Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel green jordan

pokok tin berbuah lagi

Imej
Alhamdulillah dapat merasa keenakan buah tin green jordan pada minggu lepas. Pokok tin di kampung dan di kebun perumahan mulai masak. Buah dipetik apabila buah mulai menguning dan terdapat semut yang mulai menghurungi buah kerana buah semakin manis. Seeloknya buah dimakan selepas sehari kerana buah akan mulai mengecut dan rosak. Rasa buah lemak manis. Pokok tin ditut lagi untuk menghasilkan lebih banyak anak benih. InsyaAllah akan dibawa balik ke kampung apabila sudah tut sudah mula berakar.

tuaian buah tin green jordan

Imej
Alhamdulillah dua buah tin green jordan berjaya dituai kali ini dari kebun perumahan. Buah tin sudah masak di pokok dan dipetik sebelum buah luruh. Ada sebiji lagi buah yang gugur ke tanah tanpa sempat dituai dan rosak. Rasa buah sedikit manis. InsyaAllah akan cuba mengetut lagi vareiti ini kerana cepat dan rajin berbuah.

perkembangan kebun perumahan tut pokok tin sudah berakar 16 Februari 2016

Alhamdulillah, pokok tin dari vareiti BTM6 yang ditut beberapa minggu lalu sudah berakar dengan banyak. Keratan tut akan sedia dipotong dan dipindah kedalam pasu. Tut pokok tin perlu dipindah segera kerana akar yang bercambah akan menjadi rosak apabila air didalam bungkusan tut menjadi kering. InsyaAllah akan melalukan tut untuk pokok tin vareiti green jordan pula. Untuk itu, pokok akan dipindahkan ke kawasan teduh kerana cuaca sekarang yang panas dan kering. Gambar akan diletakkan kemudian.

perkembangan kebun perumahan 22 Disember 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan buat seketika. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Kerja yang paling penting ialah menyiram tanaman kerana cuaca sekarang sangat panas dan kering. Selain itu, kerja kerja mengemas kebun perumahan juga perlu dilakukan supaya kelihatan lebih teratur dan bersih. Pokok tin Pokok buah tin vareiti green jordan pula mulai berbuah. Pokok tin dari varieti green jordan agak lambat pembesaran berbanding vareiti yang lain. InsyaAllah akan cuba menjaga kelembapan tanah untuk memastikan buah berjaya masak dan tidak gugur dimusim kering ini. Pokok tin dari varieti BTM pula perlu ditut kerana terlalu tinggi dan nampak tidak begitu sihat. Cabai solok Tanaman cabai solok sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan sebahagian daripada hidangan nanti. Didalam bekas tanaman cabai solok juga disemai benih bayam. Harap harap dapat dituai dalam masa sebulan. Benih baru Benih beberapa sayuran baru dipesan termasuk vareiti zucchini yang kelihatan sesuai un...