Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

kebun perumahan pasca banjir, 13 November 2017

Alhamdulillah banjir sudah surut di kawasan perumahan Ikan ikan didalam kolam nampaknya masih ada. Ikan patin yang disangkakan lari bersama air banjir masih ada didalam kolam. Dinding kolam kelihatan sudah mulai lekang. Kemungkinan selepas ini, ikan ikan didalam kolam akan dipindahkan ketempat lain untuk memberi ruang kolam dibersihkan dan dibaiki. Disebabkan banjir, kebun perumahan mengalami beberapa perubahan ketara. Pokok pokok didalam pasu diubah dan disusun semula supaya kerja kerja pembersihan dapat dilakukan dengan mudah. Banyak rimbunan pokok kaduk dicantas untuk memberi laluan kerja pembersihan. Isteri juga senang hati kerana halaman rumah nampak lebih kemas dan bersih. Banyak barang barang yang tidak digunakan dan rosak dibuang. Terima kasih juga kepada sahabat yang membantu kerja pembersihan. Jiran disebelah rumah pula baik hati memberi keratan pokok pandan untuk ditanam. Harap harap keratan pandan akan membesar dengan baik. Pokok daun kari didalam pasu yang sedia ada na

banjir di kebun perumahan, 5 November 2017

Banjir yang teruk berlaku di Pulau Pinang pada awal November turut melibatkan kebun perumahan di sungai dua. Air naik memasuki rumah menjelang petang ahad. Bekalan elektrik dipotong dan keseluruhan taman perumahan bergelap. Alhamdulillah paras air dikawasan taman tidak tinggi, Pokok cabai melaka masih lagi selamat. Ikan keli didalam kolam pula masih lagi tidak terlepas keluar daripada rumah walaupun air bah sudah melepasi paras kolam. Namun, kelibat ikan patin tidak kelihatan didalam kolam. Harap harap ikan patin masih ada didalam kolam. Perancangan untuk menjadikan ikan patin sebagai masak lemak tempoyak terpaksa dilupakan jika ikan terlepas. Selepas dua hari kawasan rumah digenangi air. Banjir mulai surut. Para penduduk mulai membersihkan rumah. Banyak barang barang yang rosak dan terpaksa dibuang terutama perabot, buku dan tilam. Harap harap banjir tidak berlaku lagi didalam masa terdekat kerana kerja perbersihan memerlukan banyak masa. Gambar akan diletakkan kemudian.

projek tanaman sayur selepas banjir

Alhamdulillah banjir sudah surut di kampung. Kesan banjir sangat ketara kepada keadaan di kebun. Tumbuhan tumbuhan yang rendah seperti pokok sayur banyak yang mati. Anak anak pokok mempelam dari biji benih juga kebanyakannya mati. Disamping itu, rumput rumpai juga mati akibat tenggelam didalam air banjir bagi tempoh yang lama. Kini, kebun menjadi lapang dan kurang rumput rumpai. Rasanya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk menanam sayur sayuran kerana kurang kerja kebun yang perlu dilakukan. Disamping itu, musim timur belum masuk sepenuhnya, hujan masih lagi turun walaupun semakin tidak kerap. Tanaman yang akan dicuba ialah sayur sayur yang kurang perlu penjagaan seperti bayam dan kangkung. Benih jagung juga akan cuba di semai. Penjagaan dan penyiraman sepenuhnya bergantung kepada hujan  yang turun kerana tuan kebun tak dapat menjaga tanaman setiap hari. Kemungkinan ubi kayu juga akan ditanam. Tanaman lain seperti keladi juga akan ditambah memandangkan kurang perlu kepada pen