaAllah akan dipindahkan ke pasu yang lebih sesuai dan tempat yang lebih terdedah Pokok petola bantal Pokok petola bantal diserang oleh serangga peros...

perkembangan projek penanam pokok tin dan lada hitam

Alhamdulillah berjaya mendapatkan pesanan baru pokok tin. Keratan pokok tin terdahulu tidak berjaya dicambahkan. Setelah beberapa kali tertunda akhirnya kali ini pokok hidup dipesan. InsyaAllah pokok tin daun lebar yang dibeli di Baling lebih setahun lepas akan dibawa balik ke kampung jika muat. Sekurang kurangnya ada lebih ruang untuk pokok tin yang baru untuk mengambil tempat Pokok lada hitam Disamping itu, benih pokok lada hitam pula rupa rupanya langsung tidak berakar. Sebelum ini, penjual mengatakan pokok sudah berusia setahun lebih. Nampaknya terpaksa usahakan supaya akar baru keluar.