Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tomato

perkembangan kebun perumahan 26 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Musim hujan begini anak anak benih ulam raja dan bayam bercambah dengan sendiri. Lobak merah Lobak merah menjadi layu kerana cuaca panas. Lubang pengaliran air dibaiki supaya air tidak terlalu cepat keluar apabila disiram Pokok tin Alhamdulillah dua tut pokok tin dipotong dari pokok induk dan dipindahakan kedalam pasu. Akar sudah agak kering kerana lambat mengubah tut. InsyaAllah akan mengubah dua lagi keratan tut. Semaian benih benih Nampaknya, benih benih tembikai, cili dan terung eksotik langsung tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba semai benih benih yang lain untuk menghabiskan stok benih. Mulberi Alhamdulillah mulberi mula mengeluarkan pucuk dan buah selepas di pangkas. Malangnya keratan batang tidak sempat untuk ditanam dan mati akibat terlalu lama terendam didalam air. Tomato Beberapa benih tomato semakin membesar dan sesuai untuk dipindahkan ke kawasan terbuka. Bunga tongkeng Kemungkinan pokok bunga ...

perkembangan kebun perumahan 12 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sebentar selama satu jam pada waktu petang Mulberi Mulberi diluar rumah menghasilkan beberapa biji buah yang sedang masak. Terus dipetik dan dimakan. Pokok perlu dipangkas lagi supaya tunas baru keluar. Tomota kingkong Tumbesaran tomato king kong masih lagi perlahan. Alhamdulillah berjaya mengubah semua anak benih ke pasu dan polibeg. Tomota disiram dengan baja ikan sebagai tambahan baja tumbesaran peringkat permulaan. Ulam raja Benih benih ulam raja dikutip dan dikumpulkan. InsyaAllah boleh diedarkan kepada rakan rakan nanti. Pokok tin Alhamdulillah pucuk buah semakin berkembang. Begitu juga dengan hasil tut ada yang berjaya. Vareiti BTM6 paling mudah untuk ditut dan cepat mengeluarkan akar. Benih eksotik tembikai Satu benih eksotik tembikai cuba disemai. Harap harap dapat bercambah.

perkembangan kebun perumahan 30 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah, kebun perumahan semakin banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Diantara perkembangan terbaru. Lobak merah Anak pokok lobak merah semakin subur didalam pasu. Tanaman hanyalah sebagai satu eksperimen untuk melihat cara menanam lobak merah. InsyaAllah akan cuba perbaiki teknik tanaman pada masa depan. Tomato king kong Anak anak pokok tomato king kong mula dipindahkan ke dalam pasu untuk dibesarkan. InsyaAllah tanah didalam pasu akan ditambah baja. Tut pokok tin Tut pokok tin sudah menunjukkan tanda tanda berjaya. Akar akar halus mula kelihatan didalam plastik pokok tut.

perkembangan kebun perumahan 22 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan dalam tempoh cuti hari raya aidilfitri tahun ini. Cuaca yang mendung serta hujan sepanjang minggu cuti aidilfitri menjadikan kebun perumahan tidak perlu disiram sepanjang seminggu balik bercuti. Cuma kasihan pada ikan ikan didalam kolam yang kelaparan seminggu terpaksa bertahan tanpa makanan. InsyaAllah akan cuba automasikan sistem pemakanan ikan. Diantara perkembangan kebun perumahan 1. Pokok tin Buah tin yang ditunggu tunggu untuk masak akhirnya telah masak dan gugur semasa cuti hari raya. Tidak pasti berapa hari buah tin berada diatas tanah. Buah sudah mula dihurung oleh semut dan menjadi sedikit lembik. Alhamdulillah isi buah masih elok dan boleh dimakan. Dapat juga merasa buah tin sulung. Selain itu, daun daun pokok tin juga diambil untuk dijadikan teh. 2. Semaian tomato king kong Semaian dibuat beberapa jam sebelum balik bercuti di kampung. Alhamdulillah semaian sudah mulai bercambah. InsyaAllah akan diubah ke pas...