Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pisang awak

kek pisang nangka dan pisang awak 22 Mac 2018

Alhamdulillah pisang pisang yang dibawa balik dari kebun kampung kadang kadang terlebih banyak. Ada yang diberi kepada jiran. Kadang kadang simpan sedikit kerana hendak makan sendiri. Namun, kali ini, terlepas pandang buah pisang sudah ranum. Tempoh pisang hendak bertukar dari warna hijau ke kuning mengambil masa yang agak lama iaitu kira kira dua minggu. Mungkin kerana buah diambil lebih muda. Kalau hendak beri kepada jiran, rasa tak begitu sesuai kerana pisang ranum sudah tidak menarik dan kelihatan hitam. Kebiasaanya pisang yang masih hijau diberi kepada jiran. Sebelum ini, pisang yang dibawa balik dari kampung banyak dijadikan pisang goreng. Pisang goreng yang baru digoreng memang sedap. Cuma, banyak menggunakan minyak dan tidak sedap bila hendak dimakan apabila sudah sejuk. Buah yang ranum boleh dibuat cucur kodok, tetapi masih menggunakan minyak yang banyak. Jadi, pisang ranum akan dijadikan kek pisang kerana kurang menggunakan minyak dan lebih sedap dimakan samaada ketika b...

balik kampung akhir disember 2017

Alhamdulillah akhir disember 2017 dapat dihabiskan di kampung. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memancing, menjala dan membersih parit dan kebun. Memancing dan menjala Waktu awal pagi diluangkan untuk memancing ikan haruan bersama anak anak saudara yang balik bercuti di kampung. Peluang mereka untuk memancing kerana duduk di bandar tidak ada masa untuk pergi memancing. Jadi, terusan air berdekatan kampung dijadikan sasaran untuk memancing ikan haruan. Parit di belakang rumah yang selalu menjadi tempat memancing bila mereka balik kampung kini menjadi tumpuan ramai kaki pancing yang sudah tahu bahawa belakang rumah tokwan mereka adalah lubuk ikan. Hampir setiap hari ada kaki pancing yang mengunjungi parit belakang rumah pada waktu pagi dan petang. Jadi, untuk keselesaan memancing, kami memilih untuk memancing di kawasan lain yang lebih lapang dan tidak perlu bersaing dengan pemancing lain. Ikan pada awal pagi di lokasi tali air galak bermain dipermukaan air. Ini diantara tanda te...

pisang goreng tiga jenis, 29 Disember 2017

Imej
Alhamdulillah pisang pisang dari vareiti pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka yang dibawa balik dari kampung sudah sedia untuk digoreng. Selepas empat hari didalam beg plastik. Kulit pisang bertukar dari warna hijau kepada warna kuning kecuali bagi pisang nangka. Pisang nangka yang dibawa balik sudah agak ranum dan ada yang bertukar menjadi warna hitam. Namun, isinya masih lagi sesuai untuk dibuat pisang goreng. tiga jenis pisang: Paling kiri pisang awak nipah, atas kanan: pisang awak, bawah kanan: pisang nangka Tepung yang digunakan ialah tepung goreng cap tangan. Tepung goreng ini sangat popular dikawasan utara. Harganya yang murah dan di pek mengikut beberapa saiz. Jadi, boleh pilih pek yang hendak dibeli mengikut kesesuaian pengguna. Bahan utama didalam tepung cap tangan ialah tepung gandum. Saya tidak gemar menggunakan tepung goreng jenama lain yang popular dipasaran dari jenama terkenal kerana banyak menyerap minyak goreng. Bancuhan tepung tidaklah terlalu c...

tuaian pisang awak dan nostalgia pisang kelat raja

Alhamdulillah dapat menuai pisang awak bila balik melawat kampung pada awal disember dahulu. Ada jiran kampung yang menjadi pemborong pisang. Jiran kampung yang prihatin juga ada memberitahu terdapat orang yang masuk mengambil pisang dengan berpura pura hendak membeli pisang. Pada pandangan ayah, biarlah orang mengambil buah pisang, niatkan sebagai sedekah. Saya setuju juga supaya kita tidak terlalu berasa terkilan jika bertandang ke kebun dan melihat pisang sudah ditebang orang lain. Menjadi rezeki saya kali ini masih terdapat pisang yang sudah sedia untuk dituai. Jadi, selepas selesai kerja menebas kebun pisang, pisang yang hampir masak di tebang dan dihantar ke tempat pemborong pisang. Berat dua tandan pisang awak mencecah 20 kilogram. Dengan harga seringgit bagi satu kilogram. Sebanyak RM22 ringgit dibawa pulang. Terasa sayang juga hendak menjual pisang kerana buah pisang yang sangat cantik pada pandangan saya. Jika dibuat goreng sendiri di rumah pun sedap. Namun, masih terdapa...