Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

balik kampung 26 Mac 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak anak saudara ramai yang balik ke kampung. Sekam padi Alhamdulillah tugasan memindahkan sekam padi ke perdu pokok pisang akhirnya berjaya diselesaikan dengan tenaga kerja bang tam yang balik dari Kuala Lumpur. Bang Tam memulakan kerja kerja mengangkut sekam padi dahulu pada hari sabtu. Kemudian kerja disiapkan sepenuhnya pada hari ahad. Hampir tiga jam diperlukan untuk memindahkan sekam padi terakhir ke perlu pokok pisang. Cuaca agak panas, jadi banyak perlu minum air dan berehat untuk menyiapkan kerja ini. Terung dan bendi Pokok terung semakin membesar dan sudah mula menunjukkan tanda tanda akan berbunga. Terdapat pelbagai fasa pokok terung didalam batas tanaman. Ada yang masih lagi kecil dan ada yang sudah sedia berbunya. Pokok pokok terung adalah lasak dan dapat meneruskan proses pembesaran bila keadaan sudah sesuai. Benih bendi yang disemai secara tabur kering kedalam lubang semaia

balik kampung 19 Mar 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Cuaca panas di siang hari, namun hujan mulai turun pada waktu malam. Musim angin timur nampaknya sudah sampai ke penghujungnya. Bendang yang sejak sebulan lebih kering dan merekah mulai digenangi air. Kelembapan air yang tinggi dan suhu waktu siang yang tinggi menjadikan waktu rehat pada waktu siang kurang selesa. Sekam padi Setiap kali musim penuaian padi, banyak sekam padi yang terhasil. Ayah telah membeli tiga lori sekam padi yang dilonggokkan kedalam kebun pisang. Jadi, tugasan rutin untuk beberapa minggu ini ialah untuk mengangkut sekam padi dan dipindahkan ke perdu pokok pisang sebagai baja. Pisang Pada musim kering ini, banyak pisang yang berbuah, namun ada banyak yang patah kerana kekurangan air apabila mula mengeluarkan buah. Jadi, pokok pokok ini perlu ditebang kerana pisang yang dihasilkan kemungkinan tidak akan masak dan buah yang dihasilkan adalah kecil. Ayam belanda dan itik Ayam belanda yang dibela ayah sudah

perkembangan kebun perumahan Mac 2017

Alhamdulillah kebun kampung dapat bersiaran lagi setelah lebih sebulan tiada perkembangan. Musim kering di utara sudah sampai ke kemuncak. Cuaca sangat kering dan hujan lebat sudah hampir beberapa minggu tidak turun kecuali hujan sekejap sekejap sahaja. Tali air menjadi kering kontang. Musim penanaman padi di kawasan alor setar mungkin hanya akan dimulakan pada bulan April. Pokok pokok terung yang ditanam masih lagi bertahan didalam cuaca panas dan kering ini. Pada waktu petang ayah akan menjirus pokok pokok terung yang masih hidup untuk memastikan pokok terus hidup. Pokok bendi juga masih lagi bertahan. Buah buah yang terhasil tidak dituai sebaliknya dibiarkan masak untuk dijadikan stok biji benih. Memancing Alhamdulillah, dimusim kering ini lebih mudah untuk memancing ikan darat kerana ikan tertumpu dikolam dan sungai sungai sahaja. Ikan puyu dan haruan dapat dipancing dengan lebih mudah. Hasil pancing dibuat masak pindang ataupun dibuat pekasam.