Catatan

aktiviti hujung minggu 22-23 Jun 2019

Alhamdulillah, perancangan untuk ke Kuala Kangsar pada 22 Jun 2019 dan balik kampung pada 23 Jun 2019 berjalan dengan baik. Beberapa aktiviti ziarah dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar.


Ziarah Kuala Kangsar

Perancangan awal ialah untuk menziarah rakan di kuala kangsar seawal jam 9 pagi. Namun, perancangan tergendala sedikit. Kami hanya keluar dari rumah jam 9.30 pagi dari Pulau Pinang. Perjalanan kesama nemgambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Cuaca juga hanya redup redup tanpa hujan. Apabila kami sampai ke dataran kuala kangsar, pasar pagi sudah hampir tutup. Kebanyakan peniaga sudah mulai mengemas. Jadi, kami segera melalui pasar pagi untuk melihat barang yang masih boleh dibeli. Diantara barang yang dibeli ialah kerepek pisang yang baru dibuat, buah buahan untuk dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Saya juga sempat membeli beberapa batang anak pokok pisang tanduk.

Setelah singgah di pasar pagi dataran kuala kangsar, …

nostalgia pokok limau

baru baru ini semasa balik ke kampung, mak bercerita tentang pokok limau yang pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Mengikut cerita mak, pokok limau mula di tanam oleh tok wan Darus. Berpuluh puluh pokok yang tok wan Darus tanam sehingga boleh dijual hasilnya. Rasanya sangat manis mengikut cerita mak. Mak terkenang rasa manis buah limau dan mengeluh bahawa sudah tidak ada lagi benih pokok. Berdasarkan penceritaan mak, pokok limau tersebut hidup subur dikawasan tanah sawah.


Kenangan buah limau tepi rumah.

Semasa saya remaja, terdapat sepohon pokok limau di tepi rumah. Buah buah limau tersebut tidak terlalu manis dan mempunyai rasa masam yang agak kuat. Saya tidak mengemari rasa limau tersebut. Banyak buah yang terbiar begitu sahaja tanpa dimakan. Apabila saya masuk asrama, pokok tersebut sudah tiada. Rasanya pokok tersebut mati. Saiz pokok limau tersebut sekitar 3 meter dan batang sebesar paha.

Limau manis vareiti siam

Terbaru, saya mendapat info dari internet bahawa terdapat vareiti …

balik kampung raya 2019

Imej
Alhamdulillah dapat balik kekampung hampir 7 hari lebih bersempena cuti hari raya AidilFitri 2019/1440H. Kesempatan cuti panjang digunakan untuk melakukan aktiviti aktiviti berkebun di kampung dan juga mengemas kawasan rumah.

Baiki kolam ikan

Alhamdulillah kolam ikan berjaya dibaiki. Dinding kolam yang bocor berjaya ditampung sepenuhnya. Proses membaiki memakan masa lebih kurang empat hari. Hari pertama, kolam simen ditakung air untuk mengesan kawasan yang masih bocor. Punca utama kebocoran dikenalpasti daripada satu lubang yang mempunyai bata yang sudah lama. Air kolam keluar dengan banyak melalui lubang bata tersebut. Lokasi kebocoran dapat disahkan dengan menggunakan tanah liat. Tanah liat diletakkan pada kawasan yang disyaki bocor. Jika kebocoran berhenti apabila lubang dipalam dengan tanah liat. Maka, kawasan tersebut perlu disimen semula.

Air kolam dikeringkan semula dan kerja menampal simen dilakukan sebanyak dua kali kerana kawasan yang bocor membentuk lubang didalam dinding si…

balik kampung ramadhan 2019

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada pertengahan bulan Ramadhan. Kebetulan cuti nuzul Quran dan cuti ganti hari Wesak jatuh pada minggu yang sama. Masa yang ada diluangkan untuk melakukan kerja kerja kampung.

