balik kampung 1 April 2018
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Minggu ini menjadi pengakhiran bagi bulan mac 2018 dan permulaan bagi bulan April 2018. Ada beberapa projek yang masih tertangguh disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Terdapat beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan di kampung. Perubahan musim juga sedang berlaku dikawasan utara. Fasa musim kering dan panas semakin berganti dengan musim hujan. Kebun pisang Alhamdulillah kebun pisang masih lagi memberi hasil yang baik. Dua tandan pisang awak dan satu tandan pisang emas dibawa balik. Terdapat beberapa lagi tandan pisang yang sesuai untuk dituai. InsyaAllah minggu depan akan cuba menuai tandan pisang tersebut. Terdapat juga tandan pisang yang patah akibat perubahan cuaca dan saiz tandan yang terlalu besar sehingga tidak dapat ditampung oleh batang pokok. Tandan tersebut dibiarkan dahulu kerana masih lagi muda. Pokok pokok yang berpenyakit di tebang supaya kebun pisang nampak lebih kemas. Rumput juga ...