Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

semaian terbaru, benih petola vareiti taiwan

Alhamdulillah, bila semak stok biji benih yang ada, masih ada benih petola vareiti taiwan. Buah yang terbentuh lebih panjang dan kurus berbanding buah petola biasa. Warna buah juga lebih pudar berbanding buah petola biasa. Panjang buah boleh mencapai 60 sentimeter. Harap harap benih akan bercambah walaupun benih lama. Jika benih bercambah, anak benih akan dibawa balik ke kampung. Banyak kerja penyediaan batas kebun di kampung yang perlu dilakukan. Gambar akan dilekakkan kemudian.

percubaan menyemai benih ketumbar

Alhamdulillah benih ketumbar yang disemai kali ini berjaya bercambah. Benih dari vareiti Athena dibeli dari Thailand. Benih disemai terus kedalam pasu dan diletakkan ditempat terbuka. Hujan hampir setiap hari, jadi penyiraman hanya dibuat pada permulaan benih disemai. Benih mulai bercambah selepas kira kira empat hari. Percambahan pada mulanya perlahan,  namun mulai bertambah dari hari kehari. Kemungkinan kulit biji benih ketumbar yang tebal menyebabkan percambahan tidak berlaku serentak. Perancangan selepas benih ketumbar bercambah ialah membuat penjarangan dan memindahkan benih ketumbar ke bekas semaian yang lain. Didalam pasu semaian benih ketumbar juga terdapat benih bayam yang tumbuh. Pemerhatian akan dibuat untuk melihat samaada benih bayam perlu dicabut jika menganggu pertumbuhan benih ketumbar.

benih benih untuk disemai

Alhamdulillah sekarang cuba untuk menyemai sebanyak mungkin benih lama. Sekurang kurangnya untuk memastikan benih yang dibeli tidak dibiarkan begitu sahaja. Beberapa jenis benih yang perlu disemai cepat ialah dari jenis kekacang dan labu. InsyaAllah pada bulan ini akan cuba menyemai beberapa jenis benih 1. Petola segi Beberapa vareiti petola segi yang dibeli akan cuba disemai. Vareiti yang pernah dicuba sebelum ini ialah dari jenis taiwan. 2. Cili Ada beberapa vareiti benih cili lagi yang masih didalam stok seperti cili pedas, solok dan kulai king. Setakat ini benih benih yang disemai sejak sebulan lalu langsung tidak tumbuh. Teknik yang akan dicuba pada masa ini ialah rendam benih semalam dan tabur. 3. Tomato Beberapa vareiti tomato akan cuba disemai. Sudah lama tidak mencambahkan benih tomato. Setakat ini kurang berjaya menanam benih tomato.

perkembangan kebun perumahan dan balik kampung 15 Oktober 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Benih kantan Anak benih kantan didalam pasu dibawa balik ke kampung. Benih bunga kantan yang ditanam sebelum ini dikampung tidak tumbuh. Harap harap anak benih yang dibawa balik kali ini akan tumbuh dengan baik. Bayam Bayam yang ditanam di kebun perumahan tumbuh subur selepas dituai minggu yang lepas. Hujan hampir setiap hari sepanjang seminggu menyebabkan pertumbuhan bayam begitu cepat. Pucuk bayam yang masih lembuh dipatahkan dan dibawa balik ke kampung. Bayam dijadikan hidangan makan tengah hari sebagai bayam masak air bersama ubi keledek. Terung Pokok terung yang dibawa balik ke kampung beberapa bulan dahulu sudah mulai hendak berbunya. Namun saiznya begitu kecil tidak sampai satu kaki. Pertumbuhan yang tidak memberansangkan ini mungkin disebabkan oleh faktor pernah terkena racun rumpai satu ketika dahulu. Batas batas kebun kampung perlu diperkayakan semula dengan bahan organik. Cili padi Cili padi didalam bekas poli

perkembangan tanaman dalam bekas polisterin

Alhamdulillah tanaman dalam bekas polisterin semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Sekarang pokok cabai yang tumbuh sendiri dari sisa dapur sudah mulai berbunga. Kangkung yang ditanam sebelum ini pula sudah terlalu tua dan membesar sehingga terjuntai keluar dari kotak polisterin. InsyaAllah akan tambah lagi semaian herba seperti kesom kedalam bekas polisterin. Terdapat juga benih terung yang tumbuh dari sisa terung yang tidak sempat dimakan. InsyaAllah akan cuba dipindahkan benih terung ke tempat yang lebih baik untuk membesar. Didalam bekas polisterin juga terdapat perosak lintah bulan yang sudah mulai membiak dan memakan anak benih yang tumbuh. InsyaAllah akan cuba menghapuskan perosak supaya daun daun tidak dimakan perosak. Bekas polisterin yang terletak diluar disiram setiap dua hari jika perlu. Bekas polisterin boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Kebiasaannya selepas habis pasar malam, bekas polisterin dibuang begitu sahaja. Penggunaan bekas polisterin dapat menjimat

