Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

kebun kampung di kala covid19

Buat masa ini, kebun kampung terpaksa ditinggalkan sekejap kerana perintah pergerakan terhad. Jadi, hajat untuk balik ke kampung dan menjenguk mak ayah tidak kesampaian. Alhamdulillah mak dan ayah masih sihat. Mujur abang long bawa mak ayah tinggal sekali sepanjang tempoh berkurung. Lebih mudah untuk diuruskan jika ada sakit dan demam. Musim panas terik sudah mula berakhir dengan kedatangan peralihan monsun. Hujan lebat mulai turun. Petani insyaAllah akan memulakan sesi menanam padi tidak lama lagi. Nasib ayam ayam dikampung. Ayam di kampung terpaksa ditinggalkan dahulu. Hanya harap kepada jiran untuk memberi makan. Dedak ayam kampung memang tersedia dibeli pada cuti hari raya cina yang lepas. Moga ayam ayam dapat bertahan dan masih sihat bila dapat balik ke kampung semula. Ubi kayu Ubi kayu yang ditanam di kampung pun rasanya sudah sesuai untuk dituai. Kedatangan musim hujan juga boleh merosakkan ubi kayu. Harap harap dapat dituai. Ikan ikan dalam kolam Satu