Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

musim baru permulaan menanam padi

Imej
Alhamdulillah penanaman padi bermula lagi di kawasan Alor Setar. Keadaan hujan sekarang sesuai untuk aktiviti menanam padi. Petak bendang dibajak dan diratakan untuk kerja penanaman padi. Benih padi direndam semalaman, sebelum diangkat dan dibiarkan didalam beg benih bagi membolehkan benih padi bercambah. Petak bendang akan dikeringkan sebelum kerja penanaman padi untuk kerja menabur benih. Pada masa ini juga anak anak ikan akan mulai masuk ke bendang. Banyak juga anak anak ikan yang terperangkap disaluran air dan dapat ditangkap dengan mudah. Kerja kerja menabur benih padi memerlukan tenaga tulang empat kerat untuk mengangkut benih ke tengah bendang. Kemudian, benih ditabur dengan menggunakan mesin yang digalas dibelakang petani. Selepas beberapa hari, benih akan bercambah dan racun perosak perlu disembur untuk mengelakkan benih dimakan siput gondang. Banyak lagi kerja kerja dikampung yang perlu dilakukan seperti menebas semak samun dan membersih kebun. N

perkembangan kebun perumahan 24 Mei 2016

Imej
Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan pada pengakhiran bulan mei 2016 ini. Salad hongkong Benih sawi hongkong yang dibeli beberapa tahun dahulu masih lagi bernas. Peratusan percambahan  masih belum dapat dipastikan. Basil Anak anak benih basil semakin membesar. InsyaAllah akan dipindah ke kawasan yang lebih banyak cahaya matahari. Kangkung Anak benih kangkung sebahagiannya rosak dikerjakan oleh kucing. Kucing tertarik dengan pokok kucing galak yang tumbuh didalam pasu kangkung. Jadi, pokok kucing galak dicabut supaya baki benih akan terselamat. Bayam Anak anak bayam semakin membesar. Agak padat didalam satu pasu kecil namun nampak masih sihat. Daun daun bayam habis berlubang akibat dimakan ulat. Sedikit bayam merah dapat dituai untuk dijadikan masakan. Semaian kobis bulat lagi Semaian baru kobis bulat dibuat kerana benih yang sebelum ini tidak berjaya membesar akibat dimakan oleh perosak.

musim mempelam di kampung 2016

Imej
Alhamdulillah musim mempelam di kampung sedang berada di kemuncak. Buah buah sedang mulai masak. Terdapat pelbagai vareiti mempelam yang ditanam ayah. Dulu dulu ayah berkerja menghantar buah. Jadi ayah membawa balik benih benih mempelam yang ditanam dari biji benih. Ada pokok yang berusia lebih 20 tahun dahulu. Ada pokok yang menjadi sebesar pemeluk. Buah mempelam dari varieti yang sedap dan manis bukan sahaja menarik perhatian orang. Malah burung, kelawar, musang, tupai, ayam dan itik. Pada waktu malam, musang dan kelawar datang memakan buah mempelam. Pada waktu siang pula, burung dan tupai datang memakan buah mempelam. Ayam dan itik pula menunggu buah buah yang jatuh. Jadi, pada awal pagi sebelum ayam memakan buah mempelam, buah perlu dikutip dengan cepat untuk mengelakkan buah rosak dimakan ayam dan itik. Ada juga orang yang lalu lalang datang mengambil buah mempelam. Kalau tak minta izin, niatkan sebagai sedekah sahaja. Biar semua orang dapat merasa nikmat buah mempelam pad

projek daun kaduk goreng

insyaAllah akan cuba membuat tanaman kaduk di kampung. Relung relung diantara pokok pokok mempelam yang teduh di kampung biasanya dipenuhi dengan rumput rampai sahaja. Kerja kerja meracun akan dilakukan untuk membersihkan kebun daripada rumput rampai ini. Jadi untuk menambah nilai, mungkin pokok daun kaduk boleh ditanam sebagai ganti rumput rampai. Teringat nostalgia kebun tuk timah sangat cantik kerana dipenuhi tanaman kaduk. Boleh dikatakan setiap kali balik ke rumah tuk timah, kami dapat merasa masakan menggunakan daun kaduk seperti kepah bersama daun kaduk. Begitu juga dengan tanaman kantan yang galak berbunga apabila musim hujan. Kantan dirincik halus dan dimasukkan kedalam sambal belacan. Sedap sangat dimakan bersama nasi panas. InsyaAllah kali ini akan cuba mulakan tanaman kaduk dan bungai kantan kembali.

