Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zucchini

perkembangan kebun perumaha, 5 April 2016, memulakan penanaman semula sawi renek

Sawi renek Sawi renek yang disemai sebelum ini tidak begitu menjadi. Jadi sawi renek baru di semai. Semoga semaian kali ini lebih berhasil. Berat hati juga untuk menggembur tanah yang sudah ada beberapa cambahan sawi renek. Namun, semaian semula dilakukan memandangkan semaian tidak akan memberi hasil yang memuaskan. Tangkap lintah bulan Lintah bulan rupanya rupanya banyak berlindung dibawah daun daun kering yang dijadikan kompos bagi pokok terung. Pada pagi hari, didapati beberapa ekor lintah bulan bersembunyi disitu. Kesemua dikumpul dan dimusnahkan. Zucchini Semaian zucchini dipindahkan ke bahagian luar rumah supaya mendapat jumlah matahari yang cukup. Pembajaan dilakukan menggunakan baja organik yang dibeli. Namun baja tersebut agak kuat kerana daun semaian menjadi layu apabila terkena baja organik.

perkembangan kebun perumahan 24 Mar 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan Semaian daun sup Benih daun sup disemai walaupun perancangan asal ialah untuk menyemai daun salad. Ini kerana paket benih daun sup sudah dibuka. InsyaAllah akan menyemai daun salad pada minggu depan. Benih Zucchini Benih zucchini percubaan kali kedua yang dinanti nanti akhirnya bercambah. Benih kelihatan dimakan oleh serangga sedikit. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi benih zucchini. Pokok tin Pokok tin akan cuba di tut lagi. Pokok green jordan sesuai untuk ditut buat masa ini. Tuaian sawi renek Nampaknya tidak ada rezeki untuk merasa sawi renek pada kali ini. Tuaian tidak bertahan lama selepas hampir separuh tanaman rosak kerana cuaca panas dan tidak disiram. Sayur bayam dan benih tomato masih lagi bertahan. Ikan Ikan ikan yang dipancing perlu diasingkan. Ikan keli walaupun nampak lemah gemalai tetapi suka menggigit ikan lain apabila dikurung dikawasan sempit. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun perumahan 13 Mac 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan pada hujung minggu ini. Cuaca sangat panas menyebabkan banyak tanaman yang kekeringan. Sawi renek Sawi renek yang sedia dituai mengalami kekeringan yang teruk. Sebahagian tanaman didalam pasu menjadi rosak dan tidak dapat dituai. Ada beberapa pokok sawi renek yang dapat dituai. InsyaAllah akan dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan minggu ini. Petola bantal Pokok petola bantal rupa rupanya sudah berbuah lagi. Namun sudah terlewat untuk dituai kerana  sudah terlalu tua. Bayam dan kangkung Pertumbuhan bayam dan kangkung yang ditanam didalam polisterin agak perlahan. Kemungkinan kedudukan bekas tanaman yang tidak mendapat cahaya matahari penuh membantutkan pertumbuhan bayam dan kangkung. Benih zucchini Benih baru zucchini yang dibeli beberapa bulan lepas sudah disemai. Namun, masih belum ada tandan tanda percambahan. Jadi, semaian baru dibuat Benih kacang kelisa Kacang kelisa vareiti merah dan hijau daun tirus disemai. H...

perkembangan kebun perumahan 19 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan, dalam waktu waktu cuti untuk mengulangkaji subjek subjek peperiksaan. Zucchini Alhamdulillah zucchini sudah mula menunjukkan tanda tanda hendak mengeluarkan bunga betina. Sudah banyak bunga jantan yang keluar. Saiz pokok tidaklah sebesar pokok yang tumbuh di negara beriklim sejuk. Petola bantal Petola bantal dibelakang rumah sedia untuk dituai. Petola yang dituai sebelum ini sudah tidak elok untuk dimakan apabila disimpan lama didalam peti sejuk. InsyaAllah akan dijadikan kompos. Masih adal lagi yang baru membesar di atas tiang telefon. Kadar tumbesaran buah sangat cepat dan pokok sudah berusia hampir satu tahun. Ulam ulaman Selasih thai berkembang dan daun semakin besar apabila banyak hujan yang turun beberapa hari ini. Semaian baru Semaian stok benih bendi lama dibuat. Harap harap masih lagi dapat tumbuh. Begitu juga dengan semaian stok benih lama selasih thai. Kadar percambahan cuma 60 peratus bagi selasih thai m...

