Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kebun perumahan

perancangan tanaman musim hari raya 2020

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda. Sayur sayuran Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat. Ikan kaloi InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebe...

perkembangan kebun perumahan Bela Ikan Hibrid Lampam Kerai

Alhamdulillah, kebun perumahan dapat dipulihkan sedikit untuk tujuan membela ikan. Nostalgia membela ikan di taman perumahan selama lebih kurang lima tahun. Ikan kaloi dan ikan keli yang dibela dari kecil sehingga menjadi besar. Sayang sekali kesemua ikan tersebut mati atas sebab yang tidak pasti. Didalam kolam hanya tinggal ikan patin yang masih bertahan. Terkejut juga masih terdapat ikan patin didalam kolam kerana saya menyangka kesemua ikan sudah mati. Kini, saya cuba memulakan kembali projek membela ikan didalam kolam. Sebagai permulaan, saya cuba untuk membela ikan hibrid Kerai Lampam. Mengikut info yang saya baca, ikan lampam kerai lebih cepat membesar berbanding ikan kerai. Harga ikan kerai lebih mahal sekitar rm15-30 seekor. Ikan dibeli melalui tempahan online. Benih ikan dihantar dari Selangor ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menunggu bas ekspress yang tiba pada jam 4 pagi. Ikan dibungkus didalam plastik tebal se...

perkembangan kebun perumahan, 16 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan didalam kesibukan tugasan. Bayam Bayam yang disemai bulan lepas sudah bercambah. Namun, pertumbuhan benih bayam tidak memberansangkan. Selepas berminggu minggu, pertumbuhan masih lagi perlahan. Pokok bayam tidak sampai sejengkal. Tidak pasti mengapa terjadi begini. Kebiasaannya pertumbuhan bayam sangat cepat. Pokok disiram secara automatik setiap hari dan tiada tanda tanda tidak cukup air. Pokok tebengau Pokok tebengau yang ditanam di bahagian tengah laman semakin membesar dan merimbun. Keadaan halaman menjadi lebih teduh. Cuma, saya perlu pastikan akar akar pokok tidak akan merosakkan konkrit sekitar kolam ikan. Cili padi Cili padi masih lagi mengeluarkan hasil. Cuma sekarang saya kurang memetik dan membiarkan jiran jiran memetik cili padi. Terdapat serangan bena yang agak terkawal. InsyaAllah saya akan cuba menyemai lagi cili padi. Kali ini, buah yang masak akan dibiarkan kering dahulu sebelum direndam dan disemai. Ins...

perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah. Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air. Tanam bayam Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan. Thai basil Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. K...

perkembangan kebun perumahan awal jun 2018

Alhamdulillah cuti panjang semasa minggu lepas dapat diluangkan untuk mengemas kebun perumahan. Ruang depan rumah disusun semula. Barang barang yang tidak perlu dibuang. Timer siraman Timer untuk siraman perlu ditukar bateri kerana bateri sudah menunjukkan tanda semakin lemah. Penukaran bateri dilakukan dengan mudah. Cuma perlu di tetapkan semula masa penyiraman. Disamping itu, saya juga melakukan percubaan siraman untuk memastikan sistem penyiraman berjalan dengan baik. Cabai melaka Alhamdulillah cabai melaka yang ditanam masih lagi mengeluarkan hasil. Buah cabai melaka yang bersaiz sesuai dituai. Dapatlah dalam kuantiti segenggam. Sehingga kini masih belum digunakan. Selepas cabai melaka dituai. Saya melakukan pembajaan sekali lagi. Pokok tebengau/lemak ketam Pokok tebengau yang ditanam berhampiran kolam ikan semakin tinggi dan sudah berbuah. Pokok ini juga menghalang sinaran matahari sampai ke ruang parkir kereta sehingga menyebabkan pokok daun kari menjadi terbantut. Sepatutn...

kebun perumahan pasca banjir, 13 November 2017

Alhamdulillah banjir sudah surut di kawasan perumahan Ikan ikan didalam kolam nampaknya masih ada. Ikan patin yang disangkakan lari bersama air banjir masih ada didalam kolam. Dinding kolam kelihatan sudah mulai lekang. Kemungkinan selepas ini, ikan ikan didalam kolam akan dipindahkan ketempat lain untuk memberi ruang kolam dibersihkan dan dibaiki. Disebabkan banjir, kebun perumahan mengalami beberapa perubahan ketara. Pokok pokok didalam pasu diubah dan disusun semula supaya kerja kerja pembersihan dapat dilakukan dengan mudah. Banyak rimbunan pokok kaduk dicantas untuk memberi laluan kerja pembersihan. Isteri juga senang hati kerana halaman rumah nampak lebih kemas dan bersih. Banyak barang barang yang tidak digunakan dan rosak dibuang. Terima kasih juga kepada sahabat yang membantu kerja pembersihan. Jiran disebelah rumah pula baik hati memberi keratan pokok pandan untuk ditanam. Harap harap keratan pandan akan membesar dengan baik. Pokok daun kari didalam pasu yang sedia ada na...

