Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

perkembangan kebun perumahan 29 Februari 2016

Alhamdulillah semaian bayam dan kangkung sudah bercambah. Nampaknya benih salad sudah tidak bernas. InsyaAllah semain bayam akan disiram dengan air basuhan beras dan juga air basuhan ikan. Harap harap dapat membuat tuaian pertama didalam masa beberapa minggu lagi. Perancangan lain pada masa terdekat Satu bekas polisterin akan dijadikan sebagai bekas kompos untuk membela cacing bagi tujuan pengeluaran kompos. Manakala satu lagi bekas polisterin akan dijadikan sebagai kolam untuk membela ikan keli. InsyaAllah dengan cara ini, satu sistem yang hampir lengkap dapat disediakan bagi mengeluarkan tanaman dan makanan untuk kegunaan sendiri secara kecil kecilan.

perkembangan projek tanaman dalam polisterin

Projek penaman didalam bekas polisterin masih belum berjaya. Nampaknya perlu ditukarkan kepada tanaman lain selain benih salad. Mungkin benih salad sudah tidak bernas lagi. InsyaAllah akan cuba benih bayam dan kangkung pula. Harap harap akan berjaya kali ini.

memancing ikan sembilang

Imej
Alhamdulillah dapat belajar teknik memancing ikan sembilang pada minggu ini. Bermula dari cara mencari cacing laut sehingga cara memancing ikan sembilang. Cacing laut menjadi umpan yang sesuai untuk memancing ikan sembilang kerana mudah didapati dikawasan tepian pantai yang berpasir. Isi ikan atau bahan yang mempunyai bau yang kuat digunakan untuk mencari umpan ini. Cacing laut perlu ditangkap dengan cepat. Latihan diperlukan untuk menangkap cacing laut dengan cekap. Jika tidak, agak susah dan memenatkan proses mencari cacing laut. Waktu yang sesuai untuk memancing ikan sembilang ialah sewaktu air mulai pasang. Pada ketika ini, ikan sembilang akan datang ke tepian pantai untuk mencari makanan. Teknik menggunakan pelampung boleh digunakan. Ternyata teknik ini berkesan apabila lubuk ikan sembilang berjaya dikesan. Aktiviti memancing sembilang boleh diadakan pada waktu malam. Aktiviti memancing pada waktu malam sesuai untuk dijadikan aktiviti santai seisi keluarga. InsyaAllah

nasib ikan haruan yang dipancing, 24 Februari 2016

Ikan haruan yang dipancing baru baru ini dirancang untuk dibawa balik ke kampung. Saiz yang berjaya dipancing baru baru ini sesuai untuk dibuat ikan bakar. Namun, rezeki tidak menyebelahi kali ini kerana ikan berjaya melompat keluar daripada tempat kurungan. Ikan akhirnya mati di kawasan hadapan rumah. Apabila diamati, ikan masih boleh dijadikan ikan kering. Jadi, ikan disiang, dibelah belakang dan digaramkan. Ikan akan dijemur sehingga kering. Walaupun harga ikan haruang kering sangat baik. Ikan haruan segar lebih digemari. Antara menu nostalgia ialah ikan haruan bakar. Samaada dibelah belakang dan diisi dengan ramuan rempah ataupun dibakar bersama garam dan serbuk kunyit. InsyaAllah akan cuba memancing lagi ikan haruan. Ikan yang mendapat tempat sebagai hobi disamping berkebun.

perkembangan projek sayur dalam bekas polisterin 23 Februari 2016

Sayur salad yang diidam idamkan nampaknya masih belum bercambah. Kemungkinan tanah terlalu kering bila tanah diperiksa menggunakan jari. Sebelum mencuba benih baru, tanah dijirus sekali lagi dan bahagian atas ditutup dengan plastik untuk memastikan kelembapan tanah tidak cepat hilang. InsyaAllah akan biarkan sehari dua lagi. Jika masih tidak berjaya, akan cuba benih kangkung dan bayam pula.

perkembangan kebun perumahan 21 Februari, tuaian petola bantal, cabai solok, pancing haruan

