balik kampung 10 April 2016
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Cuaca di Alor Setar berlainan panas dengan bulan sebelum ini. Bulan lepas, cuaca panas tetapi sejuk pada waktu malam. Namun, kini, cuaca siang dan malam tetap panas. Waktu malam tidur kurang selesa kerana suhu sangat panas. Waktu siang pula cuaca cepat menjadi panas dan aktiviti di luar agak terhad. Terung Terung di kampung terus mengujakan kerana hasil semakin menjadi jadi. Walaupun terung ada yang masak dipokok. Pokok tetap terus mengeluarkan hasil. InsyaAllah akan dijadikan bahan masakan nanti. Disamping itu, anak anak pokok terung pipit akan cuba dicantumkan dengan terung panjang. Benih terung panjang akan cuba disemai tidak lama lagi. Ulam ulaman InsyaAllah akan cuba menyemai ulam ulaman dan pokok untuk kegunaan dapur di kampung. Lokasi yang dipilih ialah ditepi kolam ditepi parit yang jauh dari kawasan rumah Diantara ulaman yang sesuai seperti sudu itik, selom, serai dan daun pandan. Projek ternak ayam InsyaAllah akan mem...