Baiki mesin rumput

Mesin rumput yang baru dipakai beberapa bulan telah rosak. "Bearing" pada bahagian pemutar mata bilah sudah berbunyi dan mata bilah sudah tidak berpusing dengan laju. Kerja membaiki dilakukan di kedai menjual mesin rumput. Kos membaiki mesin rumput sebanyak RM 100.00.

Baiki kolam ikan

Kolam ikan yang sudah dikeringkan beberapa minggu sebelumnya di baiki dengan menggunakan simen khas. Harga simen ini agak mahal sekitar rm 80 bagi pek seberat 20 kilogram. Kerja membaiki kolam dilakukan pada secara berperingkat peringkat kerana memerlukan tenaga kudrat empat kerat di waktu bulan puasa ini.

Cuci akuarium

Akuarium besar di depan rumah agak terbiar sekarang ini. Lumut tumbuh pada dinding. Cubaan menggunakan berus biasa untuk membuang lumut tidak berhasil.…

perkembangan kebun kampung awal Mei 2019

Alhamdulillah posting baru di blog kebun kampung muncul kembali. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti berkebun tidak banyak dijalankan.

InsyaAllah ada beberapa misi di kebun kampung untuk dilaksakan menjelang hujung tahun.

tanam mempelam harum manis

InsyaAllah tahun ini akan cuba menambah benih pokok harum manis di kawasan kebun pisang. Jika ada rezeki, bolehlah menuai hasil dalam beberapa tahun akan datang.
Disamping itu, pokok pokok mempelam pauh yang sudah lama di kawasan kampung akan cuba di tut dengan tut harum manis. Kaedah ini dikatakan menhasilkan buah dengan lebih cepat.

bersih kebun pisang

Alhamdulillah, kebun pisang sudah berjaya dicuci beberapa kali semaasa musim kering yang lalu. Kini, tugas membersihkan kebun pisang lebih mudah. Terdapat beberapa lagi pokok yang tumbuh liar yang perlu ditebang. Pisang yang dituai dikebun akan cuba di jadikan kek pisang sebagai produk sampingan kerana sayang pisang yang selalu dituai tidak sempat digoreng.

Disamping itu, saya akan cuba mend…

perancangan balik kampung raya cina 2019

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi, saya akan balik ke kampung halaman. Musim timur sudah sampai ke kemuncak pada pendapat saya. Padi di kampung sudah menguning.

InsyaAllah fokus balik kampung kali ini ialah untuk menyambung kerja kerja menebas kebun. Jentera baru mesin rumput sudah pun dibeli. InsyaAllah kali ini kerja kerja pembersihan akan dilakukan dengan lebih cepat.

Cuma, raya kali ini tidak ramai anak buah yang balik bercuti di kampung. Jadi, kurang kaki tangan untuk melakukan kerja kerja di kampung.

Diantara aktiviti lain yang akan dilakukan pada cuti kali ini ialah memancing, ziarah rakan rakan dan saudara serta berbasikal. Harap harap perancangan saya akan menjadi kenyataan insyaAllah.

balik kampung cuti Krismas 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Krismas yang lepas. Musim angin timur sudah terasa dimana waktu siang langit sangat biru tanpa awan dan cuaca sangat panas. Namun, angin timur kali ini agak berbeza kerana hujan masih lagi turun sesekali dengan lebat.

Bersih kebun pisang

Hajat untuk membersihkan kebun pisang akhirnya dapat dimulakan. Rumput yang panjang di bahagian hadapan kebun dipotong pendek menggunakan mesin rumput. Namun, kerja kerja menebas rumput yang panjang dibahagian belakang kebun terpaksa dilupakan buat masa ini kerana masalah jentera mesin rumput. Nampaknya, kerja kerja menebas keseluruhan kebun terpaksa ditangguhkan dahulu.

Bahagian hadapan kebun juga perlu dipagar nampaknya untuk mengelakkan jiran jiran membuang sampah sarap didalam kawasan kebun. Sepatutnya sampah sarap termasuk sisa kebun diuruskan dikawasan masing masing. Bukannya dilonggokan kedalam kawasan jiran.

Saya cuba mencari anak pokok cabai burung yang tumbuh meliar didalam kawasan kebun. Na…