Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

jalan jalan kebun kampung bukit pinang

Imej
Alhamdulillah, sempat ke kenduri di bukit pinang kedah ahad lepas bersama mak dan ayah. . Juga keluarga kak chak dan bang chak dari KL. Kemudian ke rumah Mak Su di Jitra. Sempat melihat kebun kampung di bukit pinang seorang penduduk di sana berhampiran tempat kenduri. Ditanam kangkung dalam baris baris. Terdapat baris yang baru ditanam dan ada yang sudah besar. Tanah juga kelihatan hitam dan subur. Cukup baja dan air di penghujung musim angin timur. tanaman kangkung dalam  beberapa fasa pertumbuhan kangkung yang sedia dituai

kemangin thai di kampung

Imej
bila balik rumah tengok pokok kemangin thai didalam pasu sudah menghasilkan buah. Buah ini kalau dilulur lulur antara ibu jari dan telunjuk mengeluarkan bau yang harum. Tak pasti mak dapat dari mana, mungkin kak chik yang bawa balik dari perlis. biji benih kemangin yang harum bunga kemangin yang masih muda Biji benih yang terhasil di tabur sekeliling bekas cabai sebagai percubaan tahap percambahan.Harap harap dengan hujan akan bercambah anak anak ulam kemangin insyaAllah.

tuaian hujung minggu, 23 Mar 2013

Imej
Alhamdulilalh hujung minggu ini dapat menuai terung terung pendek. Saiz terung kali ini lebih kecil berbanding  tuaian sebelum ini. Mungkin disebabkan kurang baja dan kurang disiram, Semaian baru Semaian terung pendek dan terung telunjuk bulan januari mula diubah kedalam bekas polibeg yang lebih besar. Harap dapat merasa tuaian terung baru terutama terung telunjuk. semaian baru anak terung

cadangan mengompos sisa sayuran menggunakan pasu

berikut adalah cara mengompos sisa sayuran yang saya gunakan. Jika diperhatikan sebenarnya banyak sisa sayuran yang kita hasil setiap hari terutama jika memasak sendiri dan mempunyai keluarga yang besar. Antara sisa yang boleh dikompos: 1. kulit bawang, halia, 2. lebihan daripada sayur ( sawi, remayung ) 3. lebihan dari kulit buah buahan ( pisang, tembikai, oren dll ) 4. lebihan nasi/pulut/kuih 5. daun pisang pembalut nasi lemak ( belilah nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan kertas surat khabar lebih baik utk dikitar ) bahan tambahan lain 6. air dari sistem penapis akuarium Bekas kompos: bekas kompos yang boleh digunakan ialah sebuah pasu. Piring pasu diletakkan dibawah pasu untuk mengelakkan air kompos keluar. Tempat yang sesuai untuk diletakkan ialah diluar rumah dikawasan yang redup. Ini bertujuan supaya pelbagai jenis serangga dapat membantu menguraikan sisa sayuran ( lalat, kumbang dll ). Penyediaan bekas kompos Isi dengan tanah keb

sayuran dan ulaman tahan lasak utk rumah bandar

Imej
antara sayuran dan ulaman yang tahan lasak untuk tanaman di perumahan adalah seperti berikut. Antara kriteria ialah mudah hidup, senang dijaga, kurang penyakit ( tidak perlu disembur racun ) 1. ulam pokok kaduk 2. sayur malabar spinach ( remayung ) pucuk kaduk, selain dibuat ulam boleh juga dijadikan makanan ikan kaloi Resepi yang sesuai Antara resepi yang boleh dicuba ialah kaduk celur, kepah masak daun kaduk dan remayung masak ikan masin.

tuaian terung akan datang

Imej
InsyaAllah akan ada beberapa tuaian terung yang akan dibuat dalam minggu ini, keadaan buah yang sesuai dituai Resepi terung goreng Alhamdulilah isteri sempat masak tuaian terung terdahulu menggunakan rempah thai yang dibeli di utara tanah air. Ditumis rempah bersama minyak zaitun dan dimasak sehingga lembut. terung tumis rempah thai

projek DIY siram sendiri

pokok pokok didepan rumah selalu sangat tak di sempat dijirus. InsyaAllah akan buat projek DIY siram sendiri menggunakan timer. Akan guna kepakaran isteri untuk beri cadangan bagaimana nak laksanakan projek ini.

benih komplimen dari Miruku

minggu lepas dapat benih komplimen dari Miruku Garden, benih benih yang dibeli sebelum ini belum lagi ditanam. benih bunga matahari, dengan kelopak berwarna merah insyaAllah boleh ditanam selepas ini. Sekarang berkira kira bajet untuk membeli pasu pasu plastik. Lokasi yang sesuai mungkin didepan rumah yang dapat cahaya matahari yang secukupnya.

tuaian minggu ini

Imej
sebelum balik kampung minggu ini sempat membuat beberapa tuaian, malabar spinach bunga telang terung pendek yang sedikit tua cabai tuaian disimpan dahulu dalam peti sejuk. Alhamdulillah cukuplah rasanya untuk makan dua orang

jalan jalan cari benih di Georgetown

bagi yang berminat mendapatkan pelbagai jenis benih tanaman di Georgetown, Penang, jangan lupa jalan jalan di jalan CY Choy, terdapat beberapa pemborong biji benih sayuran dan bunga bunga. boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.

ikan puyu habis mati

baru baru ini setelah lima hari tidak menjenguk tong peliharaan ikan puyu, terkejut bila mendapati semua ikan puyu yang dibela habis mati. Kemungkinan disebabkan kolam yang tidak dicuci secara berkala mengikut jadual Nampaknya terpaksa mula balik aktiviti membela ikan puyu.

benih benih sayur yang baru

Alhamdulillah menerima benih benih sayuran pada harga yang berpatutan. Antara benih yang berjaya di dapatkan ialah benih kundur labu, beberapa varieti terung, jagung dan selasih. InsyaAllah akan cuba tanam apabila selesai proses memindahkan anak benih pokok terung dan cabai yang disemai sebelum ini.