banjir di kebun perumahan, 5 November 2017

Banjir yang teruk berlaku di Pulau Pinang pada awal November turut melibatkan kebun perumahan di sungai dua. Air naik memasuki rumah menjelang petang ahad. Bekalan elektrik dipotong dan keseluruhan taman perumahan bergelap. Alhamdulillah paras air dikawasan taman tidak tinggi, Pokok cabai melaka masih lagi selamat. Ikan keli didalam kolam pula masih lagi tidak terlepas keluar daripada rumah walaupun air bah sudah melepasi paras kolam. Namun, kelibat ikan patin tidak kelihatan didalam kolam. Harap harap ikan patin masih ada didalam kolam. Perancangan untuk menjadikan ikan patin sebagai masak lemak tempoyak terpaksa dilupakan jika ikan terlepas. Selepas dua hari kawasan rumah digenangi air. Banjir mulai surut. Para penduduk mulai membersihkan rumah. Banyak barang barang yang rosak dan terpaksa dibuang terutama perabot, buku dan tilam. Harap harap banjir tidak berlaku lagi didalam masa terdekat kerana kerja perbersihan memerlukan banyak masa. Gambar akan diletakkan kemudian.

tuaian cili padi

Imej
Alhamdulillah, tuaian cili padi kali ini begitu meriah, hampir separuh beg plastik kecik penuh dengan cili padi. Walaupun warna cili padi ini hanya hijau muda ketika muda, namun rasanya pedas dan perlu dimakan dalam kuantiti yang minima sahaja. Buah yang hampir masak menjadi warna kuning dan oren sebelum bertukar menjadi warna merah apabila masak. Jika buah tidak dikutip, pokok cili padi kelihatan berwarna warni dengan pelbagai fasa buah dihujung hujung tangkai pokok. Pembajaan pokok cili padi dilakukan setiap kali selepas tuaian. Baja organik pokok kopi digunakan untuk membantu pokok berbuah lagi. Selain itu, baja dari hasil kompos juga ditambah. Selain pembajaan, penyiraman perlu dilakukan dengan kerap. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan peranti penyiraman automatik. Pokok cili padi disiram pada waktu pagi dan petang selama 5 minit menggunakan sistem paip titisan. Pokok yang ditanam sudah berusia lebih setahun dan hasilnya semakin baik. Harap harap pokok akan memberi ...

perkembangan kebun perumahan 23 Mei 2017

Imej
Alhamdulillah ada sedikit masa untuk aktiviti berkebun di kawasan perumahan. Beberapa aktiviti yang sudah lama tertangguh berjaya dilaksanakan. Baiki bumbung Bumbung plastik diruang hadapan rumah sudah mulai pecah dan bocor. Apabila berlaku hujan lebat, air akan melimpah ke kawasan parkir jiran. Sudah lama bumbung plastik dibeli untuk dijadikan sebagai ganti. Namun, ruang dan kesempatan tidak ada sebelum ini. Jadi, hujung minggu yang ada diluangkan juga untuk aktiviti membaiki bumbung supaya air hujan tidak lagi melimpah ke rumah jiran. Secara kebetulan, jiran meminjamkan tangga untuk aktiviti membaiki bumbung. Jadi, aktiviti membaiki bumbung menjadi lebih mudah, selamat dan cepat. Masih lagi ada bumbung yang perlu dibaiki, namun cukuplah kali ini bahagian yang kritikal dibaiki dahulu. Satu lagi kawasan bumbung memerlukan bumbung plastik dipotong dahulu kerana pemasangan bukan mengikut saiz standard. Disamping itu, daun daun yang memenuhi "gutter" di buang bagi memast...

perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017

Imej
Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan Akuaponic InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan. Kangkung Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian. Ketumbar jawa Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan. Cambahan benih lama Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar. Dahan pokok belinjau Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumba...

