Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

banjir di kampung, 22 September 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti awal muharram tahun ini. Keadaan cuaca yang hujan secara berterusan selama beberapa hari menyebabkan air mulai naik disekitar kampung. Kawasan belakang rumah mulai digenangi air bermula khamis malam. Pada hari Jumaat, 22 September air sudah masuk ke bahagian dapur rumah. Hujan mulai berhenti pada keesokan harinya. Ini menyebabkan air banjir kurang meningkat secara mendadak. Air banjir kali ini berwarna jernih berbanding banjir sebelum ini. Alhamdulillah menjelang hari isnin, banjir mulai surut. Perancangan untuk menebang tandan pisang di kampung terpaksa ditangguhkan dahulu kerana banjir. InsyaAllah pada minggu depan pisang pisang didalam kebun akan dituai.

balik kampung cuti merdeka dan raya haji 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti merdeka dan hari raya haji. Musim hujan melanda utara tanah air dengan hampir setiap hari hujan turun pada sebelah malam. Sambutan hari raya haji kali ini disambut agak sederhana kerana ramai adik beradik yang beraya ditempat lain. Bersih kebun pisang Kebun pisang dibersihkan dan buah pisang yang masak dituai. Hampir tujuh tandan pisang dibawa balik ke rumah. Selain tandan pisang, umbut pisang juga dibawa balik untuk dijadikan gulai daging batang pisang. Ayah juga menanam beberapa anak pokok mempelam di kebun pisang. Perancangan ayah ialah pokok mempelam akan menggantikan pokok pisang. Ada beberapa kerja lagi yang perlu dilakukan dikebun pisang seperti mebetulkan sistem perparitan didalam kebun supaya air tidak bertakung. Memancing Alhamdulillah beberapa ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah merasa ikan haruan goreng untuk makan tengah hari. Parit dibelakang rumah belum sempat dibersihkan lagi. Masih banyak sampah yang dibu