Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel september 2015

hari raya korban 1436H dan balik kampung 24 September 2015

Imej
Alhamdulillah hari raya korban tahun ini disambut sederhana. Hari Raya pertama dipenuhkan dengan solat sunat aidil adha di Pulau Pinang, sebelum makan kenduri di Baling dan pulang ke Alor Setar. Suasana kenduri hari raya korban di Baling sangat meriah dengan makanan seperti sup daging cicah air asam dan kerabu pucuk paku. Didalam perjalan balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti di Lata Mengkuang, Sik. Keadaan masih lagi baik untuk berkelah dengan air yang masih jernih dan dingin. Cuma keadaan tandas tidak terjaga kerana tiada bekalan air paip ke tandas. Masa di kampung dihabiskan dengan aktiviti kenduri, mencuci parit, merobohkan bangsal lama, memancing dan melayan anak saudara yang balik beraya di kampung. Beberapa benih pokok dibawa balik ke kampung untuk ditanam seperti cabai solok dan ulam raja. Disamping itu, sempat juga mengikuti aktiviti gotong royong korban yang dirancang walaupun perlu berulang alik ke Pulau Pinang dari Alor Setar. InsyaAllah akan cuba bali...

perkembangan kebun perumahan 8 September 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sebentar kebun perumahan Tomato beefsteak Benih benih kebanyakan rosak kerana bumbung tempat semaian bocor. Hujan lebat sejak beberapa hari ini. Habis semaian patah dan tercabut. Hanya dapat selamatkan dua anak benih setakat ini. Semaian petola biasa, petola ular dan timun Alhamdulillah semaian petola biasa dan timun sudah bercambah. Cambahan berlaku tidak sampai 5 hari. Masih menunggu semaian petola ular bercambah Pokok tin Pokok tin variety brown turkey menunjukkan tanda akan berbuah lagi. Semaian keratan tut pula diubah ke tempah yang lebih terang. Kucai Setakat ini semaian kucai masih belum bercambah Semaian kailan Benih kailan dari stok lama cuba dicambahkan. Jika bernasib baik akan bercambah. Terung Terung telunjuk yang disemai didepan rumah semakin sihat. Satu lagi pokok yang ditanama tidak begitu sihat kerana diganggu kucing. Cabai solok Cabai solok sedia untuk dituai. Setakat ini dibiarkan dahulu di pokok. Perancangan membaja InsyaAllah akan mena...

balik kampung 6 September 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung lagi. Kali ini menjelajah sehingga ke Kuala Perlis. Masa di kampung sangat suntuk. Hanya dapat luangkan masa sedikit untuk menjenguk keadaan kebun. Masih ada peluang dan ruang untuk menyediakan kebun kampung yang diidam diidamkan. Ayam belanda Ayah pula hendak mencari benih anak ayam belanda untuk dibela. InsyaAllah akan cuba dapatkan dalam bulan ini. Ayah memang minat membela ayam belanda. Cabai solok Cabai solok dibelakang rumah semakin banyak yang berbuah. Sesuai untuk dijadikan solok lada atau dijadikan cabai kicap. Tenggek burung Pokok tenggek burung pula sudah mula berbunga. Pucuk pucuk diambil supaya pucuk baru akan keluar. Memancing Aktiviti memancing ikan haruan masih belum membuahkan hasil walaupun kelihatan kelibat ikan haruan. Apa yang diperlukan sekarang ialah sedikit kesabaran dan doa insyaAllah. Semasa mencari tempat untuk memancing kelihatan terusan yang sudah semakin kering kerana padi sudah diambil. Kelihatan juga kebun kebun ti...

perkembangan kebun perumahan 5 September 2015

Imej
Alhamdulillah dapat membuat beberapa aktiviti di kebun perumahan sebelum bertolak pulang ke kampung. Barang barang lama Barang barang kebun yang tidak diperlukan dibawa balik ke kampung. Kompos Kompos yang terhasil daripada sisa dapur pula di pindahkan ke pasu pasu sayuran seperti cabai solok, mulberi dan terung. Semaian Semaian kangkung tidak terhasil kerana benih stok lama sudah tidak bernas. Semaian terung dan tomato beefsteak berjaya bercambah. Semaian tomato menjadi memanjang  dan lemah kerana tidak mendapat cahaya matahari. Benih petola ular, petola biasa dan timun mini di semai. Mudah mudahan akan cepat bercambah. Benih benih ini akan ditanam dikampung. Buat masa ini akan menyediakan juga tempat untuk ditanam dikampung.

perancangan hujung minggu awal September 2015

InsyaAllah hujung minggu ini akan diadakan aktiviti mengemas kebun perumahan. Barang barang di kebun perumahan akan dikurangkan supaya ruang depan rumah lebih kemas dan teratur. Barang barang kebun dan baja yang ditidak digunakan akan dibawa balik ke kampung kerana kawasan kampung lebih luas. InsyaAllah pada hujung minggu ini juga akan cuba untuk pindahkan pokok bunga tongkeng ke depan halaman rumah supaya mendapat cahaya matahari yang lebih banyak. Harap harap dengan cara tersebut pokok bunga tongkeng akan berbunga.