Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

perkembangan kebun perumahan, 19 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah kerja kerja mengemas kebun perumahan berjalan lancar. Pokok pecah beling, belalai gajah dan bebuas dipangkas supaya kurang merimbun dan nampak lebih kemas. Tuaian mulberi, terung dan buah tin Mulberi yang banyak masak dipokok dituai. Disamping itu, buah tin dapat dituai. Buah tin varieti Green Jordan berbuah sebesar ibu jari sahaja. InsyaAllah akan cuba lagi mendapatkan buah yang lebih besar dengan menjaga pembajaan dan pengairan. Buah terung juga dituai dan akan cuba dijadikan sebahagian bahan dalam masakan dalca untuk berbuka puasa. Cabai solok Benih benih cabai diubah kedalam bekas minuman air 1.5 liter yang dipotong dan dijadikan bekas tanaman. InsyaAllah apabila pertumbuhna sudah baik, pokok akan dipindahkan ke atas tanah di kampung.

balik kampung 19 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik berbuka puasa di kampung pada minggu lepas. Cuaca mendung sepanjang hujung minggu lepas. Mempelam Masih banyak lagi buah mempelam yang ada diatas pokok. InsyaAllah balik kampung pada minggu hadapan akan cuba tuai buah yang masih ada diatas pokok. Rugi jika dibiarkan gugur begitu sahaja. Semaian bayam Semaian bayam terpaksa ditanam sekali lagi. Aktiviti meracun dibelakang rumah menyebabkan semua bayam mati. Pokok tin Alhamdulilah pokok tin di kampung sudah mulai mengeluarkan putik buah. Harap harap buah akan cepat membesar. Bersih parit Parit dihadapan rumah tersumbat menyebabkan air bertakung dihadapan rumah. Sempat juga membersihkan lubang yang tersumbat. Semasa membersih parit, seekor lintah hinggap di lengan. Nasib baik belum sempat lintah menghisap darah. Tuaian terung Alhamdulilah, terung telunjuk semakin menjadi jadi. Hampir sedozen terung berjaya dituai. InsyaAllah tumpuan pada minggu sebelum raya ialah mengemas halaman rumah disamp

perkembangan kebun kampung, 12 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah sempat mengemas sedikit kebun perumahan di bulan ramadhan ini. Agak kepenatan menjelang waktu tengah hari kerana aktiviti berkebun memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Tuai sayuran berdaun dan terung Alhamdulillah, kangkung, sawi renek dan bayam dituai. InsyaAllah akan dijadikan hidangan untuk bersahur. InsyaAllah kebiasaanya tuaian bayam dan kangkung untuk kali kedua akan lebih banyak berbanding tuaian pertama. Beberapa terung telunjuk juga dapat dituai daripada satu pokok yang ditanam didepan rumah. Semaian cabai solok Beberapa anak benih cabai solok dipindahkan ke bekas tanaman yang baru. Bekas tanaman dibuat daripada botol air mineral yang dipotong dua. Ada banyak lagi anak benih cabai solok yang perlu dipindah. Basil Semaian basil diubah ke luar rumah supaya dapat menerima lebih banyak cahaya matahari. Harap harap akan menjadi lebih subur. Semai selasih thai Bekas tanaman yang kosong selepas sawi renek dituai ditambah dengan tanah yang baru da

berkebun di bulan ramadhan, 6 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat berkebun sedikit. Masa waktu pagi pada hari puasa 1 Ramadhan diantara jam 7 pagi sehingga 9 pagi digunakan untuk aktiviti berkebun. Aktiviti pertama ialah mengutip buah mempelam yang masih banyak di belakang rumah. Dahan pokok sudah hampir tunduk ke tanah menahan beban berat buah. Buah buah yang tinggi dikait menggunakan galah buluh. Ada satu vareiti mempelam yang mempunyai bentuk yang pelik tetapi sedap. Tetapi buah cepat rosak dan harus dimakan segar. Semaian bayam juga sudah bercambah tetapi masih kecil. Semaian timun jepun pula sudah menunjukkan tumbesaran yang baik. Baja tahi ayam ditambah untuk menggalakan lagi tumbesaran pokok bayam dan timun jepun. Beberapa hari sebelum ramadhan, pucuk tenggek burung dituai untuk dimakan semasa tengah hari. Alhamdulillah, pokok tenggek burung semakin banyak mengeluarkan pucuk.

perkembangan kebun perumahan 30 Mei 2016

Alhamdulillah kebun perumahan dalam proses diurus semua. Harap harap akan semakin kemas dan cantik dipandang. Pokok pokok herba seperti pecah beling, belalai gajah dan bebuas perlu dipangkas. Mulberi Buah mulberi semakin banyak yang masak. Harap harap dapat tuai sedikit dan makan bersama yogurt. Timun jepun Anak benih timun jepun yang disemai diluar nampak terbantut. Akan cuba semai benih yang baru ataupun benih timun betik. Bayam Bayam semakin membesar dan musim hujan ini banyak membantu. Baja organik diguna dan daun daun bayam nampak menghijau. Semaian cabai Belum sempat mengalihkan semaian cabai. InsyaAllah akan dipindahkan ke dalam polibeg yang lebih besar dan dipindahkan kebahangian luar rumah. Semaian basil Semaian basil nampaknya perlu diubah kebahagian luar rumah supaya mendapat cahaya yang mencukupi. Semaian nampak terbantut pada masa ini. Pokok tin Buah tin vareiti green jordan masih belum masak walaupun sudah begitu lama di pokok. Masih lagi keras walaupun buah begitu lama