Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tanaman

ganguan kucing pada kebun perumahan

Semaian terbaru mengadapi ganguan daripada makhluk yang tidak dijangka iaitu kucing. Kucing jiran nampaknya menjadikan pasu semaian sebagai tandas. Habis semaian ketumbar didalam pasu no 1 musnah akibat menjadi tandas kucing. Kucing juga akan datang ke kebun perumahan apabila pokok kucing galak dicabut dan tidak dibuang dengan baik. Akar pokok kucing galak menyebabkan kucing seperti khayal dan berguling diatas tempat tanaman semasa memakan akar kucing galak. InsyaAllah akan cuba mengatasi masalah dengan cara menyembur air menyembur air bagi  menakutkan kucing dengan apabila ternampak kucing supaya kucing tidak bermaharaja lela.

perkembangan tanaman dalam bekas polisterin

Alhamdulillah tanaman dalam bekas polisterin semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Sekarang pokok cabai yang tumbuh sendiri dari sisa dapur sudah mulai berbunga. Kangkung yang ditanam sebelum ini pula sudah terlalu tua dan membesar sehingga terjuntai keluar dari kotak polisterin. InsyaAllah akan tambah lagi semaian herba seperti kesom kedalam bekas polisterin. Terdapat juga benih terung yang tumbuh dari sisa terung yang tidak sempat dimakan. InsyaAllah akan cuba dipindahkan benih terung ke tempat yang lebih baik untuk membesar. Didalam bekas polisterin juga terdapat perosak lintah bulan yang sudah mulai membiak dan memakan anak benih yang tumbuh. InsyaAllah akan cuba menghapuskan perosak supaya daun daun tidak dimakan perosak. Bekas polisterin yang terletak diluar disiram setiap dua hari jika perlu. Bekas polisterin boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Kebiasaannya selepas habis pasar malam, bekas polisterin dibuang begitu sahaja. Penggunaan bekas polisterin dapat menjimat...

projek tanaman dalam bekas minuman

InsyaAllah akan cuba merealisasikan impian projek tanaman dalam bekas minuman. Usaha ini sebagai satu eksperimen. Keadaan persekitaran di tempat tinggal sangat sesuai untuk penananam sayuran jenih daun seperti sawi dan salad. Kemungkinan akan digantung pada besi tingkap. Air basuhan beras akan dijadikan sebagai bahan utama. Kompos dari sisa sayuran akan cuba dibuat. Cacing akan cuba dimasukkan bersama untuk mempercepatkan proses penguraian sisa sayuran. Selain itu, beberapa ekor ikan keli lagi juga akan cuba dibela. Sisa dari perut ikan dan lebihan makanan akan dijadikan sebagai makanan disamping dedak ikan.

percubaan menanam didalam tong sampah

InsyaAllah akan membeli beberapa tong plastik seperti tong sampah untuk memulakan projek penanaman di kebun perumahan dan kebun kampung. Dengan cara ini, lebih jimat masa untuk menanam dan tanaman akan selamat daripada banjir apabila musim hujan tiba kelak. Kerja kerja menyiram juga dapat dipermudahkan dan boleh dilaksanakan secara automasi kelak. Diantara perkara yang perlu difikirkan ialah dari segi kos dan penjagaan. Beberapa rekaan akan dicuba untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Beberapa tong sampah yang tidak digunakan akan dijadikan tempat percubaan. Ketinggian tong sampah memudahkan kerja mengurus tanaman kerana tidak perlu membongkok.