perkembangan kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan Semaian Semaian benih terung vareiti hijau panjang akhirnya bercambah. Benih yan terawat nampaknya membunyai percambahan yang baik. Selain itu, benih labu air dan cili kulai king turut disemai. InsyaAllah akan meneruskan usaha menyemai benih benih lama. Benih yang terhasil akan cuba dipasarkan kepada orang ramai supaya ramai dapat menanam pelbagai vareiti sayuran untuk kegunaan di kawasan perumahan. Memancing Alhamdulillah, murah rezeki memancing kali ini. Ikan air tawar banyak berjaya dipancing. Umpan cengkerik menjadi taruhan. Disebabkan waktu memancing yang tidak mengizinkan. Waktu malam digunakan untuk memancing kerana cuaca lebih sejuk dan keadaan air yang lebih sesuai untuk memancing. InsyaAllah benih bunga kantan dan ulam bebuas akan dibawa balik ke kampung. Halaman kebun perumahan akan nampak lebih kemas dan lebih lapang.

balik kampung 9 Oktober 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Hujan lebat sepanjang jalan menuju ke Alor Setar. Singgah sekejap di RNR Gurun untuk bersarapan. Beberapa aktiviti di kampung dapat dilaksanakan dalam masa yang terhad. Urusan menanam padi musim baru Sejurus sampai ke rumah, ayah terus mengajak ke pejabat peladang untuk mendapatkan benih padi bagi penanaman padi yang seterusnya. Benih padi yang dipesan sebelum ini dari jenis baharu dijangka tiba lewat. Jadi, pemilihan benih padi vareiti lain dibuat untuk memastikan penanaman benih hampir sama dengan bendang disekitar. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan benih padi dihantar ke rumah menjelang waktu tengah hari. Menjelang petang, benih padi direndam untuk mencambahkan benih padi. Potong rumput Rumput yang panjang di belakang rumah dipotong kerana sudah terlalu panjang dan menyusahkan kerja mak menyidai baju di ampaian. Pokok tumbang Pokok mempelam dibelakang rumah tumbang setelah ribut beberapa hari sebelum balik. Dahan dahan kecil

perkembangan kebun perumahan, awal ogos 2016

Beberapa pekembangan kebun perumahan Semaian Cubaan menyemai benih terung vareiti hijau panjang buat kali ke dua. Benih nampak berkualiti. Harap harap akan bercambah. Buah tin Buah tin green jordan dapat dituai dengan cepat. Projek akuaponik InsyaAllah akan cuba siapkan projek akuaponik secepat mungkin pada bulan ini. Perkara yang paling perlu buat masa ini ialah sebuah tong untuk membela ikan. Peralatan lain sudah ada seperti pam dan juga pasu. Ikan keli akan cuba dipancing untuk ditempatkan didalam tong akuarium. Burung puyuh Disamping itu, akan cuba membeli burung puyuh untuk dibela sebagai percubaan. Jika percubaan berjaya, burung puyuh akan mula bertelur dalam masa sebulan.

perkembangan kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah hujung minggu cuti awal muharram dapat digunakan sekejap untuk membersihkan kebun perumahan. Pindah tut pokok tin Tut pokok tin vareiti green jordan berakar dengan baik sekali. Manakala tut vareiti BTM6 mengeluarkan jumlah akar yang sedikit. Keratan batang pokok tin green jordan juga masih lagi bertahan dan mula mengeluarkan pucuk baru. Semaian benih Benih benih lama terus cuba dicambah lagi. Dua paket benih terung sudah tidak bercambah. Begitu juga dengan benih kobis yang belum tamat tempoh luput. Alhamdulillah ada satu paket benih terung hibrid yang bercambah dengan baik sekali. Benih benih segera dipindahkan ke medium percambahan apabila akar sudah mula keluar dari biji benih. Tempoh ini penting untuk memudahkan kerja kerja pemindahan biji benih. Jika terlewat, akar biji benih akan menjadi berselirat dan kerja memindahkan anak benih menjadi lambat. Semaian terbaru ialah biji benih cabai pedas thai. Harap harap benih akan bercambah.