perkembangan kebun perumahan, semaian kangkung 11 Januari 2016

Alhamdulillah kangkung yang ditanam menghasilkan bunga dan biji benih. Pokok masih bertahan walaupun sudah hampir enam bulan ditanam. Biji benih yang terhasil dibiarkan masak dan mengering. Kemudian biji benih disemai semula kedalam petak semaian untuk  menghasilkan kangkung baru. Dari pemerhatian, kangkung tidak dimakan oleh perosak seperti lintah bulan. Jadi, penjagaan kangkung lebih mudah tanpa perlu risau serangan perosak. Tanah perlu dibiarkan lembap untuk merancakkkan lagi pertumbuhan benih kangkung. Kompos boleh ditambah bagi membantu mengekalkan kelembapan tanah. Harap harap dapat menuai kangkung pada bulan hadapan.

hasil hasil dari kebun perumahan, 5 jan 2017

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan memberi hasil yang dapat digunakan untuk hidangan berbuka puasa. Sedikit cabai dan ulam sambung nyawa. Disamping itu, terdapat daun kaduk yang dimasak bersama telur dadar. InsyaAllah akan menambah lagi set pasu tanaman herba di kebun perumahan.

imbasan projek tahun 2016

Alhamdulillah tahun 2016 sudah sampai ke penghujung. Banyak memori suka duka berkebun berlaku untuk tahun ini Suka Cabai melaka ( berjaya menghasilkan pokok yang lebat ) Terung telunjuk ( banyak hasil sepanjang tahun ) Timun jepun ( berjaya mendapatkan hasil ) Timer pengairan untuk mengelakkan kebun kekeringan berjaya dipasang Basil thai berjaya hidup Benih terung pelbagai vareiti berjaya dicambahkan Bendi berjaya mengeluarkan hasil Ulam lemak ketam membesar dengan baik Banyak jiran jiran pun mulai menanam herba/sayuran Duka Kebun disabotaj ( anak pokok timun dicabut, pokok dipatahkan oleh tangan tangan gatal ) Sayur bayam terkena racun di kebun kampung Benih benih tersimpan lama sehingga habis tarikh luput Semaian pokok tin banyak yang mati Ikan kaloi peliharaan mati Cabaran tahun depan Untuk tahun depan beberapa cabaran sudah dikenal pasti untuk dicapai 1. Sistem akuaponik lengkap di kawasan kebun perumahan 2. Siapkan reban ayam dan tambah jumlah ayam belanda ayah 3. urus kebun kamp...

tuaian cabai melaka di kebun perumahan 19 Disember 2016

Imej
Alhamdulillah cabai melaka di kebun perumahan terus memberi hasil. Tak rugi menanam cabai melaka dirumah kerana boleh memberi hasil yang berterusan apabila mula mengeluarkan hasil. Selepas tuaian dilakukan, baja organik ditambah untuk membantu pokok menghasilkan buah seterusnya.

perkembangan kebun perumahan 21 November 2016

Imej
perosak pokok tin nampaknya pokok tin yang ditanam diserang oleh perosak dari jenis kumbang. Pokok menjadi layu dan kering manakala terdapat tanda tanda gigitan serangga pada batang pokok. InsyaAllah akan cuba memasukan kembali pokok tin dan menjaga kebersihan kebun perumahan. Semak samun kebun perumahan Keadaan kebun perumahan sekarang nampak dipenuhi dengan herba herba yang perlu di pangkas. Harap harap dapat meluangkan sedikit masa pada hujung minggu ini untuk aktiviti membersih kebun perumahan. Tuaian cabai melaka Alhamdulillah cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil. Cuaca pada masa ini sangat baik dan pokok cabai berbuah dengan lebat. Daun ketumbar Semaian benih daun ketumbar nampaknya terbantut. Herba tidak lagi menunjukkan perkembangan tumbesaran yang memberansangkan. Akan cuba memberi sedikit lagi masa untuk memerhati perkembangan semaian daun ketumbar. Lain lain herba Daun kaduk dan juga selasih thai masih lagi belum digunakan untuk masakan. Masi...

tuaian cili padi dan cili merah kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah cili padi dan cili merah sudah boleh di tuai. Cili padi yang tumbuh dari kompos menghasilkan buah cili padi berwarna hijau putih manakala cili merah yang tumbuh dari sisa biji cabai kering yang dibeli di kedai. Pembajaan hanya menggunakan baja organik dan sisa dapur seperti kulit bawang, air basuhan ikan dan air basuhan beras. Alhamdulillah setakat ini tiada serangan makhluk perosak yang serius. Herba dari jenis basil ditanam berdekatan cili untuk mengelakkan serangan perosak yang tidak suka bau herba basil.

