Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Mata air di Singkir Laut Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar. Gulai Ikan Alor Pear Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Keda