perkembangan kebun perumahan, 17 Mei 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan yang boleh dilaporkan. Timun jepun Anak benih timun jepun yang dipindah ke kawasan luar didapati hilang. Rupanay sebahagian pucuk anak benih sudah dimakan perosak. Jadi, anak benih baru dipindahkan untuk menggantikan benih yang rosak. Cambahan cabai solok Anak benih cabai solok sudah mula bercambah. Hampir dua minggu semaian baru ada tanda tanda hendak bercambah. Bayam merah, bayam hijau, lobak putih dan kangkung Bayam merah sudah sedia untuk dituai, manakala bayam hijau, lobak putih dan kangkung sedang membesar. InsyaAllah akan dapat dituai dalam masa dua minggu sahaja lagi. Laman rumah perlu dikemaskan lagi. InsyaAllah hujung minggu ini akan cuba luangkan sedikit masa. Disamping itu, akan cuba buat satu set akuaponik di rumah sebagai percubaan. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 15 Mei 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Musim hujan kali ini membawa ribut disamping hujan yang diperlukan petani untuk memulakan penanaman padi yang baru. Tuaian terung masih berlangsung. Ribut petang ahad Petang ahad menyaksikan ribut ketika waktu hampir maghrib. Angin beserta ribut petir melanda kawasan sekitar Alor Setar. Pokok mempelam dibelakang kampung tumbang menghempan reban ayam Pak Teh. Nasib baik ayam dan itik terselamat. Semai anak benih padi Anak benih padi yang akan disemai di bendang perlu direndam semalaman didalam kampit padi yang dibekalkan. Kemudian, kampit benih diangkat dan dibiarkan dikawasan kering semalaman. Benih akan mula bercambah dan sedia digunakan. Jadi, proses menyediakan benih padi untuk disemai memerlukan masa sekurang kurangnya dua hari. Bendang perlu dikeringkan sebelum benih disemai. Petani akan meracun dahulu bendang dengan racun siput gondang bagi membunuh perosak yang akan memakan anak benih padi. Kesannya anak anak ikan yang mudik kedala

perkembangan kebun perumahan 12 Mei 2016

Imej
Alhamdulillah, dapat menjenguk sekejap kebun perumahan. Cuaca sekarang masih hujan dan mendung. Sesuai untuk memulakan percambahan biji benih. Timun jepun Alhamdulillah benih timun jepun sudah mula bercambah. Satu anak benih dipindahkan ke halaman rumah. Ditanam didalam lubang pada tanah yang terbentuk pada perdu mempelam yang ditebang lama dahulu. Semaian lain Semaian salad, cabai solok dan beberapa vareiti kobis nampaknya belum lagi bercambah. InsyaAllah akan cuba teknik rendaman  semalaman biji benih sebelum disemai kedalam medium percambahan. Kangkung, bayam dan lobak putih Perkembangan kangkung, bayam dan lobak putih adalah baik dimusim hujan ini. InsyaAllah harap harap dapat dituai sebelum bulan puasa. Lintah bulan menjadi perosak bagi anak bayam yang baru hendak membesar. Habis diratah anak bayam tinggal batang sahaja. Lintah bulan yang dijumpai dikumpulkan dan dimusnahkan. Terung Benih terung vareiti putih kurang tahan lasak. Hanya beberapa anak benih yang masih

