Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

perkembangan kebun kampung Oktober 2019

Alhamdulillah kebun perumahan dapat dikemas kini setelah hampir dua bulan tidak ada posting terbaru. Banyak gambar baru yang diambil dari kebun. Cuma tidak sempat hendak disiarkan dalam laman blog. Kebun pisang Kebun pisang sudah hampir 80% bersih dan kemas. Rumput rumput dan semak samun sudah di potong dan dicerahkan. Rumput di potong pendek menggunakan mesin rumput. Tiada penggunaan racun rumput digunakan di kawasan kebun. Setiap dua minggu, rumput perlu di potong untuk mengelakkan kebun menjadi semak. Tempoh memotong rumput mengambil masa sekitar sejam. Selepas rumput dipotong, saya akan lakukan kerja kerja lain di kebun seperti mengambil buah pisang yang masak dan memangkas perdu lama. Pokok pokok pisang yang sakit sudah berkurangan berbanding masa yang dulu. Kawasan pokok pisang perlu dipastikan mempunyai pengairan yang baik dan memastikan tiada tempat air bertakung. Ubi kayu Beberapa batang ubi kayu di ambi dari rumah mak mentua dan ditanam di kawasan kebun pisang. Ter