Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kampung

perkembangan kebun kampung di akhir PKP fasa 4, tikus selongkar rumah

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan saya masih tidak dapat balik ke kampung. Terdapat berita yang mengatakan kejadian ribut dan hujan lebat di kampung sehingga menyebabkan kejadian bumbung rumah tercabut, banjir dan pokok tumbang disesetengah tempat di Kedah.  Alhamdulilllah keadaan rumah di kampung masih baik dan tiada kejadian pokok tumbang dikawasan rumah kampung. Namun, abang ipar sempat singgah sekejap ke rumah dikampung semasa tempoh PKP kerana ada tugasan. Keadaan didalam ruang dapur rumah menjadi berselerak. Disebabkan tiada penghuni dan tiada kucing, tikus didalam rumah bermaharajalela mencari makanan dan membongkar kawasan dapur. Diantara sebab banyak tikus dirumah kampung ialah banyak tempat untuk tikus bersembunyi. Terdapat ruang persembunyian diantara lantai kayu rumah dibahagian atas. Dulu dulu ayah menambah kepingan asbestos untuk menutup ruang ruang lantai kayu. Pada siang hari, tikus akan bersembunyi disitu dan mula keluar mencari makan...

kebun kampung dan banjir

nampaknya kebun di kampung menghadapi masalah banjir yang semakin kerap setiap tahun. Kemungkinan besar masalah akan berlarutan selagi projek tebatan banjir di kawasan alor setar tidak siap. Kelewatan kontraktor menyiapkan projek tebatan banjir menyebabkan banyak kawasan yang dilanda banjir berulang kali. Banjir sudah berlaku setiap bulan bermula bulan september yang lepas. Bagi tanaman pula, pokok pisang tidak dapat bertahan dikawasan yang selalu digenangi air. Tanah yang basah menyebabkan bakteria penyakit mudah merebak. Pokok pokok pisang berhampiran dengan parit habis terbantut dan berpenyakit. Jika sebelum ini, pokok begitu sihat, banjir yang berulang kali menyebabkan pokok mati. Nampaknya buat masa ini, perlu beralih kepada tanaman lain yang sesuai dengan tanah digenangi air seperti pandan dan keladi.

perkembangan tanaman padi

Imej
Alhamdulillah, musim penanaman padi sudah masuk ke bulan akhir penanaman. Padi sudah besar dan akan mulai bunting dan berbunga. Buat masa ini, paras air didalam bendang perlu dijaga. Batas bendang perlu dipastikan tidak bocor dan pintu air dipastikan tertutup jika tidak digunakan pesawah lain. Ayah sudah banyak mengupah kerja kerja mengurus bendang seperti menabur baja dan meracun bendang. InsyaAllah jika ada masa lagi, akan cuba memotong rumput di batas bendang supaya senang melihat batas bendang yang bocor. Buat masa ini, batas bendang diracun supaya rumput lambat tumpuh.

keadaan kampung musim angin timur

Imej
Waktu sekarang adalah musim angin timur. Cuaca sangat kering tanpa hujan. Langit menjadi cerah pada waktu malam. Bintang bintang kelihatan dengan jelas pada waktu malam. langit yang cerah pada waktu malam pokok mempelam pauh depan rumah tuk pada waktu malam Pada musim ini juga, pokok mempelam sekitar rumah mula berbunga. InsyaAllah akan dapat merasa pelbagai vareiti buah mempelam beberapa bulan lagi. Ada yang boleh dimakan mentah, ada yang boleh dibuat jeruk, ada yang sedap dimakan apabila masak. Dulu dulu kak chik yang rajin tumbuh garam belacan untuk dimakan dengan buah mempelam jenis epal. Memamg tak boleh berhenti makan walaupun pedas apabila sudah mula makan mempelam cicah garam belacan. Keadaan awal pagi minggu lepas semasa raya cina sangat sejuk. Boleh jadi cuaca mencecah sekitar 20 darjah celcius sahaja. Sejuknya sampai terasa ke tulang. Sawah padi sekarang kebanyakannya dalam proses untuk dituai. Sawah bendang berwarna kuning keemasan. Cantik bila diliha...

balik kampung 16 October 2010

Imej
Assalamualaikum, dapat juga balik kampung, kali ini balik dengan Ana, tugasan minggu ini ialah meracun siput gondang, Ayah sudah pun tabur padi di bendang, tapi siput gondang banyak makan anak benih padi. Racun ini amat merbahaya kepada hidupan air di bendang seperti katak, ikan, ketam dan lain lain, bendang pada seminggu awal penanaman padi Kesan racun siput gondang pada kehidupan air katak mati di bendang.. kesian.  siput siput gondang.. banyak betul... anak ikan puyu mati.. ketam pun mati juga.. kesian.. Hidayat balik kampung Hidayat pun kebetulan balik kampung. Hidayat ada juga berjumpa dengan rakan rakan semasa kursus kapal terbang dulu. Tok wan suruh dia belajar mesin rumput. Hidayat mesin rumput ayam piru yang memerhati Hidayat mesin rumput Lain lain Disertakan beberapa keping gambar lagi pokok ros mak tanam dah ada bunga betik yang sesuai untuk buat somtam, tapi lain kali akan cuba, kali ini kami makan tengah hari berlaukkan ikan ...