Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

terung bulat dari kampung

Imej
Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk melawat mak dan ayah di kampung. Banyak lagi kerja dikampung yang belum dibuat. Batas sawah hendak ditebas dan jerami hendak dikumpul. Cuaca sekarang yang mendung menyebabkan aktiviti membersih sawah dihentikan dahulu. Jadi masa untuk melawat sanak saudara dan berkongsi perkembangan terkini. Mak kirimkan buah terung bulat yang ditanam adik beradik di hilir kampung. InsyaAllah akan dijadikan juadah ulam sementara masih segar. Buah terung dihiris menjadi kepingan kecil dan dimakan dengan sambal belacan ataupun sos ikan. Hidangan biasa yang didapati bila memancing berhari hari ditengah laut.

Pasu pasu sayur direhatkan

Imej
Disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering luar biasa ketika ini, pasu pasu sayur di pindah ke kawasan berbumbung. Banyak sayur yang tidak sempat dituai dan layu setelah tidak sempat disiram dua hari. sayur sayur dan rumpai ditempatkan di tempat teduh

bunga cekur hitam

Imej
Cekur hitam ini sudah lama dibeli bersama cekur biasa. Benih ini dibeli dari pasar malam. Cekur hitam berbunga diawal pagi dan mula layu menjelang tengah hari. Setakat ini belum pernah dituai. Cekur hitam nampaknya lebih subur. Sesuai untuk ditanaman dikawasan redup.

sejenis buah asam di taman rimba

Imej
semasa berkhemah di taman rimba teluk bahang, ada sejenis pokok asam yang tumbuh di kawasan perkhemahan. buah seakan akan asam gelugor tetapi kulit licin. Rasanya sangat masam dan bergetah. Ramai yang mencuba Alhamdulillah tiada kesan sampingan.

tuaian daun kaduk

Imej
daun kaduk sudah lama tidak dituai. InsyaAllah akan dibuat sebagai ulam. Ranting kaduk yang sudah tua dipatahkan dan diberi kepada ikan kaloi. Ikan kaloi suka juga daun kaduk. Kalau ada ranting yang rendah dan berdekatan dengan tepi kolam memang selalu dimakan ikan kaloi.

bunga kailan

Imej
kailan yang tidak sempat dituai sudah mula berbunga. Kesibukan hujung minggu tidak mengizinkan kailan dituai. Jika ada tetamu yang datang boleh juga diberi sebagai buah tangan. nampaknya perlu segera tuai kailan lain yang masih belum berbunga

tuaian hujung minggu, sawi dan terung

Imej
Alhamdulillah sempat menuai sawi yang sudah besar dan juga terung. Ada terung yang rosak kemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca yang lembap dan tiba tiba panas terik. Masih ada banyak sayur yang belum sempat dituai.

kohlrabi akhirnya betul betul berisi

Imej
Alhamdulillah satu satunya "survivor" daripada batch pertama kohlrabi sedang menunjukkan tanda tanda betul betul berisi. Rakan rakanya yang lain terkorban akibat dimakan arnab, mati kekeringan dan sebab sebab yang lain. Kohlrabi ini ditanam hampir setahun yang lalu. Benihnya cepat bercambah dan warna daunnya lain daripada sayuran yang lain. Sudah tiga kali diubah pasu apabila kohlrabi semakin besar. Pada pandangan saya saiz pasu 4 liter sangat sesuai. Kohlrabi diletakkan ditempat yang sedikit teduh dan mendapat cahaya matahari penuh pada waktu petang. Eksperimen ditempat panas terik kurang berjaya, pokok menunjukkan tanda tanda hendak daun hendak melecur. kohlrabi satu masa dahulu dan setahun sudah berlalu kohlrabi semakin berisi InsyaAllah akan menyemai lagi benih kohlrabi dan  di beri anak semaian kepada rakan rakan supaya mereka dapat melihat pembesaran sayur unik ini. Gambar terkini kan diletakkan kemudian.

bunga herba di kampung

Imej
sejenis herba yang dijadikan ulaman, banyak ditanam di kawasan kampung dan perumahan. pepatung yang menangkap lalat yang leka bermain di bunga herba dari jauh tak nampak ulat dan semut keseluruhan pokok jarang jumpa ulaman ini yang berbunga. bunga bunga kecil herba ini menarik perhatian semut, lalat dan ulat bulu. Jadi perlu berhati hati bila cuba bergambar dan mengutip pucuk herba ini sebagai ulam.

timun liar dan serangga

Imej
Balik kampung sempat melawat rumah Pak Teh. Didepan rumah Pak Teh ada pokok jambu kampung. Sambil menjenguk buah jambu yang sesuai dimakan, ada timun liar yang tumbuh. Tak pasti apa panggilan timun ini. Ada serangga yang menjadikan timun ini sebagai sarang. Beranak pinak serangga ini pada juntaian timun. Jambu kampung yang sesuai pada pendapat saya ialah pada ketika masih hijau, tapi tidak terlalu masak kerana biasanya jambu kampung yang masak banyak ulat. Isi jambu kampung tidak tebal tapi rasa masam dan manisnya memang menjadi kegemaran. Ada satu jenis peria liar yang sangat pahit. Kalau kena pada lidah memang apa apa minuman manis pun tak terasa untuk satu jangka masa yang agak lama. Masa kecil kecil dulu jadi mainan kanak kanak untuk tengok siapa berani cuba rasa peria liar.

cambahan terung sarawak

Imej
Alhamdulillah terung sarawak yang disemai kira kira dua minggu lepas kini sudah bercambah. Sekarang perlu difikirkan dimana hendak mengubah pula anak anak terung sarawak. Semaian kacang buncis dan timun batu tidak menjadi. Biji benih menjadi masam dan hancur. Sekarang sibuk menyemai benih benih lain pula untuk ditanam dikampung dan beberapa tempat lagi.