Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cabai solok

perkembangan kebun perumahan, 17 Mei 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan yang boleh dilaporkan. Timun jepun Anak benih timun jepun yang dipindah ke kawasan luar didapati hilang. Rupanay sebahagian pucuk anak benih sudah dimakan perosak. Jadi, anak benih baru dipindahkan untuk menggantikan benih yang rosak. Cambahan cabai solok Anak benih cabai solok sudah mula bercambah. Hampir dua minggu semaian baru ada tanda tanda hendak bercambah. Bayam merah, bayam hijau, lobak putih dan kangkung Bayam merah sudah sedia untuk dituai, manakala bayam hijau, lobak putih dan kangkung sedang membesar. InsyaAllah akan dapat dituai dalam masa dua minggu sahaja lagi. Laman rumah perlu dikemaskan lagi. InsyaAllah hujung minggu ini akan cuba luangkan sedikit masa. Disamping itu, akan cuba buat satu set akuaponik di rumah sebagai percubaan. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun perumahan 11 Februari 2016

Imej
Alhamdulillah, dapat juga mengurus kebun perumahan pada musim kering ini. Pokok tin Tugasan paling kritikal ialah memastikan pokok tin mendapat air yang secukupnya. Jika tidak, pokok kemungkinan akan layu dan buah buah yang sedang membesar akan kecut dan gugur. Cabai solok Cabai solok sudah terlebih masak. Buah buah dikutip dan dibawa balik ke kampung. Petola bantal Pokok petola bantal masih menghasilkan buah. Kali ini memanjat pada batang pokok limau purut. Semaian sayur Semaian sayur semakin membesar. Semaian dijarangkan untuk mengelakkan pertumbuhan sayur terbantut.

perkembangan kebun perumahan, 4 Feb2016

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan Semaian sayur Sayur yang disemai hujung minggu lalu sudah mula bercambah. Sekarang benih perlu dipindahkan ke tempat yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbesaran yang baik. InsyaAllah dalam masa sebulan akan dapat menuai hasil. Cabai solok Cabai solok masih belum sempat dituai. Buah sudah mula masak dan bertukar warna dari hijau ke merah. InsyaAllah akan cuba tuai pada hujung minggu ini. Pasu herba Alhamdulillah pasu herba semakin baik. Akan dipindahkan ke tempat yang lebih bercahay untuk tumbesaran yang lebih baik.

perkembangan kebun perumahan 22 Disember 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan buat seketika. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Kerja yang paling penting ialah menyiram tanaman kerana cuaca sekarang sangat panas dan kering. Selain itu, kerja kerja mengemas kebun perumahan juga perlu dilakukan supaya kelihatan lebih teratur dan bersih. Pokok tin Pokok buah tin vareiti green jordan pula mulai berbuah. Pokok tin dari varieti green jordan agak lambat pembesaran berbanding vareiti yang lain. InsyaAllah akan cuba menjaga kelembapan tanah untuk memastikan buah berjaya masak dan tidak gugur dimusim kering ini. Pokok tin dari varieti BTM pula perlu ditut kerana terlalu tinggi dan nampak tidak begitu sihat. Cabai solok Tanaman cabai solok sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan sebahagian daripada hidangan nanti. Didalam bekas tanaman cabai solok juga disemai benih bayam. Harap harap dapat dituai dalam masa sebulan. Benih baru Benih beberapa sayuran baru dipesan termasuk vareiti zucchini yang kelihatan sesuai un...

perkembangan kebun perumahan 15 Disember 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan pada masa ini sedang menghasilkan beberapa hasil baru. Ada tanaman yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Pokok tin Buah pokok tin varieti BTM yang diharap harap untuk dituai akhirnya layu dan jatuh ketanah. Akibat kesibukan tugas, pokok tidak dapat disiram selama beberapa hari. Buah akhirnya kecut. InsyaAllah akan cuba memasang sistem pengairan automatik yang sudah lama terbantut. Pada masa yang sama, buah tin vareiti Masui Dauphine pula sedang terbentuk. Harap harap dapat dituai buah vareiti ini insyaAllah. Pokok cabai solok Cabai solok mula mengeluarkan pucuk pucuk yang baru. Dan bersam sama dengan pucuk yang baru bunga dan akhirnya buah cabai solok yang baru. Disamping itu, pokok bayam hijau yang tumbuh sendiri didalam bekas yang sama akan dapat dituai beberapa minggu lagi. Terung telunjuk Buah terung masih lagi banyak untuk dituai malah sedang berbuah lagi. Buah yang sesuai untuk dituai apabila dipicit terasa seperti spring kerana is...