Perancangan semaian benih terung

InsyaAllah akan cuba menyemai beberapa vareiti terung lagi. Diantara vareiti yang akan dicuba ialah benih terung panjang hibrid dan terung bulat. Benih dari pembekal thailand dan dari pembekal online. Jika dilihat pada gambar pada pek biji benih, buahnya lebat dan besar. Benih dibeli agak lama dahulu. Kalau bercambah bolehlah dikongsi dengan rakan rakan pekebun lain. Terung hijau panjang boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada menu sampingan ikan bakar atau ditambah kedalam gulai. Terug hijau juga sedap dijadikan ulam mentah dan dimakan dengan sambal belacan.

perkembangan kebun perumahan, 7 Mei 2016

Imej
Alhamdullillah, hujung minggu ini dapat digunakan masa yang ada untuk membersihkan sedikit kebun perumahan. Hujan yang turun hampir setiap petang menjadikan kerja menyiram tidak perlu dilakukan. Semaian benih Semaian yang bercambah setakat ini ialah basil dan kangkung. Benih basil nampaknya disukai oleh lintah bulan. Jadi perosak dikutip untuk dimusnahkan.  Manakala semaian cili solok, ketumbar jawa, salad belum bercambah. Semaian terbaru baru minggu ini ialah salad, kobis merah, brokoli dan juga timun jepun. Harap harap benih akan bercambah insyaAllah. Tuaian minggu ini Alhamdulillah dapat menuai daun bayam dan daun kaduk. Ubah tempat Pasu pasu yang mengandungi benih lobak putih dan bayam dipindahkan ke luar supaya mendapat cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran. Manakala, benih terung pula mulai dipindah ke polibeg yang masih ada. Bagi benih terung akan cuba dipindahkan ke bekas lain secepat mungkin. Memancing Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipancin

balik kampung 2 Mei 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Cuti hari buruh ini menyaksikan lebuh raya utara selatan penuh dengan kenderaan. Jadi, jalan biasa digunakan untuk balik ke Alor Setar selepas keluar daripada tol Sungai Petani Utara. Perjalanan diteruskan melalui Merbok, Singkir, Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Sempat berhenti rehat di Yan untuk makan pasembor di Pasar Yan. Pagar ayam Aktiviti dikampung minggu ini tertumpu kepada menyiapkan tiang tiang pagar dibelakang rumah ayah untuk dijadikan kawasan membela ayam. Disamping itu, bumbung bangsal dibelakang rumah juga diganti untuk mengelakkan kayu yang disimpan menjadi basah. Bersih halaman rumah Disamping itu, kerja mengumpul daun daun pokok mempelam pauh yang luruh ketanah dihadapan rumah tok. Harap harap banyak hasil mempelam dari pokok yang berumur lebih 40 tahun ini. Tuaian minggu ini Alhamdulilah pada balik kali ini beberapa tuaian dapat dilakukan seperti buah mempelam, terung dan rebung. Buah b

perkembangan kebun perumahan 2 Mei 2016

Alhamdulillah dapat menguruskan kebun perumahan sedikit dengan waktu yang ada Semaian Semaian biji benih terbaru dibuat diantaranya 1. Cabai solok panjang 2. Cabai solok bulat 3. Salad merah 4. Ketumbar jawa 5. Holy Basil dan Purple Basil 6. Lobak putih InsyaAllah akan menyemai beberapa pokok kacang buncis. Benih akan dibiarkan menjalar ke pokok petola bantal nanti. Buah tin Buah tin vareiti green jordan masih belum lagi masak, hairan juga sudah berbulan bulan masih lagi keras. Bayam Bayam tumbuh dengan sendiri. Percubaan untuk membaja menggunakan baja organik rupanya tidak boleh dilakukan ketika bayam masih kecil. Anak pokok bayam yang masih kecil akan mengalami kelecuran dan mati. Menjala udang, mencari kepah dan memancing Alhamdulillah sempat juga menyertai aktiviti menjala udang di batu kawan. Keadaan air mati sangat sesuai untuk menjala udang. Udang berkumpul dikawasan yang berbatu dan tepian pantai. Dapatlah sedikit untuk dijadikan sebagai lauk makan tengah hari. Disamping itu, a