Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

balik kampung 27-28 Jun 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung untuk berbuka puasa di rumah lagi. Banyak aktiviti dikampung yang perlu dilakukan. Namun, kekangan tugas begitu banyak. Diantara aktiviti di kampung.


Berbuka puasa di rumah tuk timah
Alhamdulillah sempat sampai di susur keluar tol Alor Setar ketika azan maghrib. Sempat juga berbuka puasa di rumah tuk timah. Juadah berbuka puasa kali ini ialah kepah masak rempah bersama daun kaduk. Hidangan berbuka ini mengingatkan tentang rumah lama yang telah ditinggalkan dua tahun lalu. Disamping itu, air kelapa dan air jus buah buahan segar membantu mengekalkan kesegaran selepas berbuka sehingga selesai solat terawih.

Membaiki kolam simen
Kolam simen di rumah telah retak dan tidak boleh menampung air yang banyak. Jadi, kerja membancuh simen dan pasir untuk menampal kolam simen dilakukan. Kerja ini agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Berpeluh peluh badan pada bulan puasa. Alhamdulillah, kerja membaiki berjaya diselasaikan sebelum waktu tengah hari.

Tuaian pe…

perkembangan kebun perumahan 26 Jun 2015

Alhamdulillah kebun perumahan masih memberi hasil ketika cuaca sekarang yang semakin terik. Beberapa tuaian akan dilakukan pada hujung minggu. Diantara perkembangan terbaru.

Terung
Pokok terung kemungkinan akan dipindah ke kampung kerana pokok semakin membesar dan jika ditanam diatas tanam, lebih banyak hasil akan dapat dituai pada masa akan datang.

Cabai solok
InsyaAllah beberapa biji cabai solok sedia dituai. Boleh dijadikan cabai jeruk.

Lobak merah
semaian lobak merah nampaknya tertunda dan daun sebenar sudah mula keluar. InsyaAllah akan cuba menyelamatkan benih yang masih elok dan disemai dibatas.

Projek automasi penyiraman.
Alhamdulillah, projek automasi penyiraman sudah nampak jalan untuk disiapkan. InsyaAllah akan cuba siapkan sebelum cuti hari raya puasa. Jadi, pokok boleh ditinggalkan tanpa perlu risau.

Mulberi
Pokok mulberi semakin berbuah dan banyak yang hampir masak. InsyaAllah akan cuba dituai dan dimakan ketika sahur nanti.

Timun
Nampaknya vareiti timun dari luar negara kurang…

balik kampung 20 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat balik berbuka puasa dikampung pada minggu ini. Suasana berbuka puasa di kampung lebih seronok berbanding berbuka puasa di bandar.

Cuaca dikampung tidak menentu, pada pagi agak mendung. Namun, menjelang tengah hari cuaca menjadi sangat panas. Jadi masa tengah hari sehingga petang banyak dihabiskan didalam rumah sahaja.

Ada berkembangan kebun perumahan boleh dikongsi

Musim buah mempelam
Musim buah mempelam sudah hampir ke penghujungnya. Masih terdapat buah yang boleh dituai untuk dimakan ketika berbuka puasa.

Buah petola
Buah petola segi yang tumbuh di belakang rumah semakin galak berbunga. Harap harap akan banyak yang lekat buah. Teknik mengekalkan kesegaran buah petola yang boleh dicuba ialah dengan menterbalikkan buah kedalam bekas berisi air. Dengan cara ini, hujung tangkatp sentiasa menerima air dan buah kekal segar.



Cabai solok
Cabai solok di kampung juga semakin berbuah. Terdapat beberapa biji buah sabai solok yang sedia dituai.

InsyaAllah akan cuba menyiapk…

tuaian kebun perumahan menjelang awal ramadhan 1436H

Imej
Alhamdulillah, sedikit tuain dari kebun perumahan untuk dijadikan juadan berbuka puasa dan sahur. InysAllah akan cuba jadikan juadah berbuka puasa secara sederhana sahaja. Cukuplah sekadar yang diperlukan dan tidak membazir.




berkebun di bulan ramadhan

Alhamdulillah, bulan ramadhan tahun 1436H tiba lagi. Pada bulan ini, amalan amalan membina kerohanian insyaAllah akan cuba ditambah. Disamping itu, kerja kerja harian juga akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin.

Untuk bulan ramadhan ini, diantara aktiviti berkebun yang boleh dilakukan ialah seperti menyemai benih benih baru, mengemas persekitaran dan menuai hasil hasil kebun dari penanaman yang terdahulu.

