Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bendang

perkembangan kebun kampung 17 Disember 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung di Alor Setar. Masa masih lagi belum mengizinkan untuk aktiviti kebun bagi tempoh yang lama. Cuaca sudah semakin bertukar ke musim timur dimana cuaca semakin sejuk dan kering. Terung dan bendi Buah terung sudah boleh dituai. Walaupun kecil, namun puas hati dengan hasil dari kebun sendiri. Bendi sulung juga berjaya dituai dari pokok. Anak anak pokok terung yang dipindahkan ke kawasan kebun juga nampak masih lagi bertahan. Bersih kampung Batang batang kayu dari pokok  yang ditebang dikumpulkan dan dibakar. Rutin bulanan memotong rumput di kawasan mak menyidai kain juga berjaya dilakukan. Kerja kerja membersih parit masih lagi tertangguh. Kemungkinan masuk tahun baru baru boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bendang Bendang ayah sudah mula mengeluarkan bunga padi. Tidak banyak aktiviti bendang yang dapat dilaksanakan pada masa ini. Kebanyakan kerja diupah pada orang kampung. Harap harap pada musim hadapan dapat meluangkan lebih ba...

musim baru permulaan menanam padi

Imej
Alhamdulillah penanaman padi bermula lagi di kawasan Alor Setar. Keadaan hujan sekarang sesuai untuk aktiviti menanam padi. Petak bendang dibajak dan diratakan untuk kerja penanaman padi. Benih padi direndam semalaman, sebelum diangkat dan dibiarkan didalam beg benih bagi membolehkan benih padi bercambah. Petak bendang akan dikeringkan sebelum kerja penanaman padi untuk kerja menabur benih. Pada masa ini juga anak anak ikan akan mulai masuk ke bendang. Banyak juga anak anak ikan yang terperangkap disaluran air dan dapat ditangkap dengan mudah. Kerja kerja menabur benih padi memerlukan tenaga tulang empat kerat untuk mengangkut benih ke tengah bendang. Kemudian, benih ditabur dengan menggunakan mesin yang digalas dibelakang petani. Selepas beberapa hari, benih akan bercambah dan racun perosak perlu disembur untuk mengelakkan benih dimakan siput gondang. Banyak lagi kerja kerja dikampung yang perlu dilakukan seperti menebas semak samun dan membersih kebun. N...

balik kampung 27 Mac 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Cuaca masih lagi tersangat panas. Cuaca pada hari sabtu direkodkan pada suhu 37 darjah celcius. Awan awan kecil sudah mula kelihatan dilangit. Harap harap musim kering akan berakhir dengan cepat. Bendang Buat masa ini, aktiviti bendang hanya tertumpu kepada membajak sawah yang kering. Disamping itu, ada petani yang menabur kapur di bendang untuk mengelakkan bendang menjadi masam ( ph tanah tinggi ). Ayah kini mengupah kebanyakan kerja mengurus penanaman padi kerana sudah tidak kuat seperti dulu lagi. InsyaAllah kalau ada masa akan cuba membantu. Pengairan untuk musim penanaman padi nampaknya sudah dimulakan kerana air di terusan utama dari jerlun ke gunung sudah mula dipenuhi air. Tali air yang sebelum ini dipenuhi rumput rumpai kini dipenuhi air. Kebun mempelam Kebun mempelam dibelakang rumah baru hendak mula berbunga. Daun daun kering dan rumput perlu dikumpul dan dibakar untuk memusnahkan tempat pembiakan serangga perosak seper...