perkembangan kebun perumahan, 18 Julai 2014
Alhamdulillah kebun perumahan nampak kemas sedikit dan memberi hasil ulam ulaman untuk berbuka puasa. Selain itu beberapa perkembangan terbaru 1. Terung telunjuk Terung telunjuk mula berbunga dan harap harap akan lekat buah. Daun daun terung pula diserang larva kekabuh. Larva dihapuskan dengan tangan sahaja. Jika larva ini tidak dihapuskan, pokok akan kehilangan semua daun daun. 2. Lobak putih Lobak putih sudah mula berisi. InsyaAllah boleh dituai untuk sahur hujung minggu ini. 3. Kompos cacing Kompos cacing kedua sudah mula menunjukkan hasil compos. Banyak cacing yang naik sehingga ke permukaan kompos. Kompos ditutup dengan tudung penutup sampah dan dilapik dengan plastik sampah untuk mengekalkan kelembapan. 4. Ikan keli Beberapa minggu lepas ikan keli kelihatan seperti mengalami kecederaan pada kulit dan membengkak. Namun selepas beberapa lama, kulit ikan keli sembuh. Nampaknya ikan keli sangat tahan lasak.