Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

perancangan bulan februari 2016

InsyaAllah untuk bulan Februari tahun 2016 masa lebih banyak dapat diluangkan untuk aktiviti berkebun. Diantara perancangan bagi bulan Februari 2016 Cari benih ayam belanda Ayah berminat untuk membela ayam belanda. Sebelum ini ayah sudah pun membela ayam belanda. InsyaAllah akan cuba cari benih ayam belanda. Projek akuaponik InsyaAllah akan mencuba satu projek akuaponik percubaan. Alat alat elektronik sudah ada dibeli untuk dilakukan proses automasi. Semai benih baru Benih benih sayur yang tertangguh akan disambung pada bulan Februari. Tut pokok tin Pokok tin yang semakin tinggi boleh ditut untuk mendapat benih pokok tin yang baru.

perkembangan kebun perumahan, pasu herba dan bayam

Imej
Alhamdulllah sedikit masa yang terluang dapat digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Cuaca sangat panas sekarang. Pokok perlu disiram sekurang kurangnya setiap dua hari untuk mengelakkan pokok kekeringan. Pasu herba Alhamdulillah, satu set pasu herba siap untuk dicuba. Pasu ini mengandungi pokok ulam raja, cekur manis, cekur hitam, som jawa, kaduk dan sambung nyawa. Air dari sistem penapisan kolam ikan diambil untuk menyegarkan kembali tanah yang sudah kering. Bayam Bayam daun bulan akhirnya dapat dituai. Hanya sebatang pokok bayam sahaja yang tumbuh. Daun bayam begitu besar hampir saiz tapak tangan. Tiada baja kimia yang digunakan. Masih terdapat anak anak bayam yang mencuba nasib untuk hidup dimusim kering dan panas ini. Pokok rumput Israel pula lebih cepat membesar berbanding anak sayur bayam. Jadi, kerja mencabut anak rumput Israel dilakukan.

perancangan kebun perumahan januari 2016

Alhamdulillah masih ada sedikit masa dibulan januari ini untuk memastikan perancangan penanaman berjalan mengikut jadual. Setelah operasi mengemas kebun perumahan, beberapa paket benih yang dibeli beberapa bulan dahulu ditemui. Diantara benih yang ada ialah benih tomato, kacang kelisa dan kacang buncis. InsyaAllah akan cuba mencambahkan benih benih dalam tempoh yang masih ada di bulan Januari. Benih yang akan disemai bulan ini 1. Zucchini 2. Kobis pelabagai jenis 3. Salad 4. Tomato 5. Kacang buncis 6. Kucai 7. Kacang kelisa 8. Kangkung Pasu pasu yang disimpan akan di bersihkan disemai dengan benih benih yang dirancang insyaAllah.

balik kampung 17 Januari 2016

Imej
Alhamdulillah, dapat balik ke kampung pada cuti hujung minggu kali ini. Projek membersihkan kampung yang tertangguh cuba dilaksanakan. Tebas buluh Buluh cina yang dijadikan sebagai pagar dihadapan rumah perlu ditebas setiap satu bulan. Jika tidak ditebas, buluh akan merimbun dan nampak tidak terurus. Selepas buluh ditebas, halaman depan rumah nampak lebih kemas. Pagar buluh ditebas menggunakan golok yang diasah tajam. Harus berhati hati menggunakan golok agar tidak terkena tanga. Sebaiknya kerja menebas dilakukan dengan memakai baju lengan panjang untuk mengelakkan lengan menjadi calar balar. Tebang pokok seralat Pokok seralat ditepi rumah ditebang kerana sudah tinggi dan terlalu hampir dengan rumah. Dengan menggunakan khidmat pak lah penebang pokok kerja menebang dapat dihabiskan dari waktu tengah hari sehingga ke petang. Kepakaran diperlukan untuk menebang pokok untuk memastikan pokok tidak menghempap bumbung rumah. Memancing Alhamdulillah dapat memancing ikan haruan lag

kit herba dalam satu pasu

InsyaAllah pada permulaan tahun ini akan mencuba satu kit tanaman herba didalam satu pasu. Beberapa jenis herba akan ditanam didalam satu pasu sahaja. Pasu sepanjang 2 kaki dan 1 kaki lebar akan digunakan. Herba seperti ulam sambung nyawa, cekur, pegaga, som jawa, belalai gajah, basil. Cukuplah untuk digunakan sebagai ulaman untuk makan tengah hari.

perkembangan kebun perumahan 10 Januari 2016

Imej
Alhamdulillah, kerja kerja mengemas kebun perumahan hampir selesai. Pokok herba sudah habis dipangkas. Daun daun yang kering dikumpulkan dan akan dibuang ke tong perbandaran. Pokok tin green jordan Buah pokok tin green jordan sangat menjadi sekarang. Hampir lima putik buah sedang membesar. Harap harap akan terus membesar dan masak. Cabai solok Pokok cabai solok didalam bekas polibeg sedang berbunga dengan lebat. Harap harap akan banyak yang menjadi buah. Manakala, pokok cabai solok didalam bekas polisterin pula sudah tidak produktif lagi. Kemungkinan akan diganti dengan cambahan bayam bagi satu musim sebelum ditanam dengan benih lain. Pasu  Pasu pasu sudah dikumpulkan dahulu dikawasan teduh kerana cuaca sangat panas sekarang. Keadaan ruang luar rumah nampak lebih kemas Memancing Alhamdulillah dapat memancing di kawasan perumahan yang dekat dengan sungai dan kawasan sawah padi. Ikan haruan berjaya dipancing dan dikurung didalam baldi. Namun, ikan berjaya melompat k

perkembangan kebun perumahan awal januari 2016

Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan untuk mengemas kebun perumahan pada awal januari 2016 Pada 1 Januari 2016, pokok ulam bebuas yang sudah tinggi dipangkas sehingga paras pinggang. Pokok sudah terlalu tinggi dan mengganggu pertumbuhan pokok pokok yang lain. Pokok belalai gajah juga dipangkas kerana terlalu panjang. Pada 3 Januari pula, pasu pasu panjang dibersihkan. Kebanyakan pasu disimpan didalam kawasan berpagar kerana musim kering. InsyaAllah akan dibajakan semula pasu pasu untuk penananam sayur sayuran pula. Masih ada beberapa kerja yang perlu dibuat di kebun perumahan supaya nampak kemas dan teratur. InsyaAllah akan lebih cantik dipandang dan membuahkan hasil.