Imej
Alhamdulillah, pada hujung minggu ini jadual sangat padat. Terpaksa berjaga awal pagi untuk menyiapkan tugasan. Ternyata satu pengalaman yang bermakna untuk bangun awal dan melihat keadaan awal pagi sebelum subuh. Petola bantal Petola bantal setelah lebih kurang seminggu dapat dituai. Belum pasti dapat dimakan sehinga dikupas nanti. Jika terlalu berserat, mungkin akan dijadikan sebagai kompos. Pokok tin green jordan Pokok tin green jordan telah menjadi layu kerana pokok tidak sempat disiram ketika cuaca panas terik selama tiga hari. Putik putik buah banyak yang gugur. Nampaknya, pokok perlu diubah kekawasan yang lebih teduh Tut pokok tin Alhamdulillah sudah selesai mengetut dan memindahkan pokok yang ditut ke dalam pasu. InsyaAllah selepas sebulan bolehlah dipindahkan pokok ke tempat yang lebih sesuai. Memancing Alhamdulillah ada rezeki memancing pada minggu ini. Ikan haruan dan keli menjadi habuan. InsyaAllah akan dijadikan hidangan tengah hari dan dibuat ikan ke

perkembangan kebun dalam bekas polisterin

Alhamdulillah projek kebun dalam bekas polisterin sudah berjaya dimulakan. Saiz bekas polisterin yang digunakan ialah satu kaki lebar dan dua kaki panjang. Benih salad dipilih sebagai tanaman permulaan. Satu pek tanah hitam dan satu pek tanah top soil digunakan. Ini kerana tanaman salad tidak memerlukan medium penanaman yang dalam. Lorong lorong dibentuk menggunakan jari untuk ditabur dengna benih salad. Satu pek benih salad boleh digunakan sebanyak dua kali Air paip digunakan untuk menyiram buat kali ini. Adalah lebih baik air yang ditakung atau air daripada kolam ikan digunakan. InsyaAllah akan tambah satu akuarium tambahan dalam projek akan datang. InsyAllah akan cari lagi bekas polisterin terbuang untuk dijadikan bekas penanaman kerana ada lagi benih kangkung dan benih bayam untuk dicuba. Satu bekas polisterin pula akan digunakan untuk mewujudkan satu bekas kompos mini. InsyaAllah akan cari cacing untuk membantu mengurai sisa kompos. Gambar akan diletakkan kemudian.

projek sayur salad dalam bekas polisterin

InsyaAllah akan memulakan satu projek tanaman salad dalam bekas polisterin. Boleh dicuba dikawasan yang terhad seperti di apartmen. Bekas polisterin terbuang akan dijadikan sebagai bekas tanaman. Kebiasaannya selepas aktiviti pasar malam, akan ada banyak bekas polisterin yang dibuang begitu sahaja. Medium tanaman terdiri daripada dua tanah top soil dan tanam hitam. Disamping itu, benih kankung dan bayam akan turut disemai selepas penanaman salad. Pembajaan akan dilakukan menggunakan air basuhan beras dan juga sisa dapur sayuran. Gambar akan diletakkan kemudian.

perkembangan kebun perumahan tut pokok tin sudah berakar 16 Februari 2016

Alhamdulillah, pokok tin dari vareiti BTM6 yang ditut beberapa minggu lalu sudah berakar dengan banyak. Keratan tut akan sedia dipotong dan dipindah kedalam pasu. Tut pokok tin perlu dipindah segera kerana akar yang bercambah akan menjadi rosak apabila air didalam bungkusan tut menjadi kering. InsyaAllah akan melalukan tut untuk pokok tin vareiti green jordan pula. Untuk itu, pokok akan dipindahkan ke kawasan teduh kerana cuaca sekarang yang panas dan kering. Gambar akan diletakkan kemudian.

perkembangan kebun perumahan pokok tin 13 Feb 2016

Alhamdulillah, minggu ini dapat menuai buah pokok tin vareiti Masui Dauphine dan memancing. Buah dibalut dengan plastik untuk memastikan buah tidak jatuh ke tanah atau kedalam parit. Apabila buah tin sesuai untuk dituai, hanya perlu memulas buah dengan lembut dan buah akan mudah tertanggal dari dahan pokok tin. Buah akan menjadi lebih besar apa bila mulai masak. Rasa buah tidak terlalu manis tetapi ada rasa lemak. Keseluruhan buah dimakan kecuali bahagian tangkai yang diberi kepada ikan kaloi. Buah green jordan masih belum masak tetapi sudah luruh. Kemungkinan buah luruh sebelum asak disebabkan beberapa kali pokok menjadi layu akibat tidak sempat disiram. InsyaAllah harap dapat merasa buah tin vareiti green jordan yang masak tidak lama lagi. Memancing Alhamdulillah ada sedikit rezeki memancing ikan minggu ini. Ikan haruan yang berjaya dipancing dimasak dan diberi orang yang baru menjalani pembedahan.

