Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

pancing tenggiri di Yan, 15 Julai 2017

Imej
Alhamdulillah pada minggu lepas dapat turun memancing dilaut. Kali ini, destinasi memancing ialah di Yan, Kedah. Trip memancing kali ini diatur bersama rakan rakan yang mempunyai minat yang sama.

Ikan sasaran yang ingin dipancing ialah ikan tenggiri. Ikan tenggiri menjadi kegilaan pemancing kerana ikan ini kuat melawan dan sedap dijadikan hidangan. Tambahan pula, saiz ikan yang dipancing boleh mencecah sehingga sepuluh kilogram.

Perancangan memancing dibuat sejak berapa bulan. Penganjur mengambil deposit memancing bagi memastikan pemancing benar benar ingin memancing. Persediaan alat alat pancing yang berkualiti perlu disediakan lebih awal supaya pemancing lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain itu, rehat yang cukup diperlukan kerana aktiviti memancing dilaut berdepan dengan suasana yang tidak selesa seperti gelombang laut, hujan dan ribut serta bahang terik matahari.

Pada jam 5 pagi, kami bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Yan, Kedah. Alhamdulillah perjalanan lancar. K…

kesan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah berjaya mengekalkan kekerapan masak sendiri di rumah selepas ramadhan. Buah buah dan sayur yang dibawa balik dari kampung digunakan didalam masakan.

Hasil dari kebun perumahan seperti daun limau purut digunakan didalam masakan tomyam. Rempah tomyam juga dihasilkan sendiri oleh isteri. Isteri juga sekarang mahir memasak dan merupakan satu kelebihan yang patut ada pada setiap suri rumah untuk menambah kemahiran memasak.

Makan malam yang tidak habis akan dijadikan hidangan untuk keesokan hari. Sebagai contoh, nasi putih yang tidak habis pada malam sebelumnya, dipanaskan sebelum tidur supaya tidak basi. Nasi juga dimasak sedikit kering untuk mengelakkan cepat basi.

Kami juga dapati masakan sendiri seperti nasi lemak pada pagi hujung minggu lebih memuaskan hati dan mengenyangkan. Lebih rempah dapat ditambah dalam nasi lemak yang menjadikan nasi lebih wangi dan sedap.

Kesan daripada masak sendiri dirumah ialah kebersihan terjamin dan kita mengetahui apa yang ditambah didalam masak…

pokok putat masjid zahir

Imej
ketika bulan ramadhan yang lepas, sempat juga beriktikaf di masjid zahir. Kedudukan masjid zahir ditepi sungai kedah sesuai dengan sejarah pengangkutan pada masa dahulu.

Kini sungai kedah mengalir lesu kerana kawalan pintu air yang menyekat pergerakan air. Jika mengikut cerita ayah, dahulu sungai kedah mengalir dengan lebih laju terutama ketika air laut pasang penuh.

Dikawasan tepi sungai masih lagi banyak pokok pokok liar yang tumbuh. Diantaranya ialah pokok putat. Daun putat boleh dibuat ulam.

Diseberang sungai kedah terdapat semak samun yang  menjadi tempat burung burung liar bersembunyi. Harap harap kawasan tebing sungai kedah dibiarkan dengan pokok pokok besar dan hijau.

cadangan pangkas pokok mempelam, julai 2017

Imej
pokok mempelam dibelakang rumah kurang mengeluarkan hasil pada tahun ini. Diantara punca ialah serangan perosak seperti kumbang yang merosakkan isi buah. Disamping itu, pokok mempelam sudah lama tidak dipangkas. Ini menyebabkan kawasan kebun sangat gelap kerana kanopi pokok mempelam sangat besar. Keadaan yang gelap dan kurang cahaya turut menyebabkan pertumbuhan pokok pisang  yang ditanam diantara pokok mempelam terbantut. Tandan dan Buah pisang yang terhasil dikawasan kebun mempelam lebih kecil.

Jadi, pokok mempelam akan dipangkas pada bulan ini untuk menjadikan kawasan kebun lebih bersih dan kemas. Kebun yang lebih bersih akan mengurangkan tempat persembunyian kumbang perosak.

Dahan dan ranting pokok mempelam yang ditebang nanti akan menjadi tempat yang sesuai untuk pertumbuhan kulat sisir.

balik kampung raya 2017

Imej
Alhamdulillah selesai balik kampung beraya tahun ini. Hampir seminggu suntuk masa dihabiskan bercuti dikampung.

Tanah kebun pisang dan kebun kelapa

Alhamdulillah masa yang ada sempat juga untuk menjenguk kebun pisang dan kebun kelapa ayah. Rumput sudah mulai panjang dan menjadikan kebun kelihatan semak. Jadi, racun rumput disembur di kedua dua kebun untuk mengurangkan semak samun. Racun yang digunakan hanya akan menunjukkan kesan selepas beberapa hari. InsyaAllah selepas seminggu, kesan racun rumput akan mula dilihat dikebun. Selapas rumput mati, kebun akan dicuci sekali lagi dan rumput yang mati akan dikumpulkan dan dibakar.

Terdapat juga tanah bakar dari pembakaran semak samun di kebun kelapa. InsyaAllah akan cuba kumpul tanah bakar untuk dijadikan baja sayur sayuran.

Pokok tenggek burung

Pokok tenggek burung yang ditanam ditepi rumah sudah tinggi sehingga mencecah lebih kurang tiga meter. Jadi, pokok terpaksa dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran pucuk ulam yang baru dan juga memu…