Ramadhan tahun ini dijangkakan panas terik. Jadi, pokok pokok harus disiram pada awal pagi dan lewat petang. Penghujung ramadhan akan penuh dengan aktiviti terutama membersih kawasan kampung.

Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari segi ibadah kepada Allah SWT disamping kita memenuhi keperluan harian kita.

cadangan menambah stok ikan di kebun perumahan

InsyaAllah akan cuba menambah stok ikan di kebun perumahan. Buat masa ini hanya ikan kaloi, keli dan beberapa ekor ikan patin menghuni kolam konkrit bersaiz 4x10 kaki.

Rasanya, masih banyak stok ikan yang boleh ditambah untuk membolehkan ikan ikan segar untuk kegunaan dapur diternak.

Warna ikan memainkan peranan juga dalam melihat perkembangan pertumbuhan ikan. Ikan yang berwarna cerah lebih mudah untuk dikenal pasti dari jauh. Ikan patin agak sukar dikesan kerana warna badan bahagian atas yang gelap menyerupai warna dasar kolam.

Ikan yang akan ditambah ialah ikan tilapia kerana faktor pertumbuhan dan untuk menambah vareiti ikan yang ada. Sebelum dilepaskan kedalam kolam utama, ikan akan dibesarkan dulu dalam kolam lain sehingga mencapai saiz sederhana. Ini untuk mengelakkan ikan ikan yang besar memakan ikan yang bersaiz kecil.

cambahan benih timun

Imej
Alhamdulillah, benih timun dari vareiti luar negara bercambah. Namun, peratusan percambahan adalah rendah. InsyaAllah akan cuba menjaga benih timun ini sehingga terhasil buah.


perkembangan kebun perumahan 10 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengemas kebun perumahan sedikit. Diantara aktiviti



Tuaian cabai solok dan tomato ceri
Alhamdulillah cabai solok dan tomato ceri dapat dituai. Jumlah cabai kali ini agak memuaskan.

Anak ikan keli
Anak ikan keli akhirnya sudah tiada lagi didalam sistem penapis. Kemungkinan sudah melompat keluar ke dalam kolam utama. Harap harap akan dapat hidup kerana banyak ikan besar didalam kolam utama.



Terung telunjuk
Benih terung telunjuk yang banyak akhirnya dapat diasingkan dan dipindahkan ke lubang semaian berasingan. InsyaAllah akan dibiarkan besar sedikit sebelum boleh dipasarkan.

balik kampung 7 Jun 2015

Alhamdulillah, minggu ini banyak aktiviti keluarga yang dapat dilakukan bersempena musim cuti sekolah. Namun, aktiviti berkebun terpaksa ditangguh kerana tuntutan menyiapkan kertas kerja yang penting. Aktviti aktiviti membersih laman kampung banyak dilakukan oleh bang tam yang balik bercuti.

Diantara aktiviti balik kampung minggu ini

Hari Keluarga
Alhamdulillah hari keluarga berlangsung buat julung julung kalinya dengan baik bagi keluarga Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah. Banyak aktiviti bersama sanak saudara dilakukan untuk mengeratkan siturrahim. Nostalgia dan kenangan manis banyak diingati kembali dalam pertemuan kali ini. Banyak juga info info terbaru tentang peribadi Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah yang dapat dipelajari seperti ketegasan dan kecekalan mereka membesarkan anak anak dalam suasana agama.

Memancing
Aktiviti memancing dengan anak anak saudara dilakukan dikampung. Namun, musim sekarang tidak sesuai untuk memancing kerana padi baru sahaja ditanam dan ikan banyak menghuni pet…

perkembangan kebun perumahan 1 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan untuk dikongsikan.



1. Semaian lobak merah
Alhamdulillah semaian lobak merah sudah bercambah. InsyaAllah akan cuba memindahkan benih lobak merah ke bekas yang sesuai.

2. Semaian timun
Semaian timun tidak begitu menjadi, daripada lebih dua puluh biji benih yang disemai, cuma satu sahaja yang bercambah. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi benih baru.

3. Keratan mulberi
Keratan mulberi juga nampaknya masih lagi bertahan didalam pasu semaian, Harap harap akan berakar dan menghasilkan pokok mulberi baru.

Semaian semaian lain akan turut dilakukan untuk mengambil kesempatan cuaca yang sangat baik untuk memulakan penanaman sekarang ini.