perancangan sistem akuaponik dan sayuran

InsyaAllah akan cuba menjayakan program sistem akuaponik untuk kebun perumahan. Kolam yang ada sesuai untuk menternak sekitar seratus ekor ikan. Kos elektrik mungkin sekitar RM 60 ringgit seminggu. Ikan yang dipilih kemungkinan dari spesis omnivor seperti ikan kaloi atau tilapia. Ikan keli juga akan turut dibela kerana mampu diternak didalam kapasiti yang tinggi didalam tempat terhad. Disamping itu, akan cuba menjayakan projek menanam sayur dalam pasu untuk mencapai penggunaan sayur sepenuhnya dari kebun sendiri. Sasaran awal ialah mewujudkan pasu sayuran yang cepat dituai seperti bayam dan kangkung. InsyaAllah harapan sebelum bulan enam perancangan ini dapat dicapai.

perkembangan kebun perumahan 11 Februari 2016

Imej
Alhamdulillah, dapat juga mengurus kebun perumahan pada musim kering ini. Pokok tin Tugasan paling kritikal ialah memastikan pokok tin mendapat air yang secukupnya. Jika tidak, pokok kemungkinan akan layu dan buah buah yang sedang membesar akan kecut dan gugur. Cabai solok Cabai solok sudah terlebih masak. Buah buah dikutip dan dibawa balik ke kampung. Petola bantal Pokok petola bantal masih menghasilkan buah. Kali ini memanjat pada batang pokok limau purut. Semaian sayur Semaian sayur semakin membesar. Semaian dijarangkan untuk mengelakkan pertumbuhan sayur terbantut.

balik kampung cuti raya cina 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung bersempena cuti hari raya Cina 2016. Keadaan sekarang adalah kemuncak musim angin timur. Cuaca sangat kering dan kurang taburan hujan. Awal pagi cuaca menjadi dingin dan tengah hari menjadi sangat terik. Diantara aktiviti yang dilakukan dikampung ialah menyediakan kawasan berpagar untuk membela ayam kampung. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum jaring dapat dipasang dan ayam dapat dibela. Kangkung didalam parit perlu dibersihkan. Kemungkinan boleh dijadikan sebagai baja tanaman apabila musim hujan tiba kelak. Pada masa ini, pokok mempelam sudah mula mengeluarkan putik bunga. Ada pokok yang baru luruh daun lama. Jadi, kerja mengumpulkan daun daun yang luruh dilakukan. Daun daun kering yang terkumpul dibakar. Antara kerja yang tertangguh ialah mencuci parit dihadapan rumah dan juga memotong rumput dibelakang rumah. Pada waktu angin timur, sesuai untuk menebang pokok dan membersih kebun kerana cuaca kering membolehkan pokok yang diteb

perkembangan kebun perumahan, 4 Feb2016

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan Semaian sayur Sayur yang disemai hujung minggu lalu sudah mula bercambah. Sekarang benih perlu dipindahkan ke tempat yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbesaran yang baik. InsyaAllah dalam masa sebulan akan dapat menuai hasil. Cabai solok Cabai solok masih belum sempat dituai. Buah sudah mula masak dan bertukar warna dari hijau ke merah. InsyaAllah akan cuba tuai pada hujung minggu ini. Pasu herba Alhamdulillah pasu herba semakin baik. Akan dipindahkan ke tempat yang lebih bercahay untuk tumbesaran yang lebih baik.

perkembangan kebun perumahan akhir Januari 2016

Imej
Alhamdulillah, pada hari akhir bulan Januari 2016, beberapa aktiviti berkebun berjaya dilaksanakan Tut pokok tin Pokok tin varieti btm6 berjaya ditut. Proses mengetut hanya mengambil masa dalam 15 minit. Bermula dengan mengelar kulit pokok tin menggunakan pisau tajam. Kemudian lapisan kulit dikeluarkan. Bahagian atas kulit yan terdedah disapu dengan hormon pengakaran sebelum dibalut dengan bahan kompos yang diisi didalam bekas plastik. Pita pelekat digunakan untuk membalut plastik kompos pada bahagian yang ditut. Tuai bayam Bayam yang dituai minggu lepas sudah mengeluarkan empat lagi sulur. Kesemua sulur dituai ketika masih batang bayam masih lembut. Alhamdulillah, anak benih bayam baru sudah mulai tumbuh. Tuai pucuk belalai gajah Pucuk belalai gajah banyak yang tumbuh bila dipangkas, Pucuk yang masih mudah dipatahkan dengan jari sesuai untuk dijadikan ulaman makan tengah hari. Semai benih sayur Varieti sayur pak choi versi kerdil di semai bersama lebihan benih arugula