perkembangan kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan Semaian Semaian benih terung vareiti hijau panjang akhirnya bercambah. Benih yan terawat nampaknya membunyai percambahan yang baik. Selain itu, benih labu air dan cili kulai king turut disemai. InsyaAllah akan meneruskan usaha menyemai benih benih lama. Benih yang terhasil akan cuba dipasarkan kepada orang ramai supaya ramai dapat menanam pelbagai vareiti sayuran untuk kegunaan di kawasan perumahan. Memancing Alhamdulillah, murah rezeki memancing kali ini. Ikan air tawar banyak berjaya dipancing. Umpan cengkerik menjadi taruhan. Disebabkan waktu memancing yang tidak mengizinkan. Waktu malam digunakan untuk memancing kerana cuaca lebih sejuk dan keadaan air yang lebih sesuai untuk memancing. InsyaAllah benih bunga kantan dan ulam bebuas akan dibawa balik ke kampung. Halaman kebun perumahan akan nampak lebih kemas dan lebih lapang.

perkembangan kebun perumahan 29 September 2016

Imej
Musim hujan Minggu ini hujan turun hampir setiap hari. Jadi aktiviti menyiram tidak perlu dilakukan. Sayur bayam pula semakin gemuk dan sudah sesuai untuk dituai. Tanaman bayam tidak menggunakan baja kimia dan juga racun perosak. Semaian biji benih Biji benih kekacang nampaknya sudah tidak boleh digunakan lagi. Benih yang disemai menjadi rosak dan lembut. Paket lain biji benih disemai. Harap harap masih lagi bernas. Beberapa semaian herba juga dibuat memandangkan biji benih mungkin sudah tamat tempoh. Sekurang kurangnya mungkin ada benih yang masih bernas. Cabai Cabai yang tumbuh dan berbuah nampaknya dari jenis cili padi. Jadi benih benih baru cili dari vareiti lain akan cuba disemai secepat mungkin. Kangkung InsyaAllah akan cuba mendapatkan hasil kangkung dengan cara alternatif. Batang batang kangkung akan diambil di tepi sungai dan dibawa balik untuk dijadikan makanan ikan kaloi. Setelah ikan kaloi menghabiskan daun daun kangkung. Batang akan dikeluarkan daripada ...

perkembangan kebun perumahan 27 September 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan pada minggu ini Cili Pokok cili yang berusia hampir tiga bulan sudah mulai berbunga. Harap harap cili yang terhasil ialah dari jenis cili solok. Sementara itu, beberapa semaian cili sebelum ini tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi stok benih cili yang ada. Terung Anak terung telunjuk yang baru bercambah dipindahkan kedalam pasu diluar rumah. Sebelum ini pasu tersebut terdapat anak pokok timun mini. Namun, anak pokok timun mini tiba tiba hilang daripada pasu tanpa sebarang tanda tanda dimakan perosak. Bayam Bayam bulat yang tumbuh sendiri hasil daripada biji benih pokok bayam yang disemai sebelum ini. InsyaAllah akan dapat dituai didalam masa seminggu lagi. Mulberi Pokok mulberi diluar rumah mulai mengeluarkan pucuk dan buah mulberi yang baru. Pucuk pucuk mulberi dipetik dan dijadikan makanan ikan. Harap harap banyak hasil buah mulberi beberapa minggu lagi. Ikan puyu Terdapat banyak ikan puyu didalam anak sung...

cabaran berkebun di kawasan perumahan

terdapat beberapa cabaran dan tips berkebun di kawasan kejiranan dan perumahan Kekemasan Apabila berkebun dikawasan perumahan, kekemasan perlu diutamakan jika menanam supaya tidak mencacatkan pemandangan dan nampak semak. Kemungkinan binatang liar seperti ular dan serangga seperti nyamuk boleh bersembunyi dan mendatangkan ketidak selesaan kepada jiran. Kawasan penanaman Kadang kadang berlaku masalah persempadanan dengan jiran. Kemungkinan jiran juga berminat untuk berkebun dan menanam pokok bunga sehingga masuk ke kawasan depan rumah kita. Didalam perkara ini, perlu ada toleransi dan persefahaman. Seboleh bolehnya jangan kita menanam sehingga masuk ke kawasan perumahan jiran Kecurian Hasil daripada berkebun di kawasan perumahan adalah terdedah kepada orang yang lalu lalang. Buah buah yang tergantung mungkin menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Kalau boleh, buah dibalut supaya tarikan untuk diambil orang dapat dikurangkan. Tangan tangan gatal/ vandalisme Anak benih ...