Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

perkembangan kebun perumahan dan memancing

Imej
Alhamdulillah sempat melihat perkembangan kebun perumahan Antara perkembangan terbaru: 1. Pokok tenggek burung Nampaknya pokok tenggek burung yang ditanam didalam pasu belakang rumah tidak dapat bertahan. InsyaAllah akan diganti dengan pokok pokok yang lain 2. Lobak putih Lobak putih semakin membesar dan daun daun sudah memenuhi ruangan pasu 3. Terung telunjuk Pokok terung telunjuk masih membesar dan sudah keluar tunas pucuk sisi. Perlu dibaja dan dijaga air supaya membesar dengan sihat. Memancing Alhamdulillah sempat menjalankan aktiviti memancing dan ada sedikit rezeki untuk dikongsi. Hari pertama dibawa balik sudah dapat merasa masakan ikan segar. Ikan jebong pula diambil isinya sahaja untuk dijadikan bahan masakan tomyam. ikan landok masak tiga rasa filet ikan jebong

benih baru dari siam

Alhamdulillah dapat memperolehi beberapa benih baru dari siam. Antaranya benih labu air bagi menjadi stok benih kerana benih lama sudah habis digunakan. Pokok labu air dikampung tidak pasti nasib sekarang kerana asyik di serang oleh tupai. Selain itu, benih terung dan juga benih timun turut dibeli. Cukup untuk penanaman beberapa kali. Kedua duanya sedap dibuat ulam. Cabai burung dari siam juga turut dibeli. Cabai ini terdapat dalam dua warna. Merah paling pedas manakala warna kuning kurang pedas. Cabai ini sedap digunakan dalam sambal belacan.

perkembangan kebun perumahan 17 Jun 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun taman perumahan hari ini. Namun masih banyak semak samun yang perlu dibersihkan dan dikemaskan supaya cantik dipandang. Antara perkembangan terbaru: Kacang sepat Daripada 5 biji kacang sepat yang ditanam, cuma satu yang bercambah. InsyaAllah akan cepat dibumikan ke tanah supaya terus membesar. Lobak putih Lobak putih sudah mengeluarkan daun sebenar. Pokok lobak putih senang diurus dan tahan panas. Pokok lobak putih mudah dialihkan. Penjarangan dan pembajaan akan dilakukan supaya lobak putih dapat membesar dengan sihat. Benih petola Benih petola sudah bercambah setelah lebih kurang seminggu disemai. InsyaAllah benih akan dibawa balik ke kampung kerana lebih luas dan sesuai untuk pembesaran petola. Benih benih lain Beberapa benih lagi di semai termasuk roselle dan labu air. Kompos cacing Kompos cacing dituai lagi kerana sudah semakin memenuhi pasu kompos. Kompos dibiarkan kering dahulu supaya kutu kayu akan berhimpun di bah

balik kampung 14 Jun 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu ini. Antara aktiviti Kutip buah mempelam Alhamdulillah banyak buah mempelam yang dikait dibelakang rumah. Tanah yang basah dan lembap mengurangkan kerosakan buah yang jatuh ke tanah. Masih banyak lagi mempelam yang perlu dikutip dibelakang rumah. Di depan rumah juga banyak lagi buah buah mempelam yang masak. Kebanyakan buah mempelam didepan rumah menjadi makanan tupai. Mungkin tupai tahu pokok mana yang mempunyai buah yang paling sedap. Tupai sangat banyak dikampung dan sudah mula menjadi masalah besar bagi tanaman kerana merosakkan buah ciku. Selain itu, habis pucuk pokok labu air dikerjakan tupai. Perlu buat sesuatu untuk mengurangkan serangan tupai. Buah mempelam dibawa balik ke Pulau Pinang untuk diberi kepada rakan sekerja. Anggaran dalam 30 biji mempelam dibawa balik kali ini. Seronok rasanya dapat berkongsi buah dari kampung supaya sama sama dapat merasa buah dari kampung. Bersih depan rumah Ayah sudah tebas buluh buluh dihad

balik kampung 8 Jun 2014

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah bang tam sekeluarga balik kampung juga. Cuaca sekarang semakin panas dan berbahang. Bendang bendang masih memerlukan hujan dan bekalan air untuk anak padi membesar. Buat masa ini aktiviti bendang terhenti sebentar. Antara aktiviti lain yang dibuat kali ini: Kenduri dan ziarah Menghadiri kenduri dan juga ziarah mak tam dan pak tam di Jabi. Pancing ikan Kali ini tiada ikan haruan yang mengena pancing.  Cuma ada ikan bulan yang mengena pukat. Terdapat juga anak anak ikan haruan didalam parit, tetapi masih kecil jadi dibiarkan sahaja dari dipancing ibu haruan kerana nanti anak anak haruan akan menjadi makanan ikan bulan pula. Tanam pokok terung dan labu Alhamdulillah sebahagian lagi semaian berjaya dialihkan ke kawasan kebun. Benih labu ditanam dihujung kampung dikawasan yang agak berlopak supaya kurang memerlukan siraman. Buat reban ayam Ayah bercadang nak buat reban ayam, jadi anak anak bantu ayah

perkembangan kebun perumahan 4 Jun 2014

Alhamdulillah sempat menjenguk kebun perumahan sekejap. Antara perkembanngan Zucchini Satu masih hidup manakala satu lagi mungkin tidak dapat diselamatkan akibat dimakan serangga. Kemungkinan serangga dari kompos cacing yang digunakan terus. Jadi lain kali akan biarkan kompos cacing didalam bekas dahulu sebelum digunakan supaya serangga lari. Lobak putih Alhamdulillah semaian lobak putih kali ini bercambah. InsyaAllah akan letakkan ditempat yang terbuka dan letak banyak baja. gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 1 Jun 2014

Imej
Alhamdulillah sempat balik ke kampung minggu ini. Berbanding minggu lepas, tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk menjenguk kebun. Antara aktiviti minggu ini di kampung Tengok perkembangan jagung Nampaknya anak pokok jagung tidak berjaya tumbuh. Mungkin kerana keadaan tanah tidak sesuai untuk pertumbuhan. Memancing ikan haruan Alhamdulillah dapat seekor lagi ikan haruan untuk dibuat lauk. Jika ada teman, lain kali akan cuba aktiviti mengelau ikan haruan pula. Jenguk pokok labu air siam Pokok labu sudah semakin membesar dan mula mengeluarkan bunga jantan. Bunga betina juga mulai terbentuk. Namun, ada makhluk yang memakan bunga jantan. Kemungkinan besar tupai yang memakan bunga ini. Tanam bendi Anak bendi yang disemai di perumahan disemai ke belakang rumah. Harap benih akan tumbuh kerana agak lewat menyemai benih bendi ini. Jenguk anak semaian yang lain Anak benih seperti benih labu, terung dan labu air yang dibawa pulang masih ada yang belum dit