Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

serangan belalang kecil

Imej
Musim hujan juga rupa rupanya menjadi musim membiak belalang di kawasan kebun perumahan yang kecil ini. Nampaknya belalang kunyit menjadikan kawasan kebun perumahan sebagai tempat membiak. Kesan daun rosak didapati pada tanaman bayam. Anak anak belalang bersembunyi dibahagian bawah daun. Rasanya ada serangga yang menjadikan anak anak belalang sebagai mangsa kerana kesan kemusnahan tidak merebak. Selain itu, boleh juga dikutip secara manual untuk mengurangkan kesan kemusnahan.

perkembangan kebun perumahan 29 April 2014

Alhamdulillah beberapa perkembangan kebun dalam kesibukan tugas. Terung erdine benih terung yang di semai sudah bercambah dan sedia untuk di pindah ke bekas penanaman. InsyaAllah akan cuba dibesarkan secepat mungkin. Kompos cacing Pasu kedua yang menjadi tempat kompos cacing nampaknya sudah nampak serasi. Cacing sudah mula memakan sisa makanan. Kelembapan harus diperiksa dari masa ke semasa. Ikan keli Seekor ikan keli dalam kolam mati. Sebab kematian tidak dapat dipastikan. Saiz ikan agak besar. Timun Timun white wonder belakang rumah berjaya dituai sebanyak dua biji. Mungkin bulan depan pokok akan diganti kerana sudah tua. Timun jepun juga berjaya dituai hari ini. Timun biasa pula sedang membesar dan memerlukan air yang banyak. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 27 April 2014

Alhamdulillah sempat balik ke kampung ahad lepas. Cuma tidak sempat menjenguk kebun kerana apabila sampai ke rumah, azan maghrib sudah berkumandang. Ayam ayam kampung pun sudah memanjat pelantar untuk bermalam. Hasil pemerhatian mendapati anak pokok terung telunjuk sudah mati kekeringan. InsyaAllah akan menggantikan dengan terung yang baru. Selain itu, ikan haruan yang dipancing minggu lepas masih lagi hidup. InsyaAllah minggu depan akan dijadikan hidangan jika ada rezeki. Dalam perjalanan balik ke kampung minggu ini,  berkesempatan melalui jalan sebelah jitra melalui pekan air hitam dan juga jalan kampung Alor Melintang. Nostalgia dulu dulu kayuh basikal kembara zaman budak budak di kawasan kampung mencari biji getah dan memancing ikan. Alhamdulillah mak dan ayah sihat dikampung menunggu anak anak yang pulang hujung minggu.

perkembangan timun jepun lagi, 25 Apr 2014

Imej
Alhamdulillah, timun jepun nampaknya produktif, buah membesar dengan cepat. Tidak memerlukan pendebungaan bantuan untuk memastikan buah betina lekat buah. Dimusim hujan ini, serangan kekabuh timun berkurangan berbanding semasa musim kering. Pembajaan kerap dan air dijaga.

perkembangan timun di kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah timun yang ditanam beberapa bulan yang lalu sudah mula membuahkan hasil. Timun ditanam didalam polibeg. Varieti yang ditanam ialah timun jepun dan timun biasa. InsyaAllah akan melaporkan lagi perkembangan tanaman timun selepas ini. buah yang matang dalam masa seminggu lebih Antara pemerhatian kali ini 1. timun jepun lebih mudah lekat buah berbanding varieti white wonder 2. buah timun jepun lebat 3. air perlu dijaga supaya cukup 4. boleh ditanam didalam pasu yang besar dan disediakan para yang lebih baik 5. pembajaan biasa sahaja menggunakan baja organik dan kompos tahi arnab

balik kampung 19 April 2014

Imej
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini Antara aktiviti yang dilakukan Semai pokok mulberi Pokok mulberi yang dibeli dahulu disemai ditepi jalan. Tempat ini dipilih kerana kawasannya menerima cahaya matahari yang terik. Disamping itu terdapat tanda tanda banyak cacing dikawasan tersebut. InsyaAllah pokok akan dipangkas apabila setinggi pinggang supaya sentiasa mengeluarkan hasil. Semai labu air Labu air dibawa balik untuk ditanam dibelakang reban ayam. Pokok akan diajar memanjat jaring pagar. Semoga pokok selamat daripada di patuk ayam. Pangkal pokok disungkup dengan sabut kelapa basah. Tanam pokok terung telunjuk Pokok terung telunjuk yang masih banyak didalam polibeg semaian dibawa balik ke kampung. Enam polibeg ditanam dibelakang rumah. Empat lagi dibawa ke hujung kampung. InsyaAllah kawasan hujung kampung akan dibangunkan dengan tanaman lagi. Tengok anak ayam Ibu ayam nampaknya terus produktif. Selepas satu gerombolan anak ayam lebih kurang sebulan y

projek sayur kampung 2014

Alhamdulillah musim sekarang hujan sekarang sesuai untuk memulakan tanaman sayur di kampung. Antara tanaman dan sayuran yang akan dicuba 1. timun 2. terung varieti terung telunjuk, dan terung panjang 3. bendi 4. kacang kelisa 5. labu air 6. Kailan 7. Selasih 8. Tomato 9. Serai 10. kacang panjang InsyaAllah para untuk timun dan labu air serta varieti memanjat lain akan disediakan dikawasan belakang hujung kampung menggunakan pelepah kelapa.Varieti hibrid timun siam akan dicuba untuk ditanam. Jika biji benih menjadi akan boleh dikongsi dengan rakan rakan. Pemilihan tanaman yang serasi akan disemak semula supaya hasil dapat dioptimakan. Disamping itu, tanaman kailan juga harus dimulakan segera kerana stok sayur sudah berkurangan. InsyaAllah projek ini boleh membuahkan hasil sebelum ramadhan. Jika ada bajet lebih insyaAllah akan membeli beberapa ekor itik dan arnab untuk dibela dikampung.

kebun perumahan selepas hujan, 15 April 2014

Alhamdulillah kebun perumahan menerima hujan lebat tengah malam semalam. Tanah menjadi basah, jadi kerja menyiram pokok pagi ini berkurangan. Antara pemerhatian hari ini: Timun jepun Nampaknya timun jepun yang sudah mula hendak berbuah. Begitu juga varieti timun yang lain. Harap harap akan dapat merasa pelbagai varieti timun. Lintah bulan Beberapa ekor lintah bulan keluar mencari makanan. Nampaknya perosak ini bersembunyi dengan baik semasa musim kering dan muncul apabila keadaan sudah sesuai. Cepat cepat dimusnahkan. Semai kobis hijau Biji benih kobis hijau disemai satu persatu didalam bekas semaian. Kompos Freepeat digunakan. Harap harap akan bercambah insyaAllah. InsyaAllah akan menyemai lagi varieti kobis dan sayuran daun yang ada dalam simpanan.

balik kampung pertengahan april 2014

Imej
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini meninjau perkembangan kampung. Antara aktiviti Kutip bunga melur Dapat juga mengutip yang kembang selepas hujan. Banyak juga yang jatuh kenah. Alhamdulillah dapat kumpul lebih kurang segenggam. Dulu sampai sekarang mak kerap bagi bunga melur untuk bawa balik. Biasanya mak akan masukkan dalam kocek baju. Dulu dulu semasa nak ke sekolah pun mak selalu masukkan bunga melur yang belum kembang kedalam kocek baju. Bila sampai sekolah bunga melur akan kembang dan berbau harum. Kutip cabai kampung Cabai kampung juga sudah semakin tinggi melepasi ketinggian orang. Cabai kampung mak yang tanam. Rasanya sangat pedas dan ramai yang tidak tahan dengan rasanya. Kutip terung Terung benih tuk yam sudah berbuah besar. Pokok pula hampir menyembah bumi kerana saiz buah terung yang besar. Kak Chik bawa balik untuk dijadikan terung bakar. Ada pucuk terung yang patah semasa hendak mengambil terung. Jadi akan cuba direndam didalam air supaya k

terung tepi pinggiran flat

Alhamdulillah berkesempatan melihat deretan pokok terung yang ditanam di tepi flat perumahan. Terung bulat dari vareiti hijau yang ditanam. Terung terung ditanam begitu hampir dengan pagar zink. Muat muat saiz seorang sahaja untuk menanam terung ini. Rasa rasanya kemungkinan rakan rakan Bangladesh yang menanam terung ini.J adi terung tersebut mendapat cahaya matahari secara terus. Namun kelihatan pokok pokok terung sangat subur. Berbudi kepada tanah ada hasilnya insyaAllah. InsyaAllah akan cuba dapatkan gambar sebagai rekod.

Perkembangan semaian bayam dan sayuran awal april 2014

Alhamdulillah semaian bayam daun merah sudah nampak tanda percambahan. Moga keadaan hujan dan tanah yang dibaja dengan kompos tahi arnab akan menghasilkan bayam dengan cepat. Semaian sawi bunga, bayam daun tirus dan bayam biasa belum ada tanda bercambah. Harap harap akan bercambah dengan cepat. InsyaAllah akan menyemai benih sawi cina pula supaya kebun nampak warna warni dengan pelbagai jenis warna sayuran. Kompos cacing Kompos cacing banyak menghasil baja buat masa ini. Keadaan yang lembap menyebabkan cacing naik hampir ke permukaan. Banyak sisa makanan dan kebun yang diberikan kepada cacing. InsyaAllah akan menambah lagi stok cacing supaya proses kompos dapat dipercepatkan.

aktiviti hujung minggu awal april 2014

Alhamdulillah minggu ini sempat melakukan beberapa aktiviti di kebun perumahan. Ruang depan rumah dikemas sedikit supaya kelihatan lebih tersusun walaupun rasanya masih tidak begitu memuaskan kerana banyak aktiviti kebun yang berlangsung. Antara aktiviti Pangkas petola bantal belakang rumah Pokok petola bantal belakang rumah sudah menjalar naik wayar tiang telefon dan sampai ke rumah sebelah. Pokok terpaksa dipotong Ubah pasu pokok tin Keratan pokok tin terpaksa diubah kerana kelihatan tiada pertumbuhan. Harap harap baki keratan tin boleh terus hidup. Ubah pasu pokok bunga tongkeng Terdapat tiga pasu pokok bunga tongkeng yang perlu diubah kedalam pasu yang lebih besar supaya dapat menjalar dan menghasilkan bunga yang diinginkan. Disamping itu, boleh juga dikembang biakkan keratan bunga tongkeng. Semai bayam merah Benih bayam merah ditabur kedalam bekas pasu panjang. Kaedah yang digunakan ialah tabur terus. Harap harap akan bercambah dalam beberapa hari lagi. Semai sawi

balik kampung sekejap dan pucuk putat hijau

Alhamdulillah sempat balik ke kampung sekejap kerana mak dan ayah hendak ke Mekah menunaikan umrah bersama kak chak sekeluarga. Kali terakhir mak dan ayah menunaikan umrah ialah kira kira sepuluh tahun dahulu. Semoga mak dan ayah, kak chak dipermudahkan urusan menunaikan umrah Sempat melawat kawasan belakang kampung. Pokok mempelam saiz sedang telah tumbang akibat ribut baru baru ini. Ayah bercadang selepas ini hendak ditebang ranting ranting pokok dan pokok ditegakkan semua. Sayang untuk dibiarkan pokok ini mati kerana buahnya sedap. Dulu dulu semasa sekolah rendah, pokok mempelam ini ditanam bersama ayah. Dahulunya kawasan belakang rumah berdekatan parit hanyalah hutan bemban tebal. Dibelakang hujung perenggan tanah ada satu tunggul pokok putat hijau. Ayah sudah banyak kali tebas. Kali ini insyaAllah akan cuba jadikan  benih dan dipasukan supaya dapat ditanam dikawasan lain. Sedap pucuk putat ini dijadikan ulam. Biasanya banyak pucuk putat yang keluar apabila masuk musim hujan.

mengurus tanaman bayam dalam pasu untuk pengeluaran produktif

Imej
Alhamdulillah, nampaknya baki bayam yang ditanam beberapa bulan lalu masih lagi mengeluarkan hasil. Sepanjang bulan mac pokok masih kecil dan terbantut akibat cuaca panas dan kering. Untuk mengelakkan kehilangan air terlalu banyak, kompos dari tahi arnab diletakkan sebagai sungkupan. Selepas seminggu permulaan musim hujan, bayam yang kecil semakin galak tumbuh. Alhamdulillah dapat merasa masak air bayam. Hanya pucuk yang diambil dan dibiarkan pucuk baru tumbuh. Pucuk bayam perlu dikutip cepat apabila sudah besar kerana ada ulat beluncas yang juga menggemari pucuk bayam.

perosak tanaman

Imej
Antara perosak tanaman yang ada di laman kecil kebun perumahan. Dimusim yang mulai hujan ini banyak perosak yang akan membiak. Penggunaan racun serangga kimia sebenarnya boleh dielakkan kerana ia menyebabkan serangga jahat dan baik mati. Kawalan menggunakan racun serangga dari ekstrak neem dan sabun cap kapak lebih baik. Belalang Belalang menyerang sawi, daun limau purut dan banyak lagi. Boleh dikutip dan dijadikan makanan ikan kaloi. Milddew Serangga yang berbadan lembut dan diliputi bahan seperti kapas. Boleh dimusnahkan secara manual.