perkembangan kebun perumahan dan balik kampung 15 Oktober 2016
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Benih kantan Anak benih kantan didalam pasu dibawa balik ke kampung. Benih bunga kantan yang ditanam sebelum ini dikampung tidak tumbuh. Harap harap anak benih yang dibawa balik kali ini akan tumbuh dengan baik. Bayam Bayam yang ditanam di kebun perumahan tumbuh subur selepas dituai minggu yang lepas. Hujan hampir setiap hari sepanjang seminggu menyebabkan pertumbuhan bayam begitu cepat. Pucuk bayam yang masih lembuh dipatahkan dan dibawa balik ke kampung. Bayam dijadikan hidangan makan tengah hari sebagai bayam masak air bersama ubi keledek. Terung Pokok terung yang dibawa balik ke kampung beberapa bulan dahulu sudah mulai hendak berbunya. Namun saiznya begitu kecil tidak sampai satu kaki. Pertumbuhan yang tidak memberansangkan ini mungkin disebabkan oleh faktor pernah terkena racun rumpai satu ketika dahulu. Batas batas kebun kampung perlu diperkayakan semula dengan bahan organik. Cili padi Cili padi didalam bekas poli...