Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ikan haruan

8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Mata air di Singkir Laut Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar. Gulai Ikan Alor Pear Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Keda...

memancing ikan haruan 24 Mac 2018

Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa memancing dengan anak saudara. Kebetulan cuti kolej vokasional masih berbaki satu hari. Jadi sempatlah anak saudara mengikut aktiviti memancing kali ini. Seminggu sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada anak saudara yang aktiviti memancing mungkin diadakan. Jadi, saya kotakan janji supaya terubat sedikit gian memancing anak saudara. Aktiviti memancing haruan kali ini berlangsung di kawasan berhampiran taman pembelajaran hutan Air Itam, Sungai Dua. Waktu memancing bermula agak lambat kali ini, sekitar jam 9.30 pagi. Sebaiknya waktu memancing dimulakan lebih awal kerana matahari belum terik. Ketika waktu awal pagi, ikan haruan akan berkeliaran dan lebih mudah dipancing. Apabila matahari sudah semakin naik, ikan mula bersembunyi dibawah rumput rumpai. Namun, kami gagahi juga memancing dibawah panas terik dan cuba memujuk ikan haruan supaya memakan umpuan. Umpan yang digunakan kali ini ialah umpan tiruan yang meniru bentuk katak. Apabila ...

perkembangan kebun perumahan, sawi renek sedia dituai

Imej
Alhamdulillah pada hujung minggu ini dapat juga mengurus kebun perumahan walaupun jadual sangat padat. Sawi renek Sawi renek sudah sedia untuk dituai. Perosak seperti siput dan lintah bulan dikumpul dan dimusnahkan. Jika tidak kemungkinan tidak ada tuaian langsung. Semaian baru sawi renek turut dimulakan didalam pasu yang baru. Disamping itu, terdapat anak benih tomato dan bayam yang tumbuh didalam bekas sawi renek. Tidak pasti bagaimana benih tomato dan bayam boleh tumbuh didalam bekas tersebut. Ikan haruan Ikan haruan yang dipancing kebanyakannya mati beberapa hari selepas dipancing. Ikan disiang dan dijadikan ikan kering. Perancangan untuk dibawa balik ke kampung terpaksa ditangguhkan dahulu. InsyaAllah akan cuba memancing ikan lain. Terung Terung pada musim kering ini menhasilkan buah yang pendek. Harap harap apabila musim hujan kelak lebih banyak hasil dari pokok terung.