Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

memancing di Yan, 25 Julai 2018

Alhamdulillah dapat memancing lagi di Yan, Kedah. Aktiviti memancing kali ini memang di tunggu tunggu kerana stok ikan di rumah pun sudah berkurangan. Tarikh memancing di pilih ketika air laut pasang sederhana yang jatuh pada hari isnin. Kebetulan pada hujung minggu tersebut, cuaca tidak menentu dan berombak besar yang menyebabkan banyak bot memancing yang tidak keluar memancing. Kali ini, kami memancing dengan menaiki bot dari Kuala Sungai Dulang Kecil. Perjalanan bot memakan masa lebih kurang sejam dari jeti. Apabila sampai ke tempat memancing, umpan ikan temenung yang dibawa dicangkuk pada matakail dan dilepaskas di belakang bot. Alhamdulillah ikan todak yang besar memakan umpan. Kemudian, ikan ikan lain seperti tenggiri dan ikan golok turut dapat dipancing. Aktiviti memancing kali ini juga berjaya mendapat seekor ikan pari yang agak besar. Sudah ditakdirkan menjadi rezeki ikan pari berjaya dinaikkan walaupun menggunakan joran yang agak kecil. Pada akhir sesi memancing. semua

perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah. Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air. Tanam bayam Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan. Thai basil Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. K

cencaru teluk bahang, 17 Julai 2018

Alhamdulillah urusan kerja di kawasan teluk bahang minggu ini tidak pulang dengan tangan kosong. Ikan cencaru di teluk bahang dapat dipancing dari kawasan pantai sahaja. Kebiasaannya ikan cencaru dipancing dikawasan unjam dan berstruktur seperti jambatan. Kebetulan rakan pemancing memberi tahu sekarang musim memancing ikan cencaru. Umpan yang digunakan ialah umpan matakail apollo berangkai yang di ikat dengan cebisan plastik agar menyerupai anak ikan. Waktu yang sesuai untuk memancing ikan cencaru ialah pada waktu air laut pasang besar. Ini kerana pada masa ini, air laut akan naik dan menarik perhatian ikan cencaru untuk rapat ke pantai. Disamping itu, faktor cuaca yang baik dan tidak hujan menyebabkan ikan ikan yang laut lebih suka rapat ke pantai. Sekiranya hujan lebat, ikan laut akan lari ke tengah laut untuk mengelak air tawar yang mengalir disekitar pantai selepas hujan lebat. Diantara kawasan yang boleh dicuba untuk memancing ikan cencaru dari kawasan pantai ialah jeti JPS di

musim mempelam di kebun kampung, 9 Julai 2018

Alhamdulillah musim mempelam di kampung sudah hampir ke penghujung. Selama lebih sebulan menikmati buah mempelam di sekitar rumah mak di kampung. Semasa bulan puasa, buah mempelam yang masak di kupas untuk dijadikan sebahagian daripada juadah berbuka puasa. Buah mempelam yang mengandungi serat membantu penghadaman dan perut lebih lawas. Buah mempelam yang paling awal masak ialah mempelam pauh. Buahnya kecil masak dalam masa yang serentak. Saya tidak sempat untuk menikmati buah mempelam pauh. Pokoknya pula tinggi dan tidak ada galah yang panjang untuk mengait buah yang muda. Biji mempelam pauh akan saya kumpulkan untuk dijadikan biji benih bagi membiakkan pokok mempelam vareiti lain seperti vareiti harum manis. Kali ini, buah yang paling banyak di tuai ialah mempelam dari vareiti chokanan. Buah yang hampir masak di kait dan diperam tanpa menggunakan sebarang agen pemeraman seperti karbaid. Selepas lebih kurang seminggu buah sudah boleh dimakan. Kebiasaanya buah sedikit buruk dan a