tuaian cabai solok minggu raya korban 26 September 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat menuai cabai solok pada minggu raya korban, cabai solok akan mencapai saiz optima dalam tiga minggu. Jadi jangan terburu buru untuk menuai cabai solok. Jika kelihatan warna hijau susu, maka buah sedia untuk dituai.

perkembangan kebun perumahan 19 September 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan pada hujung minggu. Waktu diluangkan hanya sekadar satu jam kerana perlu balik ke kampung untuk majlis kenduri kahwin. Mulberi Buah mulberi semakin banyak yang masak di atas pokok. Namun, burung burung juga menyedari tentang buah mulberi yang masak. Pada jumaat malam, buah buah mulberi yang masak ranum berwarna kehitaman masih ada. Pada keesokan harinya, buah buah yang masak ranum sudah tiada. Cabai solok Alhamdulillah, cabai solok dapat dituai lagi kali ini. Buah buah baru juga sudah mula lekat. Walaupun pokok cabai solok tidak sebesar mana, namun jumlah buah yang dihasilkan sangat memuaskan. Semaian Semaian daun saderi dan lobak putih dibuat kedalam bekas kompos. Harap harap benih akan bercambah. Lebihan semaian cabai solok dan juga pokok lada hitam dibawa balik ke kampung. Semoga dapat membesar di kampung.

cabai solok kebun perumahan 16 September 2015

Imej
Alhamdulillah, bersempena cuti hari Malaysia tahun ini, dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa sekarang, cabai solok paling banyak berbuah. Pokok ditanam didalam bekas polisterin. Sulur dari pokok petola bantal yang kering dijadikan bahan sungkupan untuk mengelakkan tanah kering. Namun, harus berhati hati kerana binatang liar seperti ular boleh bersarang didalam sungkupan. Pokok ini disiram dengan baja ikan dan juga tanam kompos. Alhamdulillah buat masa ini, tiada lagi serangan lalat buah yang berlaku. Pokok cabai solok tahan lasak dan dapat memberi hasil untuk jangka masa yang lama. Tuai kesemua buah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak buah. Buat masa ini, tanaman tomato kingkong juga dialih untuk dijadikan sebagai peneman tanaman cabai solok. Harap harap akan menjadi tanaman peneman yang baik.

balik kampung 22 Ogos 2015

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah serta keadaan kampung. Waktu masih lagi terhad, untuk hujung minggu ini sahaja, hampir 400 kilometer perjalanan menggunakan kereta ditempuh. Cabaran agak tinggi kerana memandu berseorangan, memandu pada awal pagi dan memandu didalam keadaan badan yang letih. Diantara perkembangan kebun perumahan Semaian rawak benih ulam raja Benih ulam raja yang dikumpul dibawa balik dan di tabur sepanjang pagar yang banyak mendapat cahaya matahari. Semaian kacang panjang dan timun Semaian kacang panjang dan timun tidak bernasih baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati benih benih yang berusia beberapa minggu. Buah sulung dari timun juga tidak kesampaian untuk dituai. Cabai solok Pokok cabai solok hanya tinggal dua pokok setelah satu pokok mati. Apabila diselidiki, siput babi sudah memakan batang pokok cabai solok. Tenggek burung Ulaman tenggek burung nampaknya semakin merimpun. InsyaAllah akan petik pucuk pucuk yang masih muda. Me...

perkembangan kebun perumahan 22 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan dalam tempoh cuti hari raya aidilfitri tahun ini. Cuaca yang mendung serta hujan sepanjang minggu cuti aidilfitri menjadikan kebun perumahan tidak perlu disiram sepanjang seminggu balik bercuti. Cuma kasihan pada ikan ikan didalam kolam yang kelaparan seminggu terpaksa bertahan tanpa makanan. InsyaAllah akan cuba automasikan sistem pemakanan ikan. Diantara perkembangan kebun perumahan 1. Pokok tin Buah tin yang ditunggu tunggu untuk masak akhirnya telah masak dan gugur semasa cuti hari raya. Tidak pasti berapa hari buah tin berada diatas tanah. Buah sudah mula dihurung oleh semut dan menjadi sedikit lembik. Alhamdulillah isi buah masih elok dan boleh dimakan. Dapat juga merasa buah tin sulung. Selain itu, daun daun pokok tin juga diambil untuk dijadikan teh. 2. Semaian tomato king kong Semaian dibuat beberapa jam sebelum balik bercuti di kampung. Alhamdulillah semaian sudah mulai bercambah. InsyaAllah akan diubah ke pas...

balik kampung 20 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat balik berbuka puasa dikampung pada minggu ini. Suasana berbuka puasa di kampung lebih seronok berbanding berbuka puasa di bandar. Cuaca dikampung tidak menentu, pada pagi agak mendung. Namun, menjelang tengah hari cuaca menjadi sangat panas. Jadi masa tengah hari sehingga petang banyak dihabiskan didalam rumah sahaja. Ada berkembangan kebun perumahan boleh dikongsi Musim buah mempelam Musim buah mempelam sudah hampir ke penghujungnya. Masih terdapat buah yang boleh dituai untuk dimakan ketika berbuka puasa. Buah petola Buah petola segi yang tumbuh di belakang rumah semakin galak berbunga. Harap harap akan banyak yang lekat buah. Teknik mengekalkan kesegaran buah petola yang boleh dicuba ialah dengan menterbalikkan buah kedalam bekas berisi air. Dengan cara ini, hujung tangkatp sentiasa menerima air dan buah kekal segar. Cabai solok Cabai solok di kampung juga semakin berbuah. Terdapat beberapa biji buah sabai solok yang sedia dituai. InsyaAllah ...

perkembangan kebun perumahan 22 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah, hari ini dapat menjenguk kebun perumahan sebelum pergi kerja. Selalunya masa lewat malam dan awal pagi digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat seperti menggantikan bumbung lutsinar yang sudah pecah. Cuaca beberapa hari ini tidak menentu dengan beberapa hari sangat panas terik. Keadaan ini menyebabkan pokok yang disiram cepat layu. Jadi, kebun perumahan sentiasa perlukan perhatian terutama aktiviti menyiram. Diantara perkembangan terbaru.  Tuaian cabai solok Alhamdulillah tuaian cabai solok dari pokok baru. Bagaimanapun, apabila diamati terdapat ulat didalam cili solok. Tanaman diperumaha dibiarkan bebas dari penggunaan racun perosak sejak beberapa tahun. Kadang kadang terfikir berapa banyak racun perosak yang digunakan bagi mendapatkan buah cili yang cantik dan berkilat pada ladang ladang komersial. Buah tin Buah pokok tin semakin membesar dan menarik perhatian semut semut. Harap harap akan dapa...

tuaian hujung minggu, 16 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat membuat kerja kerja bersih kebun perumahan sebelum balik ke kampung. Minggu ini dapat menuai buah petola bantal dan dua biji cabai solok. Buah dibawa balik ke kampung untuk dijadikan hidangan. Buah petola bantal pada 5 Mei 2015 tuaian pada 16 Mei 2015

perkembangan kebun perumahan 8 April 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sedikit dalam kesibukan untuk pergi ke tempat kerja. Petola bantal Petola bantal terlalu cepat menghasilkan daun dan pucuk baru. Habis pokok limau purut, terung dan daun kari di selubungi oleh daun pokok petola bantal. Jadi, daun daun yang terlalu banyak di pangkas dan akan dijadikan bahan sungkupan kebun. Tomato ceri Pokok tomato ceri semakin berbunga. Namun, banyak yang tidak letak buah. Ada tomato ceri yang kelihatan pelik terhasil dari pokok yang terbantut. Kemungkinan akan mencuba varieti lain pada masa hadapan. Cabai solok Satu satunya harapan pokok cabai solok akhirnya mula menghasilkan buah. Alhamdulillah, beberapa bunga lekat buah walaupun peratusan penghasilan buah tidak tinggi. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi cabai solok.

perkembangan kebun perumahan: cili solok mula berbunga

Alhamdulillah, perkembangan terbaru dari kebun perumahan ialah cili solok mulai berbunga. Moga moga cepat lekat buah insyaAllah. Banyak lagi benih benih cili solok yang disemai namun tidak dapat di pindahkan ke pasu kerana kekurangan tempat untuk menanam. Benih benih ini pula sekarang kelihatan tidak sihat lagi dan diserang oleh kutu trip, iaitu serangga putih kecil yang menyebabkan pokok menjadi terencat. Petola Bantal Selain daripada cili solok, petola bantal pula kembali berbuah. Apabila balik dari kerja sempat mengamati pokok petola, kelihatan buah yang sudah hampir sedia untuk dituai. Tidak sedar bila ada bunga betina kerana tidak begitu menonjol. Selasih thai dan misai kucing juga sedia untuk ditanam ke kawasan halaman rumah. Benih baru bunga tongkeng bagi menggantikan pokok bunga tongkeng yang mati akhirnya berjaya didapati dari pusat semaian di Tasek Gelugor. InsyaAllah akan dipindah ke pasu yang lebih besar.