perkembangan kebun perumahan 27 Oktober 2014

Imej
Alhamdullillah sedikit perkembangan kebun perumahan Zucchini Alhamdulillah zucchini kali ini bercambah dengan baik. Benih diubah kedalam pasu pasu. Benih nampaknya tahan lasak dan tahan panas. Ulam raja Ulam raja mula berbunga apabila jarang dipetik pucuknya. InsyaAllah akan kutip biji benih yang terhasil untuk ditanam ditempat lain. Ulam raja ditanam dalam satu pasu sahaja, cukup untuk kegunaan ulam ulaman di rumah. Bunga ulam raja menarik perhatian lebah sebagai agen pendebungaan dan orang yang lalu lalang untuk mendekati keindahan ciptaan tuhan. Tuaian terung Alhamdulillah terung kali ini dituai lagi, seelok eloknya terung dituai dan terus digunakan kerana rasanya lebih sedap. Jika tidak rasanya jadi lebih pahit. Kali ini terung dicelur untuk hidangan tengah hari.

perkembangan kebun perumahan terbaru, 19 Ogos 2014

Imej
Alhamdulilah dapat melihat perkembangan kebun perumahan. Diantara catatan: Zucchini Alhamdulillah zucchini sudah bercambah, harap harap akan tumbuh dengan baik Petola bantal Petola bantal yang bergayut dibelakang rumah semakin membesar. Sekarang harus memikirkan cara hendak menuai tanpa merosakkan buah petola dan mengelakkan talian telefon jiran terganggu. Perlu dipangkas segera walaupun tarikan untuk menambahkan hasil dari petola bantal. Labu dan timun semaian labu dan timun belum bercambah. Bekas semaian pula terdedah kepada air hujan dari bumbung yang bocor. Jadi ada benih yang tercampak keluar dari bekas semaian. Hujan adalah rahmat dan alhamdulilah selepas diletakkan plastik diatas bekas semaian, hujan tidak menjadi masalah lagi. Terung Terung pertama dituai. Terung jenis hijau.Tuaian perlu dilakukan untuk menggalakkan lagi penghasilan bunga dan buah terung. Jika tidak, terung tidak akan produktif. Jika ingin menyimpan buah terung untuk dijadikan benih, boleh dila...

tuaian petola bantal dan perancangan kebun perumahan

Alhamdulillah dapat menuai petola bantal belakang rumah perumahan. Petola yang menjalar ke tiang telefon sudah sedia dituai. Namun, kedudukannya yang tinggi menyebabkan sukar untuk dipetik. Galah yang selalu digunakan pula patah ketika memangkas sulur petola bantal beberapa bulan lepas. Buah berjaya dituai namun jatuh ke atas tar menyebabkan buah pecah. Perancangan asal untuk menuai petola bantal dalam masa lima minit bertukar menjadi lebih setengah jam. Sedar sedar waktu berbuka sudah tiba. Jadi, niat untuk menjadikan petola sebagai lauk berbuka terpaksa ditangguhkan dahulu. Buah dibuang kulit dan disimpan dahulu didalam peti sejuk. Perancangan menuju akhir Ogos 2014 InsyaAllah akan merancang beberapa penanaman eksperimen Zucchini Percubaan pertama gagal walaupun benih berjaya bercambah kerana diserang oleh serangga. Untuk percubaan kedua, akan menggunakan tanah medium baru dan ditanam di dalam rumah di tempat yang mendapat cahaya penuh matahari. Jadi keadaan persekitaran ...

perkembangan kebun perumahan 4 Jun 2014

Alhamdulillah sempat menjenguk kebun perumahan sekejap. Antara perkembanngan Zucchini Satu masih hidup manakala satu lagi mungkin tidak dapat diselamatkan akibat dimakan serangga. Kemungkinan serangga dari kompos cacing yang digunakan terus. Jadi lain kali akan biarkan kompos cacing didalam bekas dahulu sebelum digunakan supaya serangga lari. Lobak putih Alhamdulillah semaian lobak putih kali ini bercambah. InsyaAllah akan letakkan ditempat yang terbuka dan letak banyak baja. gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun perumahan 20 Mei 2014: bendi, zucchini dan timun

Alhamdulillah dapat membuat beberapa semaian pada hari sabtu yang lepas. Benih bendi dan zucchini yang baru diterima disemai kedalam bekas semaian. Benih nampaknya sudah bernas kerana sudah mulai bercambah pada hari isnin selepas tiga hari disemai.  Benih bendi akan dibawa balik ke kampung manakala benih zucchini akan dipindah ke bekas tanaman yang sesuai. Timun pula sedia untuk dituai lagi. Timun biasa nampaknya sudah sampai ke pengakhiran jangka hayat. Berbuah dua kali dan sudah nampak tanda tidak akan berkembang buah lagi. Mungkin bekas tanaman yang lebih besar diperlukan untuk timun jenis biasa. Manakala Timun jepun pula masih aktif untuk berbuah. Sudah banyak buah timun jepun yang dituai. Sekarang sedang fikirkan cara untuk habiskan timun. InsyaAllah akan cuba buat lagi buat nasi lemak. Semaian baru timun akan dibuat, kali ini dari vareiti yang sesuai untuk dibuat jeruk. Gambar akan diletakkan kemudian