Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

berbuka puasa di kampung

ramadhan pertama dan kedua tahun ini disambut dikampung, alhamdulillah dapat menjalani ibadat bersama sama ahli keluarga, sepanjang dikampung, hujan turun tidak berhenti henti pagi dan petang,

bendang mei - aug 09

Imej
Bulan Mei 09 Bila padi dah berusia sebulan, baja tambahan ditabur buat kali pertama. Ayah hendak cuba menggunakan mesin penabur, tapi kami masing masing tidak mahir menabur menggunakan mesin. Mesin penabur baja juga cepat tersumbat kerana baja urea menyerap lembapan dalam udara dan menjadi keras didalam saluran penyembur. gambar: cara mengangkat sebegini menyebabkan sakit belakang, lebih elok jika diimbang dibelakang badan Angkut baja ke bendang Baja diangkut menggunakan motosikal, kemudian baja perlu ditanggung untuk dibawa ke petak sawah. Kebiasaannya diantara 13 - 14 guni baja diperlukan untuk 6 relung petak padi. Bulan Jun 09 bulan jun, padi dah mula bunting, kali ini sekali lagi baja ditabur supaya padi nanti berisi. perosak seperti tikus juga perlu dikawal menggunakan racun tikus. kalau tidak banyak padi yang akan rosak nanti. tahun lepas, banyak hasil padi yang dirosakkan tikus. Bulan Julai 2009 Padi sudah hampir masak, ayah banyak melawat petak